BAB 26

5K 351 102
                                    

Sayang...”

Aku palingkan wajah ke arah belakang, Zafran sedang menghampiri diriku, senyuman yang sentiasa mekar di bibirnya Aku balas. Tangan itu pula lembut mengelus hujung pangkal rambutku lalu dia cium perlahan, merah padam wajahku dibuatnya.

Semenjak bergelar Puan Zafran ini, bukan main sedia lagi wajah ini sentiasa merah seperti tomato ceri. Hati pula tidak henti-henti berdegup kencang.

Penangan berkahwin agaknya. Maklumlah dulu bangun pagi yang menyapa pandangan mata hanyalah siling yang kosong, namun sekarang yang menjamah mata tidak lain tidak bukan wajah sempurna Zafran.

Hati, sila bawa bertenang. Kalau hari- hari macam ini boleh terkena serangan jantung gamaknya.

“Siap lekas, nanti kedai kek yang Adwa suka tu tutup pula kalau lambat, mau muncung sedepa mulut tu.”. Tuturnya lembut.

Satu hal yang Aku amat sukai mengenai Zafran. Dirinya sejenis soft spoken. Apa yang dituturkan olehnya sangat mendamaikan jiwa.

Dan dia juga sejenis cepat mengesali akan tindakan yang dia lakukan. Lihatlah ketika mana dia tidak sengaja memarahi diriku pada hari pertama kami bergelar suami isteri, sepanjang hari mulutnya tidak henti- henti memohon maaf, dan berikrar supaya tidak mengulangi perkara itu lagi.

Dan benar, dia benar- benar laksanakan apa yang dia janjikan.

"Tengok muka Zaf lama- lama kenapa sayang? Nanti terkena kencing manis macam mana?"

Aku ketawa mengekek, tangan pantas memperkemaskan solekan di wajah, yang tinggal hanyalah pemerah pipi dan lipstick yang berona soft red. Namun Aku teringat sesuatu,

“Ouhh, sebelum Adwa lupa, tiga hari lagi hari convocation Adwa, jadinya Zaf jadi tak datang?, Sebabnya Mama dengan Papa ada hal, diorang terpaksa pergi ke Edinburgh balik, Along macam biasalah, sibuk memanjang jadinya tinggal Zaf je sekarang ni harapan Adwa, takkan la Adwa nak pergi sorang-sorang kan, jadinya Zaf kena temankan Adwa, pleaseee”.

Sudah masuk seminggu Aku dan Zafran bergelar suami isteri, namun permintaan dirinya yang menyuruh Aku memanggil dia dengan gelaran abang masih Aku cuba untuk turuti, namun ada kalanya lidah Aku secara spontan akan memanggilnya dengan panggilan nama, mungkin sudah terbiasa.

Biasalah, perkara seperti ini akan memakan masa.

Aku tayangkan wajah simpati ku, berharap sangat suami yang satu ini cair hatinya, namun hampa, gelengan kepala menjadi jawapan kepada pertayaan Aku. Bibir mula memuncung sedepa, ingatkan bila adanya suami, terasa hati yang sunyi ini akan mampu dihiasi namun ada kalanya tidak juga.

“Aipp, mulut tu Zaf cium kang.”

Balasnya dengan nada mengusik tapi tetap juga Aku hiraukan. Selama tiga tahun setengah Aku berhempas pulas untuk mengenggam segulung ijazah, takkanlah seorang pun tidak sudi menemani diriku?. Hati mula terasa sebal.

“Zaf busy ke? Rasanya lambat lagi nak balik base kan, takkan tak boleh datang untuk Adwa, untuk isteri tercinta ni? Mama dengan papa tak boleh datang, Zafran kan suami Adwa, please lahhh.”.

Aku masih lagi dalam usaha untuk memujuk dirinya namun sekali lagi dia gelengkan kepala.

Dia tunduk menyamai ketinggian Aku, lalu dengan lembut dia pegang rahang wajahku untuk menatap dirinya. Riak wajah Zafran redup melihat ke arah Aku, dapat Aku lihat riak bersalah di mata hazel itu.

“Zaf mintak maaf sayang, kalau Zaf tak busy memang Zaf akan pergi temankan isteri tercinta Zaf ni, tapi papa perlukan bantuan Zaf untuk handle stok yang baru sampai, plus dua tiga menjak ni banyak sangat customer tempah kayu jati jadinya I'm sorry sayang.”

ZARWhere stories live. Discover now