15 - Selamat Tinggal Kasihku

29 0 0
                                    

Gambar persandingan ustaz dan isterinya ditilik untuk kesekian kali tanpa menyuarakan apa – apa isi hati. Walaupun jiwanya koyak rabak tetapi matanya tetap juga mahu melihat gambar persandingan mereka berdua.

"Agak – agak lepas ni aku dapat jumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada ustaz tak?" Ain angkat muka dan memandang Nurul.

Nurul angkat bahu. "Entah, mana aku tahu." Matanya di skrin telefon pintar.

Ain kembali merenung gambar persandingan ustaz.

"Tapi aku doakan satu hari nanti, kau akan berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh terima kau seadanya. Baik engkau, dia puji. Buruk engkau, dia baiki. Kemudian dia pegang tangan kau untuk sama – sama melintas titian suka dan duka hubungan kau orang."

Mereka bertukar pandangan. Kemudian sama – sama tersenyum. Amin, mudah – mudahan Allah makbulkan doa itu.


Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti

Tersedar dari mimpi
Langkah menyusun pergi
Melihat kau bersama yang lain
Tersiksa jiwa ini


Ya, bak kata Haqiem Rusli, selamat tinggal sayang!

TAMAT







Teristiwa untuk Nurul Nuhain Binti Bidin

Detik ItuWhere stories live. Discover now