Bab 21

6.8K 495 13
                                    

SATU pesanan yang telah dibaca itu membuat dia gembira dalam kedukaan yang dialami orang lain. Gambar-gambar Puan Merlyna terbaring sekarat di katil hospital itu dilihat dengan sinis.

"Awak dah tahu tak yang bekas bini awak kemalangan?" Gambar-gambar itu ditunjukkan kepada suaminya, Tuan Zahid.

Tuan Zahid hanya mendiamkan diri. Tiada kata-kata yang mampu dia ucapkan.

"Kifarahlah itu, siapa suruh mulut itu busuk sangat," sambung Puan Syidah, isteri Tuan Zahid.

Bibir lelaki itu diketap kuat. Wajahnya tegang. Alis lebat itu menunjukkan lagi kegarangannya. Matanya pula dipejam menahan diri daripada memarahi isterinya.

"Awak tak nak pindah ke sana ke? Rumah itu milik awak, kan? Kenapa nak bagi perempuan itu duduk? Lagipun saya isteri awak bukan dia."

Semakin runsing kepala Tuan Zahid dibuatnya.

"Syidah, awak boleh tak jangan masuk campur hal mereka. Itu rumah anak-anak saya dengan dia. Biarlah mereka duduk situ," Jam tangan yang berada di meja itu dicapai lalu dia pasang di pergelangan tangan dengan perlahan.

Mata besar Puan Syidah itu memandang suaminya dengan pandangan sinis. Sempat juga dia menjeling beberapa kali tanda meluat kerana suaminya selalu menangkan keluarga lamanya itu. Bagi Syidah, ada ke patut mereka menyewa rumah sedangkan orang lain duduk dengan percuma di rumah atas nama suaminya itu.

Lengan Tuan Zahid disentuh lembut.

"Abang...abang dah gaji, kan? Saya nak beli penghawa dingin untuk ruang tamulah. Sekarang kan musim panas, saya tak ada tenaga nak kemas rumah sebab panas sangat," rayunya.

Tuan Zahid mengeluh kecil sambil teringat duit gajinya yang cukup-cukup makan untuk bulan itu. Dia melepaskan sentuhan isterinya.

"Duit saya cukup-cukup makan je untuk beli lauk bulan ni, Syidah," jawab Tuan Zahid lalu Puan Syidah menyilangkan lengannya.

"Awak tak transfer duit dekat anak perempuan kesayangan awak itu, kan?" sinis dia.

"Adel itu dah besar, pandai-pandai dialah cari duit lagipun mak dia pun ada cumanya itulah... dapat berita Merlyna dah buta sepenuhnya. Macam mana entah nak hidup." Ucapan yang keluar daripada mulut wanita itu juga termasuk sindiran kebenciannya terhadap bekas isteri suaminya itu.

"Dia tetap anak saya, anak perempuan akan sentiasa berada di bawah tanggungan ayahnya sebelum dia kahwin." Tuan Zahid terus melangkah keluar dari bilik kerana tak mahu memanjangkan perbualan itu.

Puan Syidah pula membuntuti lelakinya itu dengan perlahan.

"Bukan soal tanggungjawab, awak fikir-fikirlah sikit kita pun tak ada duit nak beli barang keperluan." Puan Syidah terus bermasam muka tanda merajuk.

KAD bank itu dimasukkan ke dalam mesin atm. Dia menekan skrin mesin atm tersebut lalu baki itu ditatap olehnya. Matanya berair melihat bilangan duit yang bertambah. Sudah pasti itu ayahnya yang sentiasa diam-diam memberi duit walaupun mereka tidak berhubung. Dia tidak tahu di mana ayahnya berada tetapi ayahnya sentiasa mengirim duit untuk memberitahu bahawa dia baik-baik sahaja.

Kad bank itu kemudian dikeluarkan. Adel bergegas keluar dari bank itu dan masuk ke dalam keretanya. Dia tidak dapat menahan air matanya kerana sesungguhnya dia merindukan susuk ayah yang merupakan pahlawan dan cinta pertama semua anak perempuan.

"Ayah, Adel harap ayah sihat," katanya dengan tersedu-sedan.

TIBA di rumah, Adel terus menguruskan ibunya. Air matanya bergenang teringatkan masa dimana keluarganya bahagia bersama tanpa siapa-siapa yang cuba meleraikan hubungan mereka.

Tubuh Puan Merlyna itu digosok perlahan dengan menggunakan span mandian.

"Ibu, dah siap mandi ini kita pergi makan ya?"

Sebaik sahaja selesai membereskan Puan Merlyna. Nasi putih, sup ayam serta sayuran itu dihidangkan dalam sebuah mangkuk.

"Adel masakkan ibu sup kegemaran ibu. Ada fucuk kering, lobak merah, dan kentang. Ibu selalu bagi Adel kentang masa dulu sebab Adel suka sangat dengan kentang. Kali ini, Adel suapkan ibu kentang ini untuk ibu. Adel tahu ibu pun suka kentang ini, kan? Seorang ibu selalu berikan apa yang anak mereka suka hingga sanggup biarkan diri sendiri tak rasa lauk itu," tutur Adel. Dengan perlahan-lahan dia meniup makanan yang masih panas itu.

Mika pula memerhati dari jauh. Nasib dia mempunyai adik yang pandai menguruskan ibu.

"Along, pergilah makan. Lauk Adel dah letak dekat atas meja makan," laung Adel dari bilik tidur Puan Merlyna.

"Ya, nanti along makan," jawab Mika.

SELESAI menunaikan solat berjemaah bersama, Puan Khadijah terus menarik lengan anak lelakinya itu. Nadeem pun dengan rela hati mengikuti uminya pergi ke halaman rumah. Sebuah meja kecil menjadi tempat perbualan mereka. Kerusi kayu diambil lalu diduduki.

"Umi nak bincang sikit dengan kamu ini." Wajahnya serius sekali.

Nadeem tersengih sambil geleng kepala. Apa pula perkara serius yang ingin dibincangkan oleh uminya itu.

"Apa dia yang serius sangat itu, umi?"

"Nadeem tak minat dekat Adel ke?" Soalan yang keluar daripada mulut Puan Khadijah itu membuat air teh panas yang dihirupnya itu tersembur keluar.

"Umi!" Nadeem terus meletakkan cawan teh tersebut.

"Umi jangan nak jodohkan Nadeem ya. Nadeem tak minat pun dekat dia." Sudah pasti rancangan wanita tua itu ialah untuk menjodohkan mereka berdua. Nadeem sudah tahu kerana dia seorang sahaja yang tidak pernah dekat dengan mana-mana perempuan. Oleh kerana itu, Puan Khadijah selalu bimbang.

Puan Khadijah mengeluh kecil.

"Umi ingatkan nak tunangkan kamu berdua kalau dah sama-sama minat." Air mukanya berubah sedih.

Nadeem menghela nafas lalu wajah wanita tua itu dipandang.

"Umi, Nadeem nak berjaya dulu. Tak ada masa nak fikir cinta-cinta ini." Tangan Puan Khadijah dipegang lembut.

"Alah kamu fikirlah dulu. Kalau tergerak hati, bagitahu je umi. Dahlah umi nak masuk tidur dulu. Kamu tidur awal, jangan lambat pula," pesan Puan Khadijah.

Sebaik sahaja Puan Khadijah beredar, Nadeem terus termenung sambil menatap bulan purnama itu. Mindanya penuh dengan apa yang ditanya sebentar tadi.

Dadanya disentuh. Degupan jantung yang kuat itu menganggunya.

"Aku pun masih ragu-ragu dengan perasaan aku sendiri." Perlahan dia berkata.

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now