BAB 25

5.7K 373 84
                                    

“Lu mau mati ka?”.

Bunyi nyaring hon dan jerkahan daripada sang pemandu lori menyentakkan Zar, motosikal berkuasa tinggi yang dipandu laju lekas-lekas dia belokkan ke arah kanan. Jantung terasa ingin pecah. Hampir-hampir dia kemalangan!.

Akibatnya motosikal yang ditunggang
itu terbabas melanggar divider di tepi jalan. Hampir melantun tubuhnya ke hadapan. Dia mengucap panjang.

“Astafirullahalazim”. Berkali-kali dia ulang perkataan itu. Motosikal yang sudah remuk pada bahagian hadapan dipandang lama, terduduk dia di tepi jalan. Dahinya berkerut sedikit, titisan darah yang mengalir dari bahagian siku lenganya dia lihat seketika. Tidak teruk, hanya calar biasa. Sudah terbiasa bagi dirinya, setakat luka itu apalah sangat serkiranya hendak dibandingkan dengan luka di hati.

Sang kekasih yang dipujai sudah sah menjadi milik orang lain. Itu hakikat yang lebih pahit.

Akan bahagiakah Adwa?, Gadis itu baik-baik sahajakah?. Zafran bakal menjaga dan mencintai Adwa buat selamanya kah?. Semakin lama, semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiranya. Dan setiap satu daripada soalan itu membuatkan dadanya bertambah sesak!.

Zar pusing tubuhnya lalu melihat keadaan sekeliling, jalan yang dia lalui ketika ini sudah senyap-sunyi, dengan pepohon yang merimbun di setiap pelusuk sebelah kanan dan pada bahagian kiri dia mampu melihat kota-kota yang pesat membangun dari jauh. Ditambah dengan cuaca yang mendung menyukarkan dia mencari pertolongan. Motosikal yang sudah remuk itu dia pandang sekilas.

Semestinya sudah jahanam.

"Haih mangkuk hayun betul!”. Katanya dengan nada yang kesat. Sudahlah dirinya masih berdongkol dengan kejadian tadi, tidak sampai beberapa jam dia meninggalkan perkarangan rumah agam milik keluarga Adwa, dirinya ditimpa musibah lain pula.
Sudah jatuh ditimpa tangga, sakit betul hatinya.

“Laa ni Aku nak buat apa? Takkan Aku nak heret moto ni kot, gila ka apa?”.

Gumamnya sendirian. Dikeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluar, dicari nombor Qaid lalu didial rakanya itu. Qaid sahajalah harapan yang dia harapkan sekarang, kalau kawanya yang satu itu juga tidak mampu menolong dirinya, memang malam ini dia akan tidur di sini. Bertemankan bunyi cengkerik dan unggas.

Nasib kawan yang satu ini sudi menolong, lagipun rumah Qaid juga tidak jauh daripada kawasan ini, dia labuhkan punggung di rumput-rumput yang menghijau di tepi jalan sebagai alas lapik. Bebola matanya dibawa untuk melihat cahaya-cahaya daripada bangunan yang tidak jauh daripada jalan itu, warna-warni menghiasi segenap isi namun tidak pada hati.

Tuhan sahajalah yang tahu betapa hancur hati lelakinya apabila Adwa menolak dirinya mentah-mentah. Soalan yang acap kali ditanya kepada Adwa dia tanyakan lagi buat kesekian kalinya. Dan andai jawapan wanita itu lain, dan Adwa ungkapkan tidak, akan dia bawa Adwa lari sejauh-jauhnya dari situ.

Tapi tidak, Adwa katakan dia gembira bersama Zafran, dia bahagia dengan lelaki itu walaupun pada pandangan Zar, Zafran itu umpama lelaki yang tidak ubah seperti karipap angin. Luarnya cantik, namun isinya hampeh.

Asalkan Adwa bahagia. Itu sudah cukup buat Zar. Asalkan Adwa masih lagi sudi berhubung denganya, Zar terima seadanya.

Dirinya memandang ke segenap tubuh dari atas hingga bawah, bersyukur kerana tidak cedera parah. Walaupun tadi dia nyaris bertembung dengan lori muatan berat itu, Tuhanya masih menolong dirinya. Walaupun hari ini, dia soalkan mengapa dan mengapa terlalu banyak, Dia tersenyum sedikit, benarlah manusia itu mudah lupa, mudah untuk tidak bersyukur.

Kerana apa yang kita inginkan tidak semestinya akan menjadi milik kita, perancangan tuhan buat hambanya itu jauh lebih hebat. Adakalanya apa yang kita hajati sebenarnya membawa malapetaka buat diri.

ZARWhere stories live. Discover now