Bab 17

6.6K 542 20
                                    

BUNYI alunan al-Quran dibaca menyapa telinga itu dan akhirnya membuat dia terjaga. Mata yang kabur-kabur itu melihat ke arah sofa. Mata itu mengambil beberapa saat untuk fokus. Sudah pasti si pemilik suara itu orang yang sangat dia kagumi iaitu Muhammad Nadeem Amsyar. Dia kemudian menoleh ke arah sisi kanannya dan melihat Puan Khadijah yang tertidur di sampingnya.

"Em..." rengeknya. Mata milik Nadeem sudah melihat ke arahnya lalu bacaan itu diselesaikan. Dia terus bangun.

"Awak nak apa-apa?" tanya dia. Adel menggeleng sebaliknya dia meminta Nadeem untuk memapah Puan Khadijah tidur di sofa.

Nadeem akur kemudian tubuh ibunya itu diselimuti. Mata gadis itu kemudian memandang ke arah jam yang berada di hadapannya. Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.

Tubuhnya berasa sedikit janggal akibat pembedahan yang dilakukan pagi tadi. Mahu menghirup nafas pun takut.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak lagi." Mata yang berbinar-binar itu mula berair.

Nadeem melabuhkan punggung di kerusi yang berada di samping katil tersebut. Air putih dituangkan di sebuah gelas lalu dia hulurkan kepada Adel.

"Minum ini dulu." Dia kemudian mengambil remote katil dan menaikkan katil itu dengan perlahan.

Dia membantu Adel untuk minum dengan menghalakan gelas itu pada mulut si gadis. Adel pun minum beberapa teguk.

"Tanggungjawab saya untuk rawat awak. Saya nampak kejadian itu dan saya tak akan biarkan awak macam itu je. Lagipun, Rinne titipkan awak dekat saya dan umi. Dia kata dia ada masalah dekat tempat kerja dia jadi dia kena uruskan terlebih dahulu." Gelas itu diletakkan di samping meja kecil.

Adel tersenyum.

"Sebab itu saya suka awak, baik sangat," tuturnya perlahan namun Nadeem tidak dengar akan suara yang terlampau kecil itu.

Nadeem bertanya semula apa yang dikatakan gadis itu namun gadis itu menggeleng kepala.

"Eh tak ada apa." Matanya terus mengelak daripada memandang ke arah Nadeem. Pipinya mula merah merona.

Nadeem pandang wajah gadis itu sekilas.

"Kenapa muka awak merah sangat?" soal Nadeem hairan.

Terbeliak mata gadis itu lalu selimut hospital itu digunakannya untuk menutup seluruh wajahnya. Nadeem menghambur tawa melihat aksi random gadis itu yang secara tiba-tiba.

Di dalam suasana hening sepi itu tiba-tiba perut kecilnya itu berbunyi kuat tanda lapar. Semakin malu Adel. Nadeem tersengih.

"Saya lapar."

"Awak mana boleh makan, awak kena puasa," usiknya ingin melihat reaksi gadis itu.

Selimut itu diturunkan daripada wajahnya. Mulutnya terbuka luas kerana terkejut.

"Saya gurau je. Awak nak makan apa?"

"Nak ayam gunting. Lepas itu saya rasa saya nak makan tteokbokki tapi rasa macam nak makan nasi geprek juga." Nadeem pula yang terkejut mendengar respon si gadis.

"Mana boleh makan macam itu. Awak itu baru je lepas kena bedah tadi pagi. Makan bubur je," bantah Nadeem.

Habis berkerut dahi gadis itu.

"Kalau saya tak boleh makan semua itu, kenapa awak tanya saya nak makan apa!" Dia mendengus marah lalu bibirnya muncung tanda protes.

"Saja."

"Inilah lelaki, tak pernah faham perempuan lepas itu suka main-main dengan hati perempuan. Lelaki semua sama tau, sama-sama hensem," marah Adel.

"Perempuan semua sama, sama-sama kuat merajuk," balas Nadeem pula

"Amboi! Dah pandai eh nak usik saya?" Adel mengecilkan matanya.

"Tolong jangan buat lawak, perut saya sakit untuk ketawa." Adel memberi sebuah amaran.

"Baik, saya tak nak berdosa sebab buat awak sakit perut akibat ketawa."

Canda tawa mereka berdua itu diperhatikan oleh Syed di luar pintu wad. Jujur, rasa cemburu itu sudah menyelubungi hatinya. Ingin saja dia lenyapkan Nadeem daripada dunia Adellea Arelyne itu.

"Apalah yang kau suka sangat dekat Nadeem itu. I'm more better than him."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now