BAB 36

5.3K 377 51
                                    

Recommended song: Judika & Shila Amzah, Tentang Rahsia.


Code blue! Code blue!”

“ Dia kehilangan terlalu banyak darah, kita kena cepat!”

“ Pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri hampir tiga puluh minit, pendarahan di kepala dan juga pada bahagian ari-ari, kesan lebam di wajah dan juga anggota badan yang lain...”

Semuanya kedengaran jauh pada pendengaran Zar Uzair. Pekak di telinganya. Pandangan mata miliknya masih utuh pada wajah pucat milik kekasih hati. Tangan dia masih mengenggam erat jari-jemari Adwa Naila, terlalu erat hingga tidak mahu dilepaskan walaupun sesaat. Air mata yang sudah kering di pipi, namun matanya masih memerah, cuba menahan sedu sedan yang tersisa.

Tidak tega hatinya melihat Adwa seperti ini. Biar mati beribu kali sekalipun, dia tidak sanggup.

“ Encik, maaf kami tak boleh benarkan Encik masuk ke dalam” Hingga langkah yang menyangi juga berhenti walaupun dia tidak rela. Pandangan mata masih tertacap pada pintu bilik wad kecemasan yang ada di hadapan mata.

Tiada bayangan Adwa yang mampu dia lihat. Dibawa badan lalu disandar pada dinding putih hospital.

Dan perlahan-lahan badan itu melorot jatuh ke bawah. Terasa seluruh sendi yang ada lembik-selembiknya. Tangan miliknya masih basah dengan darah Adwa, kotor terutama di baju putihnya.

Nafas dihembus lalu dilepaskan, gigi diketap untuk menahan emosi yang sedang menggila, namun esak tanggisan yang dia tahan sedari tadi akhirnya terlepas jua.

Sungguh dia terlalu lemah ketika ini. Laki-laki tidak boleh titiskan air mata. Itu prinsip yang dia pegang di dalam hidup selama ini, namun persetankan segala rasa itu. Biar dia lepas semahunya.

“ Adwa...tolonglah walau macam mana sekalipun, jangan tinggalkan Aku...”

Rintihnya perlahan, kepala miliknya disembam pada lututnya. Dia Zar Uzair...lelaki yang selalu terlihat kuat, lelaki yang sentiasa memegang tanggungjawab sebagai manusia yang teguh hatinya, lelaki yang beku pada emosi. Selalu memendam segala rasa asalkan orang sekeliling nya bahagia.

Tapi hari ini, buat kali keduanya kerana wanita bernama Adwa Naila, dia tewas juga. Dibiar tanggisan itu pecah untuk kesekian kalinya, hingga terasa tiada lagi air mata yang mampu mengalir.

Sepatutnya dia harus ada dengan Adwa, sepatutnya dia harus kotakan janji dia untuk sentiasa bersama Adwa. Jadi untuk hari ini, Zar menyalahkan diri.
Yaa...kejadian malam ini adalah salahnya.

“ Allah...ya Allah...ya Tuhanku...” Ditahan segala rasa di hati, tidak tahu dengan siapa dia ingin luahkan rasa ini selain daripada Yang Maha Esa. Zar letakkan segala pengharapan pada tuhan yang satu. Dia tahu apa yang bakal berlaku selepas ini adalah ketentuan illahi, dia tahu, cukup tahu.

Tapi tika ini, jauh di lubuk hati yang paling dalam, serkiranya Adwa pergi maka matilah hati dia untuk kesekian kali. Berdamai dengan takdir, dia cukup mengerti tapi dia juga manusia yang takkan lari daripada rasa cinta pada makhlukNya. Dia cukup faham, kepala dibenamkan lebih mendalam, rasa sesak di hati.

“ La yukallifullahu nafsan illa wus’aha”

Berkali-kali dia lafazkan ayat itu, Dia tahu tuhanya tidak akan menguji dirinya melebihi kemampuan diri. Berkali-kali ayat itu dilafaz buat hati yang sudah hancur sebelum dia menengadah melihat ke atas, dipejam mata seerat-eratnya.

Dia tahu, setiap titian takdir yang dia lalui, itu adalah langkah yang telah diaturkan oleh tuhanya. Dan Zar Uzair tahu, betapa hebatnya perancangan tuhan buat hambaNya. Dia harus percaya, dia harus terima...

ZARWhere stories live. Discover now