Bab 5

4 1 0
                                    

Perlahan-lahan Mia menuruni anak tangga. Dia mahu menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Tetapi niatnya terbantut sebaik sahaja melihat dua insan bergelak ketawa sambil berpelukan di dapur. Dia melihat suaminya bersama isteri keduanya masak bersama. Tidak pernah dalam empat tahun ini dia melihat suaminya senyum bersamanya begitu. Tidak pernah suaminya menemani dirinya ketika bermasak. Tidak pernah!

Matanya sakit melihat adegan tersebut. Dia mahu keluar dari rumah ini sebentar. Mahu tenangkan diri.

"Pap!"

Sewaktu mengatur langkah dia tersilap melanggar pasu hiasan yang terletak di situ. Bunyi tersebut menarik perhatian pasangan yang berada di dapur.

"I rasa first wife you dah turun lah sayang. You pergilah ajak dia breakfast dengan kita sekali. I pergi hidangkan kejap." Ainalysha memberitahu. Shah hanya angguk dan beredar dari situ.

"Mia." Shah memanggil isterinya.

Mia memandang kelibat suaminya yang baru keluar dari ruangan dapur.

"Sorry dah terganggu." Mia membalas.

"No, it's nothing to worry." Shah memberitahu.

"Ermm.. izinkan saya keluar boleh?" Mia mula bertanya.

"Nak pergi mana." Shah mahu tahu.

"Saya ada appointment dekat klinik untuk check up." Mia jawab.

"Tak pe biar abang bawak Mia nanti." Shah mahu membawa isterinya sendiri.

"Eh, tak pe saya boleh pergi sendiri. It's fine." Dia boleh saja pergi tanpa suaminya.

"Abang cakap abang akan teman." Shah tegas. Dia tidak mahu bantahan dari Mia.
Akhirnya Mia angguk. Dia baru mahu nail semula ke tingkat atas tangannya ditarik oleh suaminya.

"Jom breakfast dulu." Shah Izad tidak mahu isterinya kelaparan.

"Saya tak lapar." Mia menjawab

"Abang tahu Mia lapar." - Shah Izad

"Jom lah kak Mia, I dengan Shah memang masak untuk kak Mia sekali." Ainalysha menyampuk bila dia telah selesai menghidangkan sarapan.

Melihat dua kerayuan membuatkan Mia terpaksa makan bersama mereka walaupun tiada selera.

Mia memandang sepi melihat kedua pasangan baru makan bersuapan. Mia hanya tunduk dan makan. Dia tidak mahu memandang mereka. Sesekali dia akan rasa seperti seorang mengerling ke arahnya. Dia tahu siapa gerangan tersebut tapi dia biarkan sahaja.

Dia baru terasa yang dia tidak pernah sebahagia ini selama empat tahun ini. Jujur dia pernah melihat senyuman suaminya. Tetapi dia tidak pernah melihat rasa cinta mata suaminya yang jelas terpancar ketika suaminya memandang Ainalysha.

"You kejap lagi you teman I jalan-jalan boleh tak. I dah tak lama tak jalan-jalan dengan you." Ainalysha mula mengajak. Baru seminggu dia pulang dari luar negara dia sudah pun berkahwin. Jadi dia mahu bersiar-siar.

Shah Izad memandang wajah isterinya keduanya dan terus mengalih pandangan pada isterinya,Mia. Dia sudah memberitahu bahawa dia akan membawanya ke klinik untuk pemeriksaan kandungan. Tetapi sekarang ini Ainalysha mahu mengajaknya juga.

Mia jelas mendengar ajakkan Ainalysha. Dan dia tahu kenapa masih tiada jawapan dari suaminya.

"Er... I dah janji nak bawa Mia keluar hari ini, sayang." Shah jujur.

"Pergi mana?" Ainalysha mahu tahu juga.

"I nak bawa Mia pergi klinik." Shah memberitahu.

"Eh, tak pe lah abang. Saya boleh pergi sendiri je. Abang bawalah Ainalysha jalan-jalan. Dia pun baru pulang dari luar negara kan. Baguslah kalau dia dapat pusing-pusing kat sini. Lagipun banyak juga tempat diorang jalankan macam-macam festival. Abang bawakan lah Ainalysha ya." Mia sudah biasa pergi berseorangan ke mana pun selama ini. Selama ini dia hanya akan berminta izin dari suaminya sahaja.

"Ye ke kak Mia.? You jom lah, kan kak Mia kata dia boleh pergi sendiri. Kita pergilah kat tempat-tempat yang kak Mia kata tadi." Ainalysha mula lebih teruja bila mendapat tahu ada tempat menarik.

"Mia macam mana nak pergi seorang. Bahaya kat luar sana." Shah bertanya. Dia tidak berani menghantar isterinya berseorangan dalam keadaan begini.

"Selama ini tak bahaya pun. Jangan risau." Mia menjawab dengan tenang. Terkelu Shah mendengar jawapan dari isterinya. Ya benar selama ni dia tidak pernah terfikir pun akan keselamatan isterinya.

"Kalau abang risau sangat saya akan ajak Siti ikut saya." Mia menyambung lagi. Selamat ini hanya Siti yang menemani. Dia hanya ada Siti selain suaminya. Siti merupakan satu-satunya sahabat yang dia ada. Satu-satunya tempat luahan dia.

Shah Izad tidak mampu lagi untuk membalas. Dia terpaksa akur akan keputusan kedua isterinya. Ainalysha teruja menepuk tangan bila melihat Shah bersetuju akan membawanya. Sempat dia mencium pipi suaminya dan berlari anak pergi ke singki untuk membasuh tangannya.

Mia membuat riak kosong memandang senyuman suaminya yang mekar bila dicium oleh Ainalysha.

Melihat riak kosong wajah Mia membuatkan Shah hilang senyum dari wajahnya. Dia tidak sedar apa yang dia sedang lakukan saat ini. Mengapa dia selalu tidak sedar dia sedang menyakitkan wanita dihadapannya ini.

"Jangan fikir banyak sangat. Pergi bahagia kan yang di depan mata. Jangan ulang kesilapan yang sama. Tapi saya tahu abang tak kan sakit Ainalysha. And have fun." Mia terus beredar dari situ sebaik sahaja berkata.

Shah Izad hanya memandang sepi menghantar langkah isterinya pergi.


KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now