BAB 9

5.1K 376 18
                                    

Ahhh Zar Uzair”

Jerit Aku kegeraman, Aku tolak badan nya ke arah tepi, paip air di singki Aku tuju lalu cepat cepat Aku bilaskan rambut Aku yang terkena darah ikan itu, ewww habis hanyir, Aku jeling dia sekilas, dengan muka selamba masih tidak menayangkan riak bersalah!

Seusai Aku berpuas hati, tiada lagi bau yang kurang menyenangkan di hujung pangkal rambut Aku, Aku lantas memandang dirinya tajam,

“Dah gila ke hah? Mana ada orang ketuk kepala dengan ikan, dah lah hanyir, awak ingat rambut saya ni pengelap lantai ke?”

“Aku suruh hang pi ambik daun karipole, hang sua kat aku benda lain, padan la hang kena libaih ngan aku, duk main lagi”

Berdesing telinga Aku, lah salah aku pula? Aku sudah menyinting lengan baju, eii mamat ini, kecil besar kecil besar sahaja Aku melihat lelaki ini,

“Lahh salah saya pula, awak tu lain kali gunalah bahasa yang santun sikit, ini tak apa dia pole? Karipole? Haa awak ingat saya ni asal sini ke? Ingat semua orang tahu bahasa hulu awak tu ke?”

Bidasku padanya, Aku lihat riak muka yang tegang tadi mula kendur, rahang nya bergerak gerak lalu dia letakkan semula ikan yang disiang tadi pada bekas tupperware, dibasuh tangan nya lalu diraup muka,

"Astaghfirullah"

Istighfar dirinya berkali- Kali sebelum dibawa mukanya menghadap ke arah Aku,

“Sakit dak tadi? Hat aku libas pala hang guna ikan” soalnya perlahan,

“Taklah sakit, cumanya hanyir je, lain lah kalau awak hentak saya guna bata, mau inallilah saya dekat sini”balasku perlahan, mula pelik dengan sikap dirinya yang berubah secara tiba-tiba

“Abang, hang buat apa laa kat kawan Aku, sampai aku dengaq suara dia dari luaq”serentak kepala Aku dan Zar tertoleh pada muka pintu dapur, Dahlia, di tanganya ada beberapa buah kelapa tua, jelas mukanya mempamerkan riak kehairanan,

“Aku ketuk pala kawan hang guna ikan"

“Hang buat apa bang?”

Ternaik seoktaf suara Dahlia, lekas-lekas dia hampiri diri Aku lalu dibelek, atas dan bawah, memastikan tiada sebarang kecederaan, dipeluk tubuh Aku, terkebil-kebil Aku dibuatnya, overprotective betul si Dahlia ini, terbit senyuman kecil di bibir, telinga Aku mula menangkap bebelan Dahlia kepada Abangnya,

“Hang ni bang, agak agak la nak pi ketuk pala kawan aku, ni kalau mak pak dia tau, naya hang bang oii”

“Haa tau la Aku salah, bukanya Aku pi libas dia ngan benda keras, tak payah duk risau laa, kawan hang hidup lagi tu”

“Mana ada orang, memang tak pernah dibuat orang, libas dengan ikan, ni kalau opah tau, mau mampuih hang”

Aku lihat riak wajah Zar berubah masam mencuka, tangan nya kembali membasuh ikan di singki hingga bersih,

“Hang gitau opah siap hang, dahh tu pi ambik nyok tu, pi kukur”

Di jeling sekilas abangnya,

“Hang buat lagutu lagi kat Adwa siap hang, kasut hang satgi aku baling masuk dalam parit”

“Haa Haa Aku tak buat dah, dah dah pi lekaih, pukul berapa nak masuk laguni kalau hang tak henti beletiaq kat Aku, tuu Adwa tu steady jaa hang buat pulun habis pasaipa?”

Dimuncung mulutnya menunjuk ke arah Aku, Aku tersengih, kalau dekat rumah, Aku dengan Along juga bergini, gaduh, tapi tidaklah seteruk mana, orang panggil gaduh manja, mama dengan papa juga sudah berbuih mulut, Aku lihat Dahlia dan Zar, mengigatkan Aku pada Amsyar,

ZARWhere stories live. Discover now