03 - Tak Mampu Diucapkan

131 0 0
                                    

Pintu kayu warna kelabu yang berada di hadapannya direnung bagai nak tembus. Sudah hampir setengah jam dia jadi patung cendana di depan muka pintu tersebut. Banyak mata yang melemparkan pandangan pelik ke arahnya tetapi dia tidak ambil pusing. Nak masuk ke tak nak ni? Hatinya masih lagi mahu bermain tarik tali.

"Oii, cik kak."

Ain berpaling ke belakang apabila suara itu menyapa telinganya. "Nurul, my life savior!" Dia berlari – lari anak ke arah Nurul. "Syukur gila kau ada kat sini." Muka bersyukur ditunjukkan.

"Dah jumpa belum?"

Geleng.

Nurul menghela nafas panjang. "Tadi bukan main beria lagi kata nak jumpa, tapi bila dah ada kat sini kau jadi minah pacak pulak." Tak faham betul aku dengan budak seorang ni.

"Kau mana faham perasaan orang yang dah takde hati macam aku ni." Ain buat muka sedih sememeh. "Walaupun kata – kata tu dah tersusun indah dalam kepala tapi masih tak mampu diucapkan."

Nurul buat muka. "Cukup – cukuplah dengan madah pujangga kau tu. Aku ni budak sains, kau tahu? Bukannya budak jiwang sastera macam kau." Lagi lama berkawan dengan Ain, lagi penuh kepala dia dengan ayat jiwang sastera.

Ain tergelak. "Jiwang sastera pun boleh."

Detik ItuWhere stories live. Discover now