ZAHRA'S CAPTAIN | 1

745 38 0
                                    

Before you read don't forget to vote and follow ! : ) .

Location : 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐈𝐎 𝐀𝐑𝐂𝐇𝐈𝐓𝐄𝐂𝐊 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐄

"Nah Zahra, cuba kau tengok dulu sesuai tak susunan dia." Kata Aira sambil menghulurkan sekeping kertas yang bersaiz besar di tangannya untuk di berikan kepada Zahra agar Zahra dapat menyemak lukisan tersebut.

Zahra menolak meja yang panjang itu agar kerusi roda yang dia dudukkan itu bergerak menuju ke tempat Aira yang berada tidak terlalu jauh dari meja Zahra. Kertas yang bersaiz besar dan penuh dengan lakaran idea itu di teliti dengan baik oleh Zahra sebelum menentukan lakaran itu boleh di sediakan atau belum.

"Hmmm...I think u should tukar lah bahagian ni Aira sebab tapak dekat bahagian ni tak terlalu luas and kalau letak banyak sangat perabot maybe ada plus problem pulak yang datang." Tegur Zahrah dan memberikan kembali kertas yang besar itu kepada Aira. Lalu Zahrah kembali menyediakan laporan kemajuan projek.

"Menurut perintah boss!." Tangan kanan Aira di silangkan dan diletakkan di kepala seperti tanda hormat manakala kaki nya di repatkan dan badannya di tegakkan.

Zahra hanya menggeleng sebelum mengukir senyuman di bibirnya. Perangai kawan baik nya yang satu ini memang tidak pernah berubah.

Zahra dan Aira sudah berkawan sejak mereka berumur 17 tahun lagi. Mereka berdua sentiasa belajar bersama-sama senang bersama-sama susah juga bersama-sama. Sejak pertama kali mereka dapat keputusan masuk ke U mereka terkejut kerana dapat masuk ke Universiti yang sama.

Setelah dapat masuk ke dalam Universiti yang sama, mereka bersumpah untuk belajar ke dalam bidang yang sama sehingga lah mendapat kerja sebagai ARKITEK dan berkerja di company yang sama. Yang berbeza adalah pangkat Zahra lebih tinggi daripada Aira.

Zahra telah diberi pangkat PENOLONG JURU TERA (AWAM) GRED JA29 manakala kawan baik nya pula diberi pangkat yang berada di bawah Zahra sahaja iaitu PENOLONG JURU UKUR GREDJA29.

"Zahra." Panggil Aira yang masih mengukur luas dan bidang projek itu.

"Hmm." Zahra pula masih dengan tugas nya yang menyediakan laporan projek di dalam laptop nya. Jari jemarinya menaip dengan pantas dan sangat fokus.

"Kau pernah terfikir tak nak kahwin?." Tanya Aira serius lalu memandang ke arah Zahra yang masih setia menaip itu.

"Kahwin? pahal tetiba pulak pasal kahwin ni?." Zahra mengerutkan kening nya sebelum dia menoleh ke arah Aira.

"Takde saja tanya, tapi kau memang takde niat nak kahwin ke??."

"Takde kot, sebab aku rasa takde lelaki faham kerja kita ni, kerja ni mesti luang banyak masa untuk siapkan, nanti kalau aku kahwin risau pulak tak dapat luangkan banyak masa dengan suami aku, kang kena tinggal tak pasal-pasal jadi janda." Kata Zahra.

Dia memang menyimpan niat yang dia akan berkahwin bila dia berumur 30+ lebih dan bila dia pencen dari kerja arkitek. Namun jika dia menjumpai lelaki yang memahami kerja nya. Mungkin dia akan berkahwin, tapi tidak tahu lah sebab jodoh kan dekat tangan tuhan.

"Tulah juga kan haihh." Keluh kecil di keluarkan dari mulut Aira.

"Yang kau ni tiba-tiba tanya kenapa?." Tanya Zahra. Dia bingung kerana kawanya yang perangai tak pernah serius ini, tiba-tiba menanyakan soalan yang serius lagi-lagi tentang kahwin.

"Alah ibu aku tu, asyik-asyik tanya kau dah jumpa calon ke?, kau dah ada orang yang berkenan ke?, aku tak paham lah apa yang dia nak cepat sangat aku bersuami ni." Aira sudah muak dengan soalan yang di lontarkan kepada nya apabila dia menelefon ibu nya untuk menanyakan khabar tapi berubah kepada mencari calon "tunang".

"Hahahahahah, maybe ibu kau tu tak sabar nak ada cucu, tulah dia nak anak dia yang satu-satunya ada ni cepat-cepat kahwin." Tergelak kecil Zahra mendengar keluh kawannya itu.

"Ish kau ni, nanti ntah-ntah kau yang kahwin dulu baru aku, kau ingat kita ni merancang je, tuhan yang tentukan." Aira menjeling dan memuncung kan mulut nya kepada Zahra yang masih ketawa kecil itu.

"Baik-baik Aira udah-udah lah tu, ni projek ni kena siap sebelum esok tau, projek ni bukan calang-calang lokasi nak pergi esok." Kata Zahra lalu menutup laptop nya dan mengemas meja nya yang sedikit berhambur itu.

"Yelah, esok kau ambil aku tau dekat rumah, aku malas nak bawa kereta." Aira juga menggulung kertas yang bersaiz besar itu dan mengemas meja nya. Projek nya masih belum siap namun Aira akan menyiapkan di rumah.

"Kau tu, kereta je mahal tapi taknak guna, membazir je."

"Daripada kau tu, asyik berkepit je dengan 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒆𝒆𝒑 kau tu." Bebel Aira. Ya 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒆𝒆𝒑 itu adalah nama panggilan bagi kereta Zahra JEEP berwarna putih itu. Zahra memang sangat sayang kepada kereta nya itu, kalau boleh kahwin jelah dengan kereta tu.

"Hello, jangan nak salahkan pulak kereta aku tau, penat aku belajar bagus-bagus untuk beli kereta idaman aku tu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Hello, jangan nak salahkan pulak kereta aku tau, penat aku belajar bagus-bagus untuk beli kereta idaman aku tu." Berlagak nada Zahra dan di capainya jacket hitam di dinding bilik tersebut.

"Yelah memang kau lagi sayang 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒆𝒆𝒑 kau tu daripada kawan baik kau sendiri." Kata Aira sebelum bibir nya itu mengukir reaksi sedih dan matanya di jeling ke arah Zahra yang sedang memakai jacket hitam nya itu.

"Memang." Jawab Zahra ringkas dan pendek. Jika boleh jujur Zahra memang lebih sayang kereta JEEP nya itu daripada kawan baik nya sendiri. Jika di suruh pilih Aira atau JEEP, Zahra memilih JEEP dan di dalam nya ada Aira. Aik boleh pulak camtu?? Boleh tak genk macamtu???

Aira yang mendengar jawapan jujur daripada bibir Zahra itu perlahan mencapai pen biru yang berada di dalam bekas pen itu lalu ingin di lemparnya kepada Zahra.

"Kau lempar pen tu jangan heran tangan kau kena semen ye." Cepat sahaja Zahra menyedari nya. Dia tahu jika ada sesuatu yang membuat telinga Aira mendengar perkataan yang membuat nya kesal. Pisau tajam pun boleh mendarat dekat orang tu.

Don't forget to vote and follow thanks!
I would really appreciate it if you did, I love you reader !!

𝐍𝐄𝐗𝐓.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGOù les histoires vivent. Découvrez maintenant