BAB 23

5.1K 391 60
                                    

Letak dekat situ yaa”

Aku tunjukkan satu arah yang terletak tidak jauh daripada laman rumah tempat Aku berdiri ini kepada wedding planner. Ketika ini suasana di rumah Aku agak meriah. Mana tidaknya dua hari lagi Aku bakal bergelar isteri kepada Zafran. Gemuruh. Gembira. Malah rasa sayu juga Aku rasa apabila memikirkan yang Aku bakal tamatkan zaman bujang Aku tidak lama lagi.

Aku bakal memegang satu tanggungjawab yang besar, dan apa yang Aku harapkan daripada  Zafran adalah dia mampu memimpin kami dan mahligai yang kami bina ini semoga kekal bahagia buat selamanya.

Bersama kekasih yang Aku sayangi separuh nyawa.

“Sis, kalau kami gunakan bunga mawar segar untuk letak tepi pelamin ni ok ke? Or sis nak kekalkan je konsep yang sis setuju?”

Soalan daripada Kak Alisha, selaku wedding planner yang Aku pilih menarik perhatian diriku. Aku perhatikan seketika separuh pelamin yang sudah siap dipasang, perfect. Semuanya sempurna seperti yang Aku impikan.

“Takpe kak, Adwa ikut je apa yang Akak rasa ok. Lagipun Adwa tahu yang Akak memang tiptop kalau bab hias-hias ni, So Adwa serahkan semua dekat Akak alright?”

Kak Alisha tersipu malu. Tahu sangat Aku bahawa dirinya adalah pemalu orangnya. Dipuji sedikit terus merah pipi gebunya. Sesuai dengan nama dirinya, Alisha Humaira.

Pelamin berkonsepkan mawar putih. Seperti yang Aku impikan, tampak suci sesuai dengan maksud perkahwinan itu sendiri. Majlis akad nikah yang bakal dilaksanakan di kediaman rumah papa dan mama. Sesuai dengan permintaan ibu bapa Zafran sendiri.

Aku lihat penampilan diri Aku, seluar dan baju berlengan panjang. Shawl malas yang Aku pinjam daripada Dahlia Aku lilit malas. Terkejut. Namun sedikit sebanyak Aku bersyukur. Bersyukur kerana beberapa hari sebelum bergelar isteri, Allah jentik diri Aku untuk berhijrah. Tidak banyak namun Aku akan pastikan istiqomah ini berkekalan.

Tidak dinafikan pada mulanya mama dan papa, tidak lupa dengan Along, mereka terkesima dengan perubahan mendadak diriku, namun perkara yang baik kita harus sokong bukan?

Dress lama yang singkat dan sendat?. Aku tidak buang namun Aku hadiahkan kesemua baju itu kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Sayang kalau dibuang bergitu kerana rata-rata jenama dress itu adalah mahal.

Mungkin disebabkan hadiah-hadiah yang selalu diberikan oleh Zar. Mungkin itu juga merupakan satu asbab. Dahiku berkerut sedikit, memikirkan mengenai Zar...

“Dia tak datang pun”. Aku perhatikan sekeliling kawasan rumah Aku, kawan-kawan Along ada datang, Dahlia juga ada di sini kerana Aku memintanya menjadi bridesmaid Aku. Namun kelibat Zar Aku tidak nampak.

Kenapa dia tak datang?

Walhal Aku menjemputnya bukan sekali namun berkali-kali. Namun respon yang Aku terima hanyalah anggukan kepala, mesej yang tidak dibalas dan kalau iya pun dia hanya seen sahaja pesanan yang Aku hantar. Dia merajuk ke?

Ahh malas. Pusing kepala Aku memikirkan mengenai Zar, kalau dia nak datang dia datang, kalau tak datang? Sumpah Aku akan merajuk denganya dalam jangka waktu yang lama. Iyalah kawan yang Aku anggap rapat tidak datang majlis perkahwinan diri sendiri, siapa yang tidak terasa?.

“ Dahlia”.

Aku seru nama Dahlia, dari jauh ekor mata Aku mampu melihat dirinya sibuk dengan doorgift untuk majlis Aku. Tanpa banyak soal terus Aku mengajaknya menemani diriku. Ada hal lagi yang perlu Aku selesaikan.

“Tulah hang, Aku suruh hang settle awai hang takmau”.

Aku pekakkan telinga. Dahlia sudah mula membebel. Adakalanya Aku juga naik hairan, Aku atau dia yang nak nikah ni?. Kerana Dahlia yang terlebih semangat, terlebih prihatin dan terlebih rajin.

ZARWhere stories live. Discover now