BAB 35

4.8K 365 37
                                    

Bab ini mengandungi adengan keganasan, sexual assault dan sebagainya. Sila dapatkan bimbingan orang dewasa bagi pembaca berumur bawah lapan belas tahun.

Recommended song: Cinta dalam hidupku by Rossa.


Zar tersentak, di hujung cuping telinga nya terdengar seperti jeritan seseorang yang sedang berteriak kuat. Rumah kayu yang sudah senyap sunyi itu menyebabkan hatinya mula dihurung rasa tidak selesa. Mungkin fikiranya sahaja, dia cuba ketepikan perasaan yang satu itu.

Skrin laptop dia kerling sekilas, perihal kes Red Drugs juga hampir selesai dan punca kepada semua masalah penyeludupan dadah melalui sempadan laut negara ini bermula daripada seorang individu yang pernah dia jumpa beberapa tempoh yang lalu, Rieyu Kim, ketua bagi kumpulan gokudo di Jepun, namun base utamanya di Taiwan.

Malah liciknya lelaki berbangsa Jepun ini, bukan sekali bahkan berkali-kali pihak Interpol mahupun pihak bertanggungjawab di sana cuba menangkap si dia, namun segala usaha itu hanyalah sia-sia sahaja. Duit, itu lebih berkuasa buat mereka yang buta hati dan mata.

Rieyu Kim silap besar serkiranya dia datang kesini hendak membuat onar!

Disambung kembali kerja yang tertangguh tadi, ada laporan yang harus dia selesaikan secepat mungkin sebelum dia kembali bertugas. Hampir tiga puluh minit masa berlalu, hati disambar rasa gundah gulana secara tiba-tiba.

“ Haishh pasaipa dengan Aku ni?” Gumamnya perlahan, botol air mineral yang diletak tepi disambar lalu diteguk rakus. Namun tidak berhasil, degupan jantung terasa semakin kencang.

“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku supaya mereka mengerti perkataanku” Lafaznya lembut. Diraup muka berkali-kali namun debaran di dada tetap sama.

Suasana sepi yang dirasakan sekarang ini terus menerus mencengkam dadanya, entah kenapa rasa tidak selesa di hati sedari tadi mula menyelubungi segenap hati. Tanpa banyak soal, langkah kaki dibawa menuju ke ruang tamu rumah kayu itu, kosong tiada sesiapa namun hati masih lagi tidak berasa enak. Firasat dirinya tidak pernah salah, itu Zar percaya. Lantas bilik Nek Khadijah dituju,

“ Opah”  Diketuk beberapa kali pintu kayu itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam, dia lihat Nek Khadijah sedang khusyuk meniliti beberapa helain kain perca. Terdongak sedikit kepala Nek Khadijah apabila cucu sulung nya memanggil dia.

“ Awat pasaipa laa Zar?” Zar lihat ke kiri dan kanan. Tiada yang pelik, biasalah, Nek Khadijah suka menggunakan kain perca lalu dicantum cantum menjadi selimut ataupun kain alas.

“ Ouhh takda apa aihh opah, saja nak tengok opah buat apa” Dalihnya, lalu dibawa pula badanya ke muka pintu bilik Adwa berada, diketuk beberapa kali namun tiada respon.

“ Adwa, keluaq sat ada benda nak cakap dengan hang”

Dipanggil nama wanita berkali-kali namun senyap, tiada suara yang membalas, kening mula bertaut rapat walhal dari luar dia dapat lihat lampu bilik wanita ini masih bernyala terang. Serentak itu jantung mula berdetak laju, dan tanpa banyak bicara, pintu bilik wanita itu dirempuh kasar, tidak beradap namun apa yang dia kisah? Bebola mata Zar meliar kiri dan kanan mencari empunya bayang tuan badan namun langsung tidak kelihatan. Pantas dia berlari kembali ke bilik Nek Khadijah.

ZARWhere stories live. Discover now