ZAHRA'S CAPTAIN | 8

340 22 2
                                    

ALLAHHUAKHBAR!!

ALLAHHUAKHBAR!!

Jam sudah menunjukkan pukul 7:15. Azan magrib pula sudah berkumandang. Zahra segera menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk agar dapat melaksanakan solat fardhu magrib.

Zahra mencapai telekung yang berwarna hitam polos dan berkain satin itu daripada almari untuk di pakai ketika solat.

"Assalamualaikumwarahmatullah." Lafaz Zahra apabila habis sahaja menunaikan solat fardu magrib.

Zahra mengambil al-quran untuk di baca. Zahra membaca al-quran dalam 5 helai muka surat sehari.

Usai sahaja dia membaca al-quran dia menggantung telekung dan sejadah pula di lipat, Zahra melihat ke arah jam dinding. Terbeliak matanya apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 7:56.

"Aduhh mati lah aku kalau lambat, tak pasal-pasal mengamok si acah macoh tu." Jerkih Zahra dengan nada cemas.

Zahra segera bersiap untuk pergi ke restoran yang di ajak oleh Danial petang tadi. Habis sahaja Zahra bersiap dia mencapai kunci yang bergantung di belakang pintu.

Zahra memandu laju keluar daripada perumahan nya. Zahra menekan minyak dengan kuat dan memandu dengan pantas. Sampai sahaja di restoran golden Zahra keluar dari perut kereta.

TING!!

Bunyi pintu restoran yang dibuka Zahra berbunyi. Mata Zahra sibuk mencari keberadaan Danial.

"Mana pulak si macoh ni." Kerut seribu dahi Zahra apabila matanya sudah mengelilingi seluruh restoran itu untuk mencari keberadaan Danial.

Danial yang melihat sosok belakang Zahra itu perlahan menuju ke arahnya dan memajukan kepala nya ke atas bahu Zahra tanpa Zahra menyadarinya.

"Hello, stubborn." Ejekan itu membisik di telinga Zahra.

"EHH MAK KAU CANTIKKK!!!." Melatah besar Zahra di buatnya oleh Danial. Dengan tidak sengaja Zahra mengiku perut Danial, sehingga membuatkan Danial tertolak ke belakang.

Orang-orang yang berada di dalam restoran itu tertumpu kepada Zahra dna Danial yang berada di depan pintu restoran.

"Wow, it really hurts." Danial tersenyum sinis.

"S-sorry, Danial." Zahra menekup mulutnya lalu menampar pipinya dua kali.

"Haha just kidding, let's go." Danial berjalan menuju ke meja yang sudah di tempah oleh nya.

Zahra pula hanya mengekori jejak lelaki itu. Mereka semakin dekat akan meja yang ingin di perginya itu. Sehinggalah terlihat meja yang bersaiz panjang dan telah di isi oleh 3 orang yang terlihat sudah duduk santai di situ.

Zahra yang melihat Danial menuju ke arah meja berisi sekeluarga itu berjalan ke arah meja yang lain. Baginya mungkin Danial salah jalan.

"Hey, Zahra sini lah." Panggil Danial apabila melihat Zahra menuju ke arah meja yang lain.

"Situ?."

"Jadi?."

Zahra kebingungan, dia sedang buntu benar-benar tidak tahu apa yang jadi. Dia fikir hanya Danial dan Dia sahaja yang akan keluar pada malam itu.

"Salam lah, ni ibu saya." Tutur Danial sambil menunjuk ke arah Puan Maria iaitu ibu kandung kepada Danial.

"Ini ke Danial? Cantik orang nya, pakaian pun sopan." Ucap Puan Maria sambil membalas salam daripada Zahra yang terlihat kebingungan itu.

"Ini?." Naik kerut seribu dahi Zahra di buatnya. Zahra memandang Danial dengan muka yang menginginkan penjelasan.

Danial pula hanya menjengket bahu lalu membuat muka acah tidak tahu.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now