08 - Akhirnya Pecah Jua

66 0 0
                                    

Dengan juraian air mata dia gagahkan hati untuk menghampiri orang di depan. Apabila dia sudah bertentangan dengan orang di depan, dia tidak terus membuka mulut kerana fikirannya kosong. Tak tahu nak cakap apa.

"Saya minta maaf."

Selesai mengucapkan tiga patah perkataan itu, terus sahaja dia berlalu pergi meninggalkan orang depan terpinga – pinga dengan ucapan maafnya itu.

"Kenapa tiba – tiba dia minta maaf?" Ustaz bertanya kepada Nurul.

Angkat bahu. "Ada mengumpat ustazlah tu."

"Minta maaf sebab ada mengumpat saya? Baiknya!"

Nurul angkat kening. "Kenapa pulak?" Mereka berdua berjalan menuju ke lif secara beriringan.

"Saya pun ada je mengumpat orang tapi takdelah sampai seberani dia untuk minta maaf kat orang tu."

Angguk.

"Ustaz tahu tak ada orang suka kat ustaz?" Nurul bertanya setelah mereka keluar dari lif.

"Uish, siapa yang suka saya?"

Nurul menggeleng. "Just asking."

Kerana adanya orang macam ustaz yang tak reti nak membaca perasaan orang, satu hati telah dipenuhi dengan luka dan calar. Kesian Ain.

Detik ItuWhere stories live. Discover now