07 - Puisi Patah Hati

40 0 0
                                    

Tiada apa yang nak dibanggakan,

Tiada apa yang nak dipersembahkan,

Yang aku miliki tidak berharga,

Hanya sekeping hati dipenuhi cinta,

Namun,

Realiti yang kejam menampar pipi,

Menyedarkan kedudukan diri yang sebenar,

Memecahkan kepingan – kepingan mimpi indah,

Membuatkan aku menangis pilu sendiri,

Kesedaran menerpa minda dan jiwa,

Kau bukan orang yang sepadan,

Kau bukan orang yang sesuai,

Untuk disandingkan dengan diri aku,

Pipit sama pipit,

Tidak boleh bersama enggang,

Namun aku lupa tentang itu,

Kerana telah dibutakan dengan cinta.

Detik ItuWhere stories live. Discover now