BAB 31

6.3K 438 56
                                    

Recommended song: Fire on fire


Aku syak Adwa kena abuses dengan suami dia.”

“ Based on apa yang Aku tengok, apa yang Aku rasa dia dalam bahaya abang tapi Aku taktau lagumana nak explain lebih kat hang...Aku rasa...dia perlukan hang sekarang ni walaupun sebenarnya dia jugak buntu tak tau nak buat apa”

Tergiang-giang di telinga nya apabila mengigatkan kata-kata Dahlia sewaktu adiknya menelefon dirinya kemarin.

Hati terasa berkeceramuk, urat di leher dan pelipis dahi juga kelihatan semakin jelas, motorsikal berkuasa tinggi nya juga dibawa dengan kadar kelajuan yang paling maksima.

Dia takut...takut serkiranya apa-apa bakal terjadi kepada cinta hatinya. Dia takut kalau pisang bakal berbuah dua kali. Apa yang terjadi kepada Hawa dahulu, dia tidak mampu halang. Namun demi Adwa, akan dia lakukan semampu yang dia bisa.

Kali ini, dia takkan lepaskan Adwa lagi. Kali ini biar dia rampas Adwa daripada lelaki durjana itu. Kali ini, biar dia menjadi lelaki yang pentingkan diri.
Asalkan Adwa Naila selamat!

“ Adwa...tunggu Aku...tunggu!”

Dengusnya perlahan, Deruman enjin membelah jalan yang sunyi itu. Dinihari pagi lagi, dia segera bergegas daripada pangkalan tentera laut menuju terus ke rumah Adwa. Perjalanan yang seharusnya mengambil masa dua jam setengah berubah singkat apabila Zar tekad untuk bergerak dengan kelajuan yang paling laju. Langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri. Kepala otaknya hanya ada Adwa.

“ Vromm”

Sesampai nya dia di perkarangan rumah Adwa, gear motosikal miliknya tidak dilepaskan, dilempar ke jalan begitu sahaja, helmet di kepala dibuka dan langkah kaki laju menuju ke pagar rumah banglo mini dua tingkat itu.

Berkunci!

“ Adwa! Adwa!” Kuat pekikan suaranya memanggil nama Adwa, namun langsung tiada sahutan. Bertambah debar di dalam hati, terasa ingin luruh jantung miliknya. Diliar mata melihat ke segenap rumah, tiada kereta yang diparkir. Tanpa berfikir panjang, dia lekas-lekas memanjat melepasi pagar itu dan menuju ke pintu rumah. Tombol dicapai, dan ianya tidak berkunci.

“ Adwa...”

Dipanggil nama itu sekali lagi, dilihat ruang tamu rumah itu. Seperti tongkang pecah, bersepah sana sini malahan kaca yang pecah juga bertaburan di lantai. Allah...tiada kata yang mampu dia lafazkan sekarang ini melainkan istighfar yang tidak henti-henti.

Sunyi sepi, namun beberapa detik selepas itu deria pendengaran miliknya mendengar suara rintihan, cukup perlahan namun kedengaran sangat menyakitkan hatta pada mereka yang hanya mendengar. Tidak menunggu lama, kaki dibawa untuk mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas dan akhirnya dia berdiri kaku...

Selang beberapa langkah di hadapan, adanya bilik yang pintunya terbuka.

Di dalam bilik itu, pada pintu yang hanya terbuka separuh, dia lihat Adwa. Kekasih hati, pemilik belahan jantung, asbab mengapa dirinya mampu ketawa sebenar-benarnya kembali. Dan sekarang ini, di hadapan matanya juga  dia lihat betapa hancur nya wanita itu.

Sungguh, dia tidak kuat. Dan andai rasa sakit Adwa mampu dipindahkan kepadanya, akan dia tanggung rasa sakit itu walaupun beribu kali sekalipun.

“ Adwa...” Serak suara miliknya memanggil wanita itu. Mengiggil-gigil tubuh miliknya mendekati insan itu.  Allah, kuatkan hatinya, kuatkan hatinya, Dia tidak boleh kelihatan lemah sekarang ini. Adwa perlukan dirinya saat ini. Dia harus kuat.

Namun dia gagal. Zar tidak mampu menahan sebak apabila mendengar tanggisan yang cukup pilu itu. Sekeping hati miliknya terasa retak seribu.

“ Adwa...” Dan panggilan nama itu untuk kali ini ditemani dengan air mata yang perlahan-lahan jatuh menuruni ke pipi. Didekati Adwa, dan Zar capai gebar selimut yang tercampak di lantai lalu dia menutupi bahagian tubuh Adwa yang terdedah. Baju milik wanita itu koyak rabak pada bahagian bahu, lebam pada bahagian pipi, dan berdarah di sana sini.

ZARWhere stories live. Discover now