ZAHRA'S CAPTAIN | 2

445 33 0
                                    

"HUAAAA." Zahra menguap sebelum bangun daripada katil nya. Jam menunjukkan pukul 6:58 . Dia harus segera bersiap sebelum pukul 9:00.

Zahra segera menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Zahra mandi seperti biasa.

Siap sahaja Zahra mandi dan memakai pakaian nya. Dia mengambil tudung shawl hitam yang sudah berseterika di atas kerusi dan memakai nya.

Zahra mencapai kunci kereta di atas laci nya dan menuju ke pintu untuk keluar, pintu itu di tutup dan di kunci sebelum dia melangkah pergi ke kereta JEEP nya itu.

Dia memegang strering dan memandu keluar daripada perumahan . Laju dia memandu apabila melihat jam sudah menunjukkan 8:11 . Minyak ditekan kuat oleh kaki kanan nya, tingkap kereta itu pula di buka kerana Zahra tidak suka memandu dalam keadaan tingkap tidak terbuka.

"Mana Zahra ni aduhhh." Keluh Aira dalam nada cemas sambil melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 8:51.

Aira berjalan ke kiri dan ke kanan sambil melihat terus jam di tangannya itu.

PITT!!

PITT!!

Bunyi hon itu membuat Aira menoleh ke arah pagar luar rumah dan segera berlari menuju ke luar.
Aira membuka pintu kereta Zahra dan masuk ke dalam perut kereta.

"Pahal lambat sangat gila, tak tengok ke pukul berapa sekarang??." Bebel Aira pendek sambil menunjukkan jam tangannya kepada Zahra.

"Kau fikir rumah kau ni dekat ke hah??." Balas amarah Zahra kepada Aira yang membuat muka masam itu kepadnya.

"Sebelum tangan aku ni mendarat dekat kepala kau baik kau adjust sikit muka jelek kau tu, syukur sikit eh aku gadai minyak kereta aku ni untuk ambil kau je." Zahra kembali memandu dan keluar ke jalan besar sambil melihat kanan kiri sebelum keluar.

"Yelah salah aku lah semua, kau ni taknak cari jodoh ke dekat sana nanti??." Tanya Aira lalu menoleh ke arah Zahra yang sedang memandu itu.

"Jodoh? Dekat tempat tu? Kau gila ka apa taknak aku, diorang tu bila-bila je boleh kena panggil pergi berkerja. Kau tahan ke nak bersendirian dekat rumah suami kau pulak pergi kerja berbulan-bulan tak balik."

"Serius lah kau taknak? Gaji diorang mahal tauuu." Nada Aira seperti ingin membodek kawan baik nya itu.

"Aira stop it please, sorry naik lori lah aku nak kahwin dengan tentera. Full stop for this topic."

"Hm yalah-." Baru sahaja dia ingin mengeluh kecil kepada Zahra senrentak mereka berdua berteriak.

"ACKKKK!!!." Teriak Zahra dan Aira serentak apabila Zahra tidak sengaja melanggar lubang yang agak dalam itu di tengah jalan.

"Awww." Zahra mengeluh sakit di kepala nya yang terhempas apabila dia menekan break secara tiba-tiba sehingga membuat kepala mereka berdua terhempas ke depan.

"Allahuakhbar, kau okey tak Aira??." Ucap Zahra lalu memegang belakang Aira.

"Aku okey je, dah yang kau tertiba break tu kenapa??."

"Sorrylah aku tak perasan ada lubang dekat tengah jalan ni." Kata Zahra lalu membuka pintu kereta dan keluar untuk melihat keadaan kereta kesayangannya itu.

"Aduhhh, kereta akuuuuuu." Keluh Zahra apabila melihat tayar kereta nya sudah tersangkut di dalam lubang yang agak dalam itu. Tengkuk nya yang tidak sakit itu di usapnya.

"Ha sekarang kita nak buat apa ni??." Kata Aira.

"Aish kau nak buat apa lagi, sini." Zahra menarik tangan Aira pergi ke sebelah nya dan menyuruh nya untuk melambai agar ada kereta yang mungkin dapat membantu mereka.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWhere stories live. Discover now