Bab 29

7.8K 523 6
                                    

CUACA mendung dan berangin. Novel yang ditulis oleh Adel itu dibuka lalu dia menyelak satu per satu muka surat. Rupanya itu merupakan buku di mana dia menceritakan awal pertemuan mereka.

Adel juga menitipkan beberapa luahan sebelum menulis novel tersebut.

Muhammad Nadeem Amsyar,

Dengan wujudnya novel ini, izinkan aku menyatakan cintaku seperti Saidatina Khadijah yang menyatakan cintanya kepada Nabi Muhammad. Sudah lama ku pendam rasa cinta ini seperti Saidatina Fatimah yang memendam cinta dalam diam.

Amsyar,

Saya mencintai iman yang ada dalam diri awak. Sesungguhnya, awak lelaki yang baik di mata saya. Bahkan kekurangan awak tak mampu memudarkan cinta saya.

Awak umpama matahari yang menyinari bumi yang besar ini. Ketika kegelapan menyelubungi saya, awak berikan cahaya yang menghilangkan bayangan kegelapan itu.

Ada sebuah lagu yang bertajuk 'Satu Shaf di Belakangmu'. Ketika mendengar lagu tersebut, saya selalu teringatkan awak.

Saya nak awak, Nadeem Amsyar menjadi jawapan daripada segala doa saya. Saya nak berada di satu saf di belakang awak lalu amini segala doa awak. Saya nak awak cintakan saya untuk sempurnakan ibadah. Saya juga ingin awak rasa yang saya ini anugerah daripada Allah. Saya ingin awak selitkan nama saya di setiap doa. Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.

Ana uhibbuka fillah.

Berderas air mata jantannya itu keluar. Buku itu ditutup kerana hatinya tidak mampu membaca ketulusan gadis itu terhadap dirinya.

PUAN Khadijah menjenguk Adel sebaik sahaja Nadeem menjelaskan apa yang terjadi. Sebak hatinya melihat gadis itu terbaring lemah di atas katil hospital tersebut.

"Maafkan kami sebab sembunyikan ini daripada pengetahuan semua," ujar Mika.

"Adel kata dia tak mahu menyusahkan semua orang. Dia hanya nak orang tahu yang dia selalu sihat. Dia tak jawab call sebab dia terlantar sakit di sini. Selama ini, Rinne yang tolong mesej Nadeem dan Puan Khadijah berlakon seolah-olah dia adalah Adel kerana Adel pesan untuk sentiasa bertanya khabar walaupun dia tak mampu taip sendiri." Mika menjelaskannya lagi.

"Adel tak menyusahkan umi pun, umi sedih sangat dengar Adel sakit." 

Tangan gadis itu diusap perlahan.

"Patutlah umi ajak jumpa, ada je alasan Adel untuk mengelak. Rupanya, Adel tak sihat," sambungnya lagi.

Doktor kemudian memanggil Mika.

"Boleh kita bincang sekejap?" soal doktor tersebut lalu Mika pun keluar dari bilik wad tersebut mengikuti doktor itu.

"Kami baru sahaja terima bekalan organ. Saya dapati ada paru-paru yang sesuai untuk pesakit jadi jika encik bersedia nak pesakit lakukan pembedahan pemindahan paru-paru boleh sign persetujuan dengan kita," jelas doktor tersebut.

"Ya Allah, alhamdulillah. Doktor saya sign sekarang juga. Bila dia akan dibedah ya?" soal Mika.

"Pembedahan akan dijalankan esok jam 2 petang." Kertas itu kemudian diambil doktor.

Mika terus bergegas masuk ke dalam bilik wad persendirian tersebut lalu memberitahu khabar baik itu.

"Alhamdulillah," ucap Puan Khadijah.

Nadeem pula sujud syukur.

"Awak akan selamat," tutur Nadeem.

SUASANA tegang memenuhi ruangan mahkamah tersebut. Setelah meneliti segala bukti, hakim terus membuat kesimpulan untuk kes tersebut.

"Dengan ini mahkamah telah mengambil keputusan, banduan 2485 disabitkan penjara seumur hidup atas kesalahan menculik dan merancang pembunuhan." Keputusan telah ditetapkan oleh hakim dengan tegas.

Satu teriakan dilepaskan oleh Tengku Syed Hanif. Dia meraung meminta pertolongan daripada ibu bapanya yang berada di kerusi itu.

Sudah dijelaskan bahawa kemalangan yang menyebabkan mata Puan Merlyna buta dan meragut nyawa Encik Aryan itu dirancang oleh dia. Tengku Syed Hanif berbuat sedemikian untuk bekerjasama dengan mak cik kepada Adel iaitu Misha. Namun bukan satu itu sahaja, dibuktikan bahawa Tengku Syed Hanif juga merencanakan kemalangan jalan raya yang melibatkan Adellea Arelyne. Dia juga didapati mengintip gadis itu sebelum kemalangan itu terjadi. Dengan itu, dia mendapat peluang besar untuk mengerjakan gadis itu untuk ganti rugi terhadap keretanya padahal dia punya niat yang lain.

Keluarga Syed menanggung malu dan mereka ingin bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan anak mereka. Mereka juga dengan seikhlas hati menyara kos hidup keluarga Adellea Arelyne atas rasa serba salah.

"Aku tak salah! Aku tak salah!" raung Syed sambil melawan kedua polis yang memegangnya.

"Bonda! Tolong Syed! Bonda tolong!"

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now