14 - Jemputan Tidak Diduga

22 0 0
                                    

"Kumbang bukannya seekor, banyak lagi kumbang lain yang ada. Kau cakap je nak baka jenis macam mana, nanti aku carikan. Longhorn ke, Weevil ke, Stag ke, Skin ke, Ground ke, Darkling ke..."

"Eeeee, aku tak nak bercinta dengan kumbang! Aku nak manusia!" Ain yang bengang mendengar nama – nama kumbang terus bersuara kuat.

Nurul pandang Ain sambil menongkat dagu. "Masalahnya manusia ada hati. We can never force someone to have feeling towards us exactly how we felt for them. It's just... absurd."

Ain buat muka ketat. Jemputan kahwin ustaz yang masih terbayang di fikiran membuatkan hatinya panas membara.

"Barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meracunlah diri, tiap insan hai tidaklah kekal, tentukan pulang di mana berasal, janganlah sedih hai janganlah pilu, serahkan pada Allah yang satu, oh dunia ibaratnya roda, naik turun tiada hentinya, sama juga hidupnya manusia, ada yang riang dan ada yang duka."

Ain menjeling tajam ke arah Nurul yang sedang menyanyi.

"Heed the advice from this song, my friend." Bahu Ain disentuh. "Anggap je benda yang terlepas daripada tangan kau tu, bukannya rezeki kau untuk pegang. Dan sentiasa juga percaya, setiap benda yang terlepas daripada tangan kau sekarang ni, Allah akan gantikan dengan benda yang lebih baik pada kemudian hari. After all, He is the best planner and The All Knowing."

Ain termenung. Semudah itukah mahu melepaskan benda yang sangat dicintai?

Detik ItuWhere stories live. Discover now