BAB 29

5.4K 446 100
                                    

Cahaya mentari pagi yang menerobos memasuki jendela kaca menyebabkan Aku terpisat-pisat bangun. Terkedip-kedip kelopak mata Aku dibuatnya. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk membuatkan diri ini berdesis kesakitan, terasa segala urat sendi di dalam badan menikam di setiap penjuru.

Aku toleh kepalaku ke arah kanan, dia...Zafran Anaqi sedang enak diulit mimpi, dibalut comforter yang tebal walhal hati ini sudah hancur-sehancurnya.

Suami yang diharapkan menjadi pelindung, namun dia juga adalah lelaki yang sama yang menghancurkan Aku. Dipijak dan dilayan Aku bagaikan anjing kurap yang menagih simpati. Dengan perlahan- lahan Aku selak gebar itu ke tepi, mata pula meliar ke seluruh inci kulit untuk melihat hadiah yang diberikan olehnya semalam.

Lebam di sana sini, adanya darah kering yang sudah berhenti mengalir. Malah  di kawasan bawah badan juga terasa sangat perit. Air mata yang sedaya upaya Aku tahan akhirnya tumpah, Mengigil-gigil badan Aku menahan daripada menjerit.

Takut...takut serkiranya Zafran bakal memukul Aku lagi.

Hanya disebabkan Aku meluangkan masa bersama insan yang bergelar sahabat, pada hari yang sepatutnya menggembirakan, namun dia memilih untuk mengakhiri hari itu dengan esak tanggisan dan raugan Aku!

Sungguh, Aku sudah membuat satu kesilapan yang terbesar dalam seumur hidup Aku. Namun pada masa yang sama hati ini masih menyayangi dia, masih cuba menafikan bahawa perbuatan semalam itu bukanlah dia yang melakukan, namun syaitan yang merasuki jiwanya.

Penafian,  satu pernipuan kepada diri sendiri  yang sememangnya sakit dan mencengkam jiwa.

“ Ya Allah...tolong katakan ini semua hanyalah mimpi...” Rayuku perlahan. Cukup pedih, tidak mampu Aku terima dan menelan ini semua bulat-bulat.

Lelaki yang Aku cintai, dia yang kukenal selama bertahun-tahun, dia yang melayani Aku sebaik-baik nya, dia yang seumpama malaikat rupa-rupanya adalah...

Syaitan yang bertopengkan malaikat.

Tidak!

Ini semua hanya kebetulan, yaa...kebetulan, dia tidak sengaja. Demi Tuhan dia tidak sengaja.

Dengan pergerakan yang perlahan, Aku bangkit dari perbaringan, lalu dengan lemahnya Aku berjalan menuju ke tandas, terasa kaki terketar-ketar. Kepala pula terasa sakit hingga mencengkam otak. Badan yang hampir terhempas ke lantai, namun cepat-cepat tangan Aku memaut hujung besi katil.

“Arghhh...” Desis ku perlahan, kepala yang memusing terasa semakin pening.
Pintu tandas Aku buka, tangan memegang singki, pintu ditutup lalu dikunci. Serapat-rapatnya.

“ Tak....”

Di hadapan Aku ini, di pantulan cermin ini berdiri seorang wanita. Wanita yang wajahnya pucat, bibirnya pecah, lebam di sana sini, dan air matanya tumpah tidak henti-henti. Terduduk Aku di tepi singki itu, tangan pula menarik rambut hingga ingin tercabut daripada akarnya.

Ini bukan Mimpi! Ini bukan Mimpi!

Dibawa lutut merapat ke dada lalu Aku sembam wajahku ke situ. Perlahan demi perlahan badanku terhincut, dan lama kelamaan tanggisan, dan segala rasa pedih yang Aku tahan sedari semalam akhirnya Aku lepaskan.

“ Arghhhhhhh”

“ Arghhhhhhhh”

“ Demi tuhan kau binatang!”

“ Sanggup kau buat Aku macam ni?”

“ I'm your wife Zaf, your wife!”

Jeritan demi jeritan, hingga Aku rasakan peti suara Aku terasa ingin pecah. Badan pula Aku biarkan terbaring di lantai tandas, Ya Allah, sakit Ya Allah, dia suamiku, dia lelaki yang Aku cintai, kenapa harus dia, kenapa dia Ya Allah?,

ZARWhere stories live. Discover now