13 - Jubah Kerana Dia

25 0 0
                                    

Sudah tak terhitung lagi dek jari kekerapan dia mencuri pandang ke cermin untuk melihat penampilannya. Sekejap senyum. Sekejap ketawa. Sekejap sengih. Serupa orang mempunyai penyakit mental sahaja.

"Sudah – sudahlah menghadap cermin tu, cik Ain oiiii. Silap haribulan, mahu retak cermin tu dek kerana engkau."

"Cantik tak baju aku hari ni?"

"Cantik weyh. Nampak ayu, nampak sopan. Macam perempuan melayu terakhir."

Ain berpusing memandang Nurul yang tengah bersandar di dinding. "Ikhlas ke tak tu?" Kening diangkat sebelah.

"Kalau aku kata tak ikhlas, kau nak buat apa?" Senyum jahat. "Belahlah dadaku, tengoklah hatiku. Macam tu?"

Ain tampar bahu Nurul sebelum kedua – duanya ketawa serentak.

Sekali lagi dia mencuri tengok penampilannya di dalam cermin. Senyap – senyap dia berdoa agar dapat bertembung dengan ustaz sepanjang hari ini. Bukan senang nak tengok dia berjubah dekat kolej.

"Jangan pasang angan – angan, cik kak weyh. Nanti angan – angan berkecai, diri sendiri juga yang mengongoi."

"Aku doa senyap – senyap dalam hati pun kau boleh dengar eh?" Hairan betul dia.

"I can read mind, did I forgot to tell you?"

Ain mengherotkan bibirnya. Malas nak melawan cakap. Bukan boleh menang pun.

Detik ItuWhere stories live. Discover now