Bab 1

26 3 0
                                    

Ainalysha melangkah masuk ke sebuah ruang pejabat yang sungguh dia kenali. Dia mengetuk pintu. Sebaik sahaja mendapat kebenaran dia membuka pintu dan masuk.

"Assalamualaikum you." Ainalysha memberi salam dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya itu.

Tangan yang tidak henti bermain di keyboard itu berhenti sebaik sahaja mendengar suara itu. Shah Izad terus memandang gadis yang sedang berdiri di hadapannya kini.

'Ainalysha!'

Dia terus bangun dari tempatnya dan mendekati gadis itu. Dia tak mampu menahan rindunya dia terus memeluk tubuh gadis itu.

Ainalysha terkejut bila tubuhnya dipeluk. Tapi dia hanya membalas pelukan tersebut. Sungguh dia rindukan jejaka yang berpenghuni di hatinya sejak bertahun-tahun.

" Bila you balik sayang? " Shah Izad terus menyoal sebaik pelukan dileraikan.

"Baru semalam." Ainalysha senyum. Dia saja tidak memberitahu jejaka ini. Dia mahu membuat kejutan.

" It's been four years, but you still look as beautiful as ever." Shah Izad memuji gadis pujaan hatinya itu.

Ainalysha tersipu malu bila kekasihnya memuji. "Thank you, darling. This beauty is only yours." Ainalysha senyum manis.

Shah Izad terus menggeselkan hidung mereka berdua. Rindunya kepada Ainalysha tidak terbatas.

"Hey,kita tak halal lagi tau." Ainalysha memberikan peringatan. Mereka berdua masih belum bernikah kerana dia hendak tamatkan pelajarannya dahulu. Dan mereka berdua sudah pun berjanji bahawa mereka akan berkahwin sebaik sahaja dirinya pulang.Dan ya mereka akan kahwin tidak lama lagi.

" I know, but let me hug you for a while. I miss you damn much." Shah Izad terus memeluk gadis itu. Sudah lama mereka berpisah dan sekarang mereka berhadapan semula. Jika Ainalysha tidak bertegas mahu belajar di luar negara pasti tidak serindu ini.

Dap!

Ainalysha dan Shah Izad pantas melepaskan pelukan mereka dan memandang ke arah bunyi tersebut.

Ada bekas makanan terjatuh di bawah gara-gara dijatuhkan oleh seseorang. Badan Shah Izad mengeras melihat susuk yang berdiri di hadapannya.

Ainalysha dapat merasa badan Shah Izad mengeras dari sebelahnya. Dia melihat perempuan yang sedang memandang kekasihnya itu. Wanita itu memakai baju kurung biasa yang bercorakkan bunga. Nampak ayu. Tiada sedikit pun calikkan makeup pada wajah wanita tersebut. Tampak manis!

"Sayang kenal dia ke?" Ainalysha mula bertanya. Pelik bila melihat perempuan tersebut dan Shah Izad saling memandang.

Ainalysha melihat kekasihnya mendekati wanita tersebut. Dengan pantas wanita itu berlari dari situ. Aku mendengar Shah Izad menjerit Sayang! Aku mahu mengejarnya. Tetapi Shah Izad lebih pantas memberi arahan.

"You stay here!" Aku berhenti di situ. Apa yang sudah terjadi. Kenapa wanita itu berlari sebaik melihat kami berdua. Kenapa Shah Izad memanggil wanita itu dengan panggilan sayang. Ke aku yang salah dengar. Tapi kenapa Shah Izad mengejar perempuan itu.

Ainalysha mula serabut. Dia ditinggalkan begitu sahaja di pejabat ini. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Overthinking nya menggunung saat ini. Macam-macam perfikiran yang muncul di benaknya. Cepat-cepat dia endahkan. Dia tidak mahu bersangka buruk pada Shah Izad. Dia yakin dan tulus pada jejaka itu.

Hampir dua jam dia menanti kekasih hatinya. Tidak langsung muncul kelibat itu. Dia mula merasa bosan. Mahu melihat telefon dia tiada mood.  Dia mula pusing sekitar bilik Shah Izad. Sudah lama dia tidak datang ke sini. Reka bentuk masih sama tetapi gaya penyusunan ada perubahan. Satu per satu perhiasan diteliti oleh Ainalysha.

Dia mendekati meja Shah Izad. Dia mahu duduk di kerusi besar milik kekasihnya. Dia terus melangkah ke situ. Ada sebuah frame gambar yang ditebalikkan membuatkan aku tertanya. Aku tidak terus duduk sebaliknya aku terus mengambil frame tersebut untuk melihat.

" Ainalysha! " Aku memandang suara yang memanggilku. Shah Izad berdiri tegak di muka pintu.

Tertitis air mata Ainalysha tanpa sedar. Susuk yang berdiri dihadapannya kini merupakan susuk yang sama ada pada gambar dalam frame ini dengan berpakaian serba putih. Senyuman terlihat dengan lengan lelaki itu dipeluk oleh seorang gadis. Gadis itu merupakan gadis yang baru sahaja dia melihat sebentar tadi.

Sayang I boleh explain. Shah Izad cuba bersuara. Dia sudah tahu yang Ainalysha sudah melihat gambar perkahwinannya.

Tidak sempat Shah Izad mendekati Ainalysha terlebih dahulu telah merebahkan dirinya di lantai.

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now