ZAHRA'S CAPTAIN | 16

267 18 1
                                    

TING !

TONG !

TING !

TONG !

Bunyi lonceng rumah itu membuatkan Puan Fatimah dan Tuan Rayyan yang sedang menikmati secawan coffee di atas sofa ruang tamu teralih perhatian kepada bunyi lonceng yang memenuhi satu kawasan ruang tamu tersebut.

Puan Fatimah segera melangkah ke arah pintu rumah, "Ya cari siapa?." Puan Fatimah mengerutkan dahi seribu. Bingung akan siapa jejaka tinggi lampai dan kacak yang sedang berdiri di hadapannya.

"Assalamualaikum, makcik." Ucap Danial seraya menundukkan sedikit kepala tanda sapa.

"Waalaikumussalam, ni siapa ya?."

"Hm saya Danial, saya datang sini ada hajat sebenarnya." Kata Danial dengan penuh makna.

"Hajat?." Puan Fatimah memandang Danial dengan penuh tanda tanya, dia ingin menanyakan sesuatu namun tidak sopan pula jika tidak memberi tetamu duduk dahulu.

"Ah...Danial masuk lah dulu, kita borak dekat dalam." Puan Fatimah mengajak Danial duduk di sofa ruang tamu.

Danial menghulurkan tangan kepada Tuan Rayyan untuk bersalaman. Manakala Tuan Rayyan menyambut salam Danial dengan senyuman.

Puan Fatimah berbisik kepada suaminya Tuan Rayyan, "Dia kata datang ada hajat, nama dia Danial. Abang borak-borak lah dulu dengan dia." Bisik Puan Fatimah kepada Tuan Rayyan.

"Kejap eh, makcik nak buat air."

"Eh tidakpa makcik, saya datang kejap je ni, jangan susah-susah." Kata Danial.

"Ehh, tidakpa-tidakpa kamu berborak lah dulu dengan pakcik Rayyan." Puan Fatimah menuju ke dapur untuk menghidang air untuk tetamu iaitu Danial. Rasa tidak enak pula jika tidak menghidangkan apa-apa untuk tetamu.

"Saya datang ni ada hajat sebenarnya, saya nak masuk pinang anak pakcik, Zahra." Kata Danial dengan bersungguh.

Puan Fatimah yang mendengar kata-kata Danial itu mengukir senyuman lebar. Segera dia membuat air dengan cepat.

"Kamu pun pakcik tidak kenal, nak pinang anak pakcik? Dan Lagi satu, Zahra dah setuju dengan pinangan ni?." Nada Tuan Rayyan sedikit menakutkan.

Puan Fatimah yang sedang membancuh air sirap di jug kaca itu terasa geram dengan nada yang di buat oleh suaminya. Sepatutnya inilah kesempatan yang baik untuk mendapat menantu dengan cepat.

"Ya I know, lagi pun saya dengan Zahra tidak terlalu berkenal satu sama lain juga, tapi saya ingin mengenal nya dengan cara yang baik."

"No, saya belum beritahu apa-apa kepada Zahra tentang hajat saya untuk masuk meminang nya. Saya cuma berharap dia akan setuju lamaran saya."

"Macam ni lah, saya harap kamu perlu fikir masak-masak dahulu Danial. Saya rasa tidak ada yang perlu di bincangkan lagi jika Zahra sendiri belum bersetuju." Nasihat Tuan Rayyan.

"Zahra setuju." Dengan pantas Zahra bersetuju dengan lamaran Danial. Dari awal dia sudah mencuri dengar perbualan ayahnya dan Danial, tapi dia agak takut untuk keluar daripada bilik. Awal nya dia berada di bilik solat yang berdekatan ruang tamu untuk menunaikai solat fardu Zohor. Usai sahaja dia melipat telekung kedengaran suara lelaki yang dikenal nya. Danial!!

Dahi berkerut seribu memikirkan bagaimana lelaki ini mengetahui tempat tinggalnya.

Tanpa basah basi segera dia mencuri dengar daripada pintu bilik yang masih di kuncinya dari dalam. Telinga di rapatkan ke pintu bilik. Sungguh terkejut jasad nya apabila mendengar yang Danial ingin melamarnya. Jantung mulai berdegup kencang, badan mengeluarkan peluh.

ZAHRA'S CAPTAIN | OGWo Geschichten leben. Entdecke jetzt