12 - Coklat Bentuk Hati

31 0 0
                                    

"Kau termenung lama – lama ni dah kenapa? Kalau ada barang nak dibeli, belilah cepat. Kelas dah nak mula dah ni."

Ain buat tak dengar sahaja dengan gesaan Nurul itu. Coklat bentuk hati yang terletak atas rak makanan dipandang lama tanpa kelip. Dalam hati, dia menimbang – nimbang keputusan; nak beli ke tak nak?

Melihatkan Ain yang diam membatu, Nurul terus membuka langkah mengambil dua biji coklat bentuk hati daripada rak lalu berjalan terus menuju ke kaunter pembayaran.

"Weyh, aku tak nak belilah!" Ain merampas coklat bentuk hati itu daripada Nurul.

"Aku naklah!" Nurul cuba ambil semula coklat itu.

"Nak buat apa?" Ain menyoal dengan curiga.

"Nak makan dalam kelas. Aku tak makan lagi hari ni, lapar tahu tak?"

"Oh, ingatkan......"

"Aku nak hadiahkan kat kau supaya kau boleh bagi kat ustaz?" Laju sahaja Nurul memotong ayat Ain.

Ain ketawa besar sambil menyerahkan kembali coklat bentuk hati itu. "Sorry."

Nurul menjulingkan matanya ke atas. Tak kuasa aku nak melayan orang yang ada penyakit ustazism ni.

Detik Ituحيث تعيش القصص. اكتشف الآن