ZAHRA'S CAPTAIN | 18

304 17 12
                                    

Zahra melabuhkan tubuh di katil King kepunyaan nya seraya mengeluarkan keluhan kecil. Masih bermain di fikiran pergaulan antara keluarganya dan keluarga Danial pada pagi tadi.

Sejujurnya aku belum sedia untuk semua itu namun apa yang boleh di buat lagi? Aku sendiri yang mengeluarkan perkataan 'setuju' dari mulut ku dan menerima lamaran Danial.

Zahra menitiskan air mata

Yang penting sekarang aku hanya redha, aku percaya ini semua adalah takdir Allah. Semua sudah di tulis oleh Allah, jodoh, ajal, kebahagiaan, derajat. Apa yang akan berlaku, berlaku sahaja kerana sebaik-baik nya rancangan adalah yang telah tertulis oleh Allah.

Sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di bumi sekadar ujian ini, aku akan menjalani takdir dengan hati yang tulus dan terbuka. Semua di tangan Allah, hanya perlu bersabar, jalani dengan tenang dan sabar. Aku serahkan semua urusan ku kepadaNya, cukup lah sekadar aku merancang sahaja hanya Dia yang tentukan.

Manusia seperti aku yang banyak dosa di dunia ini tidak layak menyalahkan akan takdir yang sudah tertulis. Aku adalah seorang yang jijik, penuh dengan dosa dan penyesalan, aku hanya berharap Allah menerima doa ku selama ini.

"Mulut kau memang masin macam ikan bilis Aira."

Sekali lagi Zahra mengeluh

TOK!!

TOK!!

Bunyi ketukan yang keluar dari pintu bilik Zahra membuatkan dia terbangun dari alam lamunannya. Dengan pantas dia mengelap air mata yang jatuh ke pipi nya.

"Assalamualaikum, ibu ni!." Puan Fatimah memberi salam.

"Waalaikumussalam, ye bu! buka je tak terkunci pun!." Jerit Zahra seraya bengun daripada baringnya dan duduk bersila di atas katil.

Puan Fatimah memulas tombol pintu bilik Zahra lalu menuju ke arah Zahra yang sedang duduk bersila di atas katil bilik.

Zahra tersenyum kepada Puan Fatimah yang sedang menuju ke tempatnya. Puan Fatimah melabuhkan punggung di sebelah Zahra lalu memegang tangan Zahra dan mengusapnya perlahan.

Ha? Kenapa dengan ibu aku ni? Zahra hairan akan kelakuan Puan Fatimah yang satu ini, dengan muka simpati di lontarkan kepada Zahra.

"Anak ibu ok ke ni?." Kata Puan Fatimah. Puan Fatimah bukan apa, cuma risau sahaja. Dia juga wanita, jadi dia faham akan perasaan akan situasi seperti Zahra ini. Dia tahu apa yang di fkirkan oleh Zahra dan apa yang bermain di kepala otak Zahra.

"Saya ok je bu, why so sudden?." makin hairan Zahra di buat.

"Ibu tahu anak ibu mesti nervous kan? Ibu pun pernah macam situasi Zahra masa ni, ibu pun perempuan jadi ibu tahu macam mana ribut perasaan anak ibu sekarang." Puan Fatimah menerang.

"Nervous tu adalah sikit bu, tapi Zahra ragu-ragu lah bu sebab benda ni sangat baru bagi Zahra." Kata Zahra.

"Benda ni memang lah baru bagi Zahra and perasaan ragu tu comform ada, sebab semua ni melibatkan kehidupan dan pengorbanan Zahra, nanti bila dah jadi ibu Zahra akan rasa macam mana penat nya tugas seorang istri kepada anak-anak dan suami." Terang Puan Fatimah sekali lagi.

"Ibu ni, Zahra baru terima lamaran belum jadi bini dia lagi." Tegas Zahra.

"Eh eh budak bertuah ni, ingat terima lamaran tu macam terima duit ke? Terima lamaran tu means Zahra terima dia menjadi istri Zahra dan sedia menerima dia sebagai suami."

"Yee Zahra tahu."

"Dahtu kalau tahu kenapa cakap macam tu? Jangan buat benda ni main-main tau, ni semua melibatkan kehidupan harian Zahra juga." Nasihat Puan Fatimah.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now