ZAHRA'S CAPTAIN | 12

282 19 2
                                    

Danial menuruni anak tangga satu per satu. Bau yang di hidu dari atas bilik nya membuat dia terliur dan segera turun ke bawah.

Semakin kuat dan pekat bau yang di hidu apabila kaki sudah mendekat ke dapur. Terlihat Puan Maria yang sedang memasak ayam butter. Ayam butter yang telah siap di masak itu, diletakkan ke dalam mangkuk dan di letakkan di atas meja.

"Kenapa ibu yang masak? where are all the maids?." Tanya Danial. Matanya meliar mencari kelibat pembantu rumah.

"Ibu sengaja suruh diorang tidak payah masak hari ini, sebab ibu nak masakkan ayam butter kegemaran Danial." Jawab Puan Maria seraya melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Eat quickly, this morning I couldn't spend more time with my wife because she wanted to get up early to cook for you." Sampuk Tuan Kamarul. Dia memang agak tidak berpuas hati apabila Danial menginap di rumah nya kerana dia tidak dapat meluangkan lebih masa dengan Puan Maria.

Jika Danial datang atau pun menginap di rumah. Pasti diri nya rasa terbuang oleh istrinya sendiri kerana Puan Maria lebih meluangkan masa bersama Danial. Nasib lah Danial ni tinggal rumah lain, kalau tak memang tak boleh lah bersweet-sweet dengan istri.

"Eh abang ni Mengada lah!!." Puan Maria memukul lengan suaminya sebelum melihat Danial yang sedang tergelak kecil.

"Hahaha....alright ayah, lepas makan Danial balik." Danial mengenyitkan mata kanan kepada Tuan Kamarul.

"Good." Balas Tuan Kamarul lalu mengenyitkan mata kanan juga kepada Danial.

"Anak borek bapak rintik betul." Nada Puan Maria terdengar sedikit geram. Masak betul dengan perangai dua beranak ini, suka sangat mengusik nya.

Usai sahaja mereka menjamu makanan yang di masak oleh Puan Maria.Pantas mata Puan Maria melihat ke atas apabila mendengar suara baby Piya yang sedang menangis kerana terjaga dari tidurnya. Pinggan dan cawan di letak sahaja di singki.

"Danial, ibu naik dulu kamu borak lah sama ayah kejap." Kata Puan Maria seraya kaki nya berlari ingin melangkah ke tangga.

Baru sahaja ingin melangkah ke anak tangga pertama, seseorang menahan tangan kiri Puan Maria.

"No, biar abang yang urus baby Piya." Ujar Tuan Kamarul. Lalu menaiki tangga menuju ke bilik baby Piya.

"Tapi..."

"I said no means no, sayang pergi berehat dekat ruang tamu, sayang dah penat masak tadi." Pinta Tuan Kamarul lembut.

Puan Maria pula hanya menurut sambil mengeluarkan keluhan kecil. Segera dia berjalan menuju ke arah anak nya Danial yang sedang duduk sambil bermain handphone di sofa ruang tamu. Lagipun ada benda yang mahu dia borakkan kepada Danial.

"Danial." Panggil Puan Maria lembut.

"Yes?." Jawab Danial seraya meletakkan handphone nya di meja.

"Pasal Zahra tu...."

"Hmm..ya? Kenapa dengan dia bu?."

"Takdelah, pasal Zahra tu ibu nampak orangnya sopan....je cantik lagi tu."

"Kalau cepat di halalkan, kan bagus tu, tak manis lah kalau asyik keluar berdua je kan?."

Danial mengeluh kecil, "Tunggu masa yang sesuai bu."

"Bila sesuainya? Banyak masa sesuai sekarang ni, lagipun Danial tak kena panggil pergi mana-mana misi kan?."

"Kena panggil tu memang tiada lagi tapi kalau bab nikah ni kena bincang dengan keluarga Zahra dulu and paling penting Danial kena tanya Zahra dulu kalau dia nak."

"Kenapa pulak taknak? Kalau tak nak kenapa dia nak jadi calon istri Danial pulak?."

"I don't know, manatahu lah kita nak lain tapi lain pulak yang jadi, maklumlah kita hanya merangcang sahaja tapi tuhan yang tentukan."

"Yolo, macam mana nak di tentukan kalau tak rancang lagi?."

"Belum rancang pun dah di tentukan ibu, takdir kita semua dah di tulis. Tinggal kita sahaja yang harus menghadapnya.

"So, kamu taknak lah ni?."

"Kalau taknak cakap lah, eih bazir air liur je cakap dengan kamu ni Danial. Kamu kena juga nikah dengan Zahra hujung bulan ni, faham?."

"If not, ibu nikahkan kamu dengan pondan jelah, biar padan muka kamu situ."

"Pondan? Boleh je no problem, nanti boleh lah pondan tu jadi istri kedua ayah kan, sebab pondan zaman sekrang ni semua lelaki diorang sidai." Usik Danial.

"Amboiiiii!!! Jangan nak bawa-bawa laki aku eh, kau yang nak di jodohkan dengan pondan tu kenapa laki aku pulak kena!!.

"Alah takpe, nanti Danial kahwin dengan pondan banyak-banyak, nanti banyak jugak istri ayah, kan bu?."

"Banyak lah kau punya pondan situ, takde-takde hujung bulan ni comform dah nikah sama Zahra, kalau tak faham-faham lah." Naik bengang Puan Maria di buat nya.

"I will talk to Zahra later, the choice is in her hands, not us." Terang Danial ringkas dan padat.

Jika boleh dia juga ingin menikahi Zahra namun apakah daya jika Zahra tidak mencintai nya. Tidakkan pula dia nak paksa Zahra nikah dengan dia? Nanti jadi gelaran kahwin paksa pulak. Jujur Danial sudah tertarik kepada Zahra sejak pertama kali mereka berjumpa semasa perjalanan ke kem. Melihat gelagat Zahra yang mengelirukan membuatkan dia ingin lebih tahu tentang Zahra.

'𝐼 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑚𝑎𝑘𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑎𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑚𝑒 𝑏𝑒𝑓𝑜𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑒𝑛𝑑 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑚𝑜𝑛𝑡ℎ 𝑍𝑎ℎ𝑟𝑎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'𝐼 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑚𝑎𝑘𝑒 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑎𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑚𝑒 𝑏𝑒𝑓𝑜𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑒𝑛𝑑 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑚𝑜𝑛𝑡ℎ 𝑍𝑎ℎ𝑟𝑎.'Bisik hati Danial.

Don't forget to vote and follow thanks!
I would really appreciate it if you did, I love you reader !!

𝐍𝐄𝐗𝐓.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now