Sagu dan kacang (sajak)

6 2 0
                                    

Ada kacang ada sagu,
ada aku ada kamu,
lelah aku mencipta lagu,
untukku nyanyikan padamu,

Laguku cipta buatnya,
dalam bayang awangan,
begitu sulit mencari nadanya,
kerana tiada ketenangan,

Ku alunkan suara sepenuhnya,
ku lontarkan jiwa sepenuhnya,
dalam lagu dan rentaknya,
sebagaimana rentak hatinya,

Rindu yang dibalut sekuatnya,
ku sedari betapa lemahnya,
jiwaku meronta untuknya,
bergelora setiap harinya,

Rasa yang ku terima,
tetapku endah selalu,
bukannya belum menerima,
namun ku sedar selalu,

Tak layaknya diriku,
dalam mencintai rembulan,
begitu jauh beza denganku,
sehingga merasa tak sejalan,

Hinanya aku dimataku,
dalam mencintai dirimu,
tidak ada yang menarik padaku,
untuk terus bersamamu,

Layaknya aku bersendirian,
dalam sebuah renungan,
tanpa adanya lagi bayangan,
pastinya hanya sebuah khayalan.

-Zu

Ungkapan CintaWhere stories live. Discover now