05 - Hati Yang Terbakar

63 0 0
                                    

Matanya memandang tangan kanan yang menghulurkan sekeping not berwarna merah kepada seorang pelajar perempuan yang sudah tersenyum suka. Dengan suara manja menggoda, pelajar perempuan itu mengucapkan terima kasih.

"Sabar, sabar." Nurul menepuk bahu kiri Ain dengan perlahan sebaik sahaja dia perasan perubahan wajah gadis itu. "Senyum, senyum." Nurul tunjuk gigi.

"Macam mana aku nak senyum dalam situasi macam ni?" Ain bagi renungan maut kat Nurul di sebelah.

Gadis itu hanya mampu mengangkat bahu. Teruk betul kalau dah terkena virus ustazism ni. Nasib baik aku terkecuali.

"Dia dah ada aku seorang masih tak cukup lagi ke?"

Hah? Nurul dah mengangkat kening sebelah.

"Tak cukup lagi ke kesetiaan yang aku semai? Tak sampai ke kasih yang aku siram? Tak memadai ke sayang yang aku tanam?"

Nurul menjulingkan matanya ke atas. "Weyh, jangan nak mengarut lebih – lebih boleh tak? Dia cuma bagi duit untuk budak tu buka puasa je, bukannya dia suruh budak tu pergi bershopping sakan."

"Sampai hati dia buat aku sedih. Hati aku kat dalam ni..." Jari telunjuk diarahkan ke dada. "... dah hangus terbakar, kau tahu?"

Nurul menghela nafas panjang. "Dah, cukup – cukuplah mengarut tu. Jom balik, dah pukul tujuh dah ni." Kepalanya menggeleng perlahan. Silap haribulan, dengan dia– dia sekali jadi gila sebab virus ustazism ni.

Detik ItuWhere stories live. Discover now