ZAHRA'S CAPTAIN | 11

322 19 0
                                    

Zahra bersandar di kerusi roda yang diduduki nya. Penutup pen biru yang di pegang di main, ditutup dan di buka.

Selama 3 hari ini dia hanya berfikir tentang kejadian malam itu. Masih tidak terputus-putus dia memikirkan apa yang berlaku malam itu.

Yang di fikir nya bukan tentang bag yang di curi, tentang pencuri itu sudah pun di tangkap oleh pihak atasan, teruk juga di belasah pencuri itu oleh Danial pada malam kejadian.

Mana tak mendarat penumbuk di muka pencuri tu kalau tangan pencuri yang mendarat di muka Danial terlebih dahulu.

Zahra masih belum habis fikir tentang tragedi perjanjian dia terhadap Danial. Namun salahnya juga tidak berfikir panjang dahulu sebelum bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Sejujurnya mahu sahaja dia menolak, namun timbul rasa terhutang budi terhadap Danial kerana sudi menolongnya menangkap pencuri itu. Tapi apakah daya, terpaksa lah dia menerima perjanjian itu.

'𝑍𝑎ℎ𝑟𝑎𝑎𝑎𝑎 𝑝𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒 𝑠𝑡𝑜𝑝 𝑡ℎ𝑖𝑛𝑘𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑏𝑜𝑢𝑡 𝑡ℎ𝑎𝑡𝑡𝑡' Ayat yang sama sahaja terulang di fikiran Zahra.Tidak lena tidur di buatnya.

Aira berjalan menuju ke meja Zahra sebaik sahaja melihat kawan baik nya termenung seperti tidak berdaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira berjalan menuju ke meja Zahra sebaik sahaja melihat kawan baik nya termenung seperti tidak berdaya.

"Apa yang termenung jauh sangat ni, dah-dah lah fikir pasal malam tu, semua dah setel kan? Apa yang nak di fikir nya lagi? Pencuri tu pun dah duk lokap dah."

"Ish bukan pasal pencuri tu, kalau pasal pencuri tu tak kesampai lah niat nak fikir dia sampai bawa ke office." Zahra menjeling ke arah Aira.

Zahra memang tidak memberitahu Aira tentang Danial yang menolong mengejar pencuri itu dan Zahra menumpang di motor nya. Sengaja dia berbohong, kalau tidak memang sampai ke tua lah Aira ungkit tentang kejadian itu.

Apa yang Zahra katakan hanya pencuri itu tidak dapat melarikan bag tangan Zahra kerana kebetulan polis sedang meronda di kawasan jalan itu dan terserampak melihat pencuri yang sedang melarikan diri dan membawa bag Zahra.

"Jadi pasal apa??." Berkerut seribu dahi Aira. Apa yang buat kawan nya ini mengelamun macam orang tak terurus semenjak kebelakangan ni.

"Nothing." Jawab Zahra ringkas.

"Common lah, aku kawan kau lama dah takkan lah nak bersimpan rahsia lagi." Suara Aira berubah cuak. Dia tahu betul sikap Zahra satu ini, pasti menyorokkan sesuatu daripadanya. Persahabatan mereka sudah terjalin lama. Senang cerita sudah seperti adik dan kakak.

Zahra hanya mengeluh dia benar-benar buntuh, nampaknya dia kena bagitahu juga lah apa yang jadi sebenarnya. Dia bukan tidak ingin memberitahu perkara sebenar tapi Zahra takut jika Aira memberitahu semua nya kepada orang tua Zahra.

Macam Zahra tidak tahu dengan perangai perempuan satu ini. Mulut celupar bukan main, mulut gatal nak bagitahu semua dengan ibu bapanya.

Dulu ketika di Universiti, apa-apa sahaja gerak gerik Zahra di beritahu nya kepada ibu bapanya. Kawan nya ini kalau pasal pembecok memang nombor satu.

"Baiklah first of all...."

Zahra memulakan cerita dari permulaan Danial mengajak nya keluar makan sehingga kejadian mereka menangkap pencuri tersebut. Lebar panjang Zahra menerangkan kepada Aira, Aira pula hanya setia mendengar.

Banyak reaksi yang di keluarkan oleh Aira apabila mendengar cerita oleh Zahra. Boleh pecah juga perut ini ketawa mendengar kejadian sebenar malam itu. Boleh pula kawannya yang jadi calon istri pura-pura Danial.

"Hahahahah....nasib kau lah Zahra, sekarang kena jadi watak calon istri pura-pura Danial pulak." Masih tidak henti ketawa Aira di buatnya. Malang betul nasib kawan nya ini.

"Sekarang boleh lah kau ketawa, kalau kau dekat tempat aku memang tidak tenang kau tidur duk fikir benda tu je." Menyampah dia melihat Aira yang tidak henti-henti ketawa sejak tadi.

"Tak sekarang betul lah kau kena berlakon jadi calon istri pura-pura lelaki tu selama sebulan?." Tanya Aira dia masih sedikit tidak percaya.

"Heih itulah, aku pun setuju je lah nak buat macam mana dah terhutang budi dengan dia, nanti nampak macam orang tak kenang budi lah pulak kalau tak terima, but its okay sebulan je tak lama." Ya mulut nya berkata seolah-olah baik-baik sahaja namun jauh di dalam sudut hatinya memang sedang kucar kacir memikirkannya.

"Tapi ada bagusnya juga kan, manatahu lah lancar sampai ke pelamin, adalah juga title from calon istri pura-pura to istri hingga ke jannah hahahahahah...." Sakat Aira.

"Eh kau jangan doa bukan-bukan eh, semua ni perjanjian je tak lebih ishh." Masak juga Zahra dengan perangai kawannya ini yang suka mengusik nya.

-----------

Zahra melabuhkan punggung di kerusi meja solek nya. Pin tudung yang di pakai di buka satu per satu.

Zahra masih tidak habis fikir tentang perjanjian yang dia telah bersepakat bersama Danial.

"It's only been a month, calm down Zahra!." Zahra cuba menenangkan dirinya sendiri.

Zahra baik-baik sahaja jika perjanjian ini tidak melibatkan orang tua Zahra. Dia hanya takut jika perjanjian ini berlaku terlalu dalam sehingga mereka terpaksa berkahwin.

"Tidak apa Zahra, lagipun kau buat semua ni sebab terhutang budi dengan lelaki tu and kau buat sebab kau rasa sedikit kesihan kepada lelaki itu kerana jika Danial tidak membawa calon istri pada malam itu, kedua orang tua Danial akan menjodohkan nya dengan perempuan yang tidak di kenali sama sekali." Zahra berkata seolah-olah diri nya bukan menerima kerana dia mencintai Danial. Namun kerana timbul kesihan dan terhutang budi sahaja.

"Tapi kalau ibu bapanya berkenan dengan aku macam mana?? Nanti diorang tiba-tiba nak ajak kahwin macam manaaaa?? Alahh takpe bagitahu je lah perkara sebenar lagi pun yang salah anak lelaki nya."

"Siapa suruh tidak mahu berterus terang sahaja belum jumpa calon, ni pergi ambil anak dara orang buat calon istri pura-pura."

Fikiran Zahra memang di hantui lagi oleh perjanjian tersebut. Nampaknya malam ini dia tidur dalam keadaan gelisah sekali lagi.

Don't forget to vote and follow thanks!
I would really appreciate it if you did, I love you reader !!

𝐍𝐄𝐗𝐓.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now