ZAHRA'S CAPTAIN | 4

368 28 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 10:56.

"Kau seriuslah Zahra?? Takkan lah dengan orang yang bantu kita pun kau nak tunjukkan perangai psycho kau tu???." Aira mengatakan hal itu kerana sepanjang mereka bersembang di belakang tadi dia mengintai dari side miror kereta JEEP itu.

"Biarlah, dia ingat dengan aku suka hati dia je nak main-main??." Zahra memang agak pantang apabila dia menanyakan soalan yang serius namun orang menjawab dengan main-main.

"I know lah, tapi dia kan dah bantu kita, behave lah sikit."

"No, mean no."

Aira hanya menggelengkan kepala nya dan mengeluh kecil. Lagi pun bukan pertama kali. Zahra-Zahra berapa orang dah kau buat dorang geleng kepala harini??

"Jadi nak pergi ke lagi kem tu?." Tanya Aira kepada Zahra yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Pergi jelah, manatahu orang tu masih dekat sana." Kata Zahra. Orang tersebut ialah orang yang memilih company mereka untuk membuat lakaran idea untuk membina sebuah kem baharu.

"Alright." Kata Aira.

Zahra menekan singal ke kanan untuk keluar. Lalu mengambil jalan sebelah kanan.

Zahra memandu seperti biasa menuju ke kem sampailah dia menyadari yang kereta lamborghini hitam dari tadi mengikut nya. Dia baru ingat kereta itulah tadi yang berhenti dan menolong mereka dengan kehadiran dua jejaka di dalam nya.

Zahra memotong ke jalan sebelah kiri tanpa menekan signal. Dia ingin memastikan lagi apakah itu kereta milik jejaka yang membantu nya tadi atau bukan, dan ternyata benar itu kereta mereka.

Danial yang sudah dari tadi perasan yang mereka satu jalan dengannya menggelengkan lagi kepala melihat kereta depan nya yang di pandu oleh seorang perempuan dan memotong tanpa signal.

Apabila kereta mereka sudah bersebelahan Zahra membuat isyarat meggunakan jari telunjuk nya untuk Danial menurunkan tingkap kereta nya.

Danial hanya menurut dan membuka tingkap keretanya. Lalu memandang Zahra yang bermuka seperti cari gaduh itu.

"Kenapa ikut kitaorang???." Tanya Zahra kerana kereta ini dari tadi megikutnya dari belakang.

"Sejak bila?? Kita satu jalan je kot." Danial menjawab.

"Hm maybe diorang nak pergi kem juga kot???, cuba kau tanya dorang." Kata Aira lalu melihat ke arah kereta Danial.

"Korang nak pergi kem ke?." Tanya Zahra lalu mengangguk kepala nya sekali sahaja seperti gangster.

"Aik macam mana dia boleh tahuu?." Kata Farish yang dari kerusi depan pemandu itu. Muka nya bingung.

"Eh hai Airaaa!." Dia melambai ke arah Aira sekaligus mukanya berubah menjadi kacak dan normal kembali.

"Farishh! Haiii!!." Aira membalas lambaian Farish. Mereka berdua membalas lambaian dan senyuman.

"Alright kalau dah satu jalan apa kata kita berlumba, amacam nak tak lagipun jalan kosong." Zahra menaikkan kan dua keningnya seperti ingin mencabar.

"No that's dangerous." Danial menolak mentah-mentah permintaan Zahra itu.

"Pengecut." Ringkas sahaja hinaan yang keluar dari mulut Zahra. Sempat dia menjeling ke arah Danial.

Danial yang mendengar ejekan pendek itu terasa bengang. Dengan laju dia menerima kembali permintaan itu.

"Ok I accept, tapi kalau saya menang saya dapat apa?."

"Whatever you want sir." Jawab Zahra dengan nada yakin dan gembira apabila Danial setuju.

"Well keep your words girl, I would do anything to get those words back." Kata Danial.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now