01 - Hati Dah Melayang

277 1 0
                                    

Ain membawa belakang tangan kanan ke mulut untuk menahan kuap. Jam tangan dikerling untuk kesekian kalinya. "Berapa lama lagi nak tunggu ni?" Matanya yang sudah bertakung air dikesat dengan ibu jari. "Aku dah mengantuk gila ni." Kepalanya direbahkan ke atas meja.

Nurul yang tengah menaip mesej hanya buat tuli. Dah dua puluh kali Ain tanya soalan yang sama dan sudah dua puluh kali jugak dia memberikan jawapan yang sama iaitu sabar. Mulut dia sudah letih untuk berbicara lagi. Daripada dia menjawab pertanyaan Ain yang mencabar kesabarannya, lebih baik dia diam dan membalas mesej Along.

KRIOK!

Nurul melipat kepala memandang belakang apabila pintu terbuka. Bahu Ain dicuit lembut memberikan isyarat kepada gadis itu untuk bangun kerana orang yang dinanti – nantikan sudahpun sampai. Kepala Ain terus terangkat daripada meja. Kepalanya berpusing ke belakang untuk melihat ustaz yang bakal mengajar mereka subjek pendidikan islam bagi semester ini. Dan, rahang bawahnya jatuh ke tanah.

"Nurul." Matanya mengekori langkah ustaz yang sedang menuju ke meja pensyarah. Bibirnya tersungging naik.

"Hmm?" Nurul angkat muka daripada telefon bimbit yang berada di tangannya.

"Hati aku dah melayang."Ain buat muka bahagia.

"Hahh?"

Kalau ini cerita kartun, mata Ain sudah berbentuk hati dan tersembul keluar daripada tempatnya.

Detik ItuWhere stories live. Discover now