Bab 28

7.4K 571 5
                                    

TIGA tahun berlalu, Nadeem kembali ke Johor setelah lama tidak pulang. Akhirnya, dia dapat membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur serta kereta sendiri. Sebelum pulang ke rumah, Nadeem bercadang untuk pergi ke rumah Puan Merlyna terlebih dahulu.

Sudah lama dia tidak berhubung dengan tunangnya itu. Namun sebaik sahaja dia tiba di hadapan rumah tersebut, tiada orang yang menyahut panggilannya. Rumah tersebut juga sudah terlihat usang dan tiada penghuni. Nadeem terus mendail nombor telefon milik Adellea Arelyne di skrin telefonnya.

"Asalammualaikum, saya mesej awak tak jawab. Saya ada dekat depan rumah awak ini."

Salam dijawab namun suara itu bukan suara milik tunangnya. Dahi Nadeem berkerut lalu dia bertanya siapa si pemilik suara tersebut dan di mana keberadaan Adellea Arelyne.

"Ini aku, Rinne. Kau datang dekat alamat yang aku kongsi dekat mesej nanti." Panggilan tersebut terus dimatikan.

Nadeem sedikit hairan.

"Nadeem, ini je yang aku boleh tolong kau," kata Rinne lalu wajah Adel dipandangnya.

Nadeem memandu ke alamat yang diberikan.

'Ibu dia sakit lagi ke?' getus hati Nadeem.

Tiba di hadapan hospital tersebut. Nadeem terus bergegas pergi ke wad bersendirian itu. Pintu wad diketuk lalu Rinne pun membuka pintu perlahan. Wajah Nadeem terpampang di hadapan pintu.

"Mana Adel? Ibu tak sihat ke?" soal Nadeem kepada Rinne manakala mata Rinne sudah bergenang.

Nadeem kemudian melangkah masuk dan sebaik sahaja dia lihat pesakit yang terlantar di atas katil itu merupakan tunangnya, Nur Adellea Arelyne. Dia terkejut dan sebak. Gadis itu hanya boleh bergantung untuk bernafas menggunakan alat bantuan.

Hatinya luluh melihat betapa teruknya keadaan gadis itu. Entah apa yang terjadi selama tiga tahun ini sehingga dia tidak tahu apa-apa. Dia berjalan mendekati katil tersebut.

"Adel tak nak bagitahu kau sebab dia tahu kau sibuk cari duit. Lagipun dia tak nak menyusahkan kau sebab dia tahu yang dia akan sakit." Rinne menjelaskan keadaan itu sambil menahan tangisan.

Tangan Nadeem menutup bahagian matanya yang mengeluarkan air mata jantan itu.

"Kenapa? Dia kenapa?" soal Nadeem dengan suara yang perlahan.

Rinne mengeluh.

"Penyakit paru-paru kronik sebab dia perokok pasif. Orang tidak hisap rokok tetapi terdedah dengan asap rokok berlebihan sampai paru-paru dia mula mengalami masalah," jelas Rinne dengan terperinci.

"Siapa? Siapa yang hisap rokok?"

"Arwah kekasih Puan Merlyna, Encik Aryan. Macam tak baik cerita tentang orang yang sudah tiada tapi aku pun geram lepas dengar cerita itu daripada mulut Adel. Apa yang penting, arwah selalu hisap rokok dan Adel terdedah dengan asap rokok itu."

"Angkara dia ke Adel sakit?" Nadeem menoleh ke arah Rinne dengan mata yang merah itu.

Rinne mengangguk.

"Kau tahu kan dia selalu batuk dekat kampus dulu. Rupanya itu simptom dia. Adel pun selalu mengadu dia sesak nafas." Rinne menundukkan wajahnya.

"Dah dua tahun dia tunggu orang dermakan paru-paru."

Rinne kemudian mengambil sebuah kotak kecil yang berisi novel dan surat buat Nadeem. Katanya, Adel membuat novel tersebut khas untuk Nadeem. Dia juga mengungkapkan keindahan yang datang ketika Nadeem hadir di dalam hidupnya.

Novel yang berjudul 'Nadeem Amsyar' itu ditatap. Rinne terus keluar dari wad itu meninggalkan Nadeem kerana mungkin lelaki itu memerlukan ruang.

Surat yang ditulis oleh Adel itu dikeluarkan daripada kotak tersebut lalu dia membacanya dengan teliti. Terketar-ketar tangannya memegang surat tersebut. Perasaan sayu kini menyelubungi dirinya.

Buat Amsyar,

Asalammualaikum, Amsyar. Saya hari-hari menunggu kepulangan awak. Setiap hari nama awak berada di dalam doa-doa saya. Amsyar, saya tak boleh beritahu betapa besarnya cinta saya terhadap awak. Walaupun awak tak berada di depan mata sekali pun, cinta ini tetap berada di hati. Di kala awak berasa sedih, ingatlah bahawa kehadiran awak membahagiakan saya.

Amsyar, ilmu agama saya setipis sehelai tisu jika ingin dibandingkan dengan ilmu awak yang seluas samudera. Mereka berkata, carilah lelaki yang mencintai Allah dan lelaki yang bukan sahaja boleh dicintai di dunia malah hingga sampai ke syurga. Saya yakin awak boleh jadi orang yang dikatakan itu. Awak nak tahu tak? Awak datang saat saya sedang berhijrah dan saya menganggap seperti awak anugerah daripada Allah Swt untuk membimbing saya. Tapi saya rasa, saya bukanlah bidadari awak kerana mungkin bila-bila masa sahaja penyakit yang ada ini meragut nyawa saya. Apa yang ingin saya ucapkan, terima kasih kerana hadir memberikan secebis kenangan manis bersama. Setidaknya saya pernah berjumpa dengan lelaki yang baik di dunia ini.

Daripada,

Nur Adellea Arelyne.

Dengan perlahan-lahan, air mata hangat itu jatuh membasahi pipi. Nadeem meraung kesakitan. Surat itu diletakkan di dada sambil dia menangis teresak-esak. Wajah Adel yang lemah itu membuat dirinya berasa serba salah.

Mengapa? Mengapa dia tidak pernah menghargai wanita yang setulus ini mencintainya. Mengapa dia tidak berikan dunia baru untuk gadis itu lebih bahagia di dunia ini? Persoalan itu berlegar-legar di kepalanya.

"Saya minta maaf." Dengan nada perlahan dia ucapkan.

Kedua mata itu kemudian terbuka. Kepalanya tidak boleh digerakkan ke sisi namun matanya digerakkan ke kanan. Dia melihat susuk Nadeem yang sedang merintih kesedihan. Dadanya sakit sekali namun itu tidak mampu menghalang tangisannya daripada keluar. Mulutnya tidak mampu berkata apa-apa kerana alat pernafasan melalui mulut dipasang untuk membantu dia bernafas dengan lebih stabil.

"Adel!" panggil Nadeem sebaik sahaja dia sedar gadis itu sudah bangun daripada tidurnya.

"Saya yakin awak boleh sembuh. Saya dah balik, saya nak tunaikan janji kita. Saya nak halalkan awak, tolong bertahan. Saya tahu awak kuat," rintih Nadeem dengan air matanya yang tak henti-henti keluar.

Adel hanya mengangguk perlahan.

Setelah itu pintu wad dibuka dan Nadeem menoleh ke belakang. Terlihat Mika berdiri di hadapan pintu. Air mata Nadeem diseka lalu dia bingkas bangun.

"Akhirnya kau balik juga, Nadeem."

Tangan milik Mika disalam olehnya.

"Adel hari-hari suruh kawan dia, Rinne tolong mesej kau. Hari-hari dia tanya kau dah balik ke belum. Sayang sangat dia dekat kau," ujar Mika lalu dia duduk di kerusi sebelah katil itu.

Mika memandang Adel.

"Adik, dah boleh tenang, kan? Nampak tunang yang dicintai ada depan mata," tanya Mika dengan sayu.

KUBUR itu dipandangnya. Batu nisan itu diusap. Perasaan sedih yang menyulubungi diri itu membuat dia semakin tidak boleh menahan tangisan.

"Qayyum, aku jarang bersedih kecuali tentang kau. Tapi sekarang ada yang buat aku sedih lagi," luah Nadeem.

"Aku tak hargai seseorang yang tulus inginkan aku."

"Aku hanya mampu berharap yang Allah berikan aku satu kesempatan untuk jadikan dia... isteri aku."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now