Bab 3

4 1 0
                                    

Dia mendekati katil di mana isterinya berbaring di situ.

" Sayang." Shah Izad menyentuh pipi isterinya yang sedang berbaring. Dia tahu isterinya hanya memejamkan mata bukannya tidur.

" Apa yang abang nak? " Dingin suara Mia. Dia tidak berminat.

"Saya nak awak." - Shah Izad. Jelas dapat didengar senyuman sinis Mia.

"Nak kat saya, why? " Mia bertanya. Tiada sebarang balasan dari pihak Shah.

"Jadi dia girlfriend abang?" Mia bertanya lagi.Perlahan-lahan Shah angguk.

"Kenapa abang tak beritahu hal ini dari awal kat saya?" Kecewa Mia dengan suami sendiri.

" Macam mana abang nak beritahu bila perkahwinan pun dijalankan secara mengejut." Shah Izad cuba menjelaskan.

"Mudahkan nak bagi alasan dalam hidup ni." Mia menjawab dengan mendatar.

"I'm sorry." Shah Izad menundukkan wajahnya.

"So, masih cintakan dia?" Mia bertanya walaupun dia tahu jawapannya.

"I can't lie. I do." Dia harus berterus terang.

"Damn much hah?" Mia saja mengulang ayat yang didengar ketika pergi ke pejabat suaminya. Tiada balasan dari Shah Izad.

"Apa keputusan abang sekarang ini?" Dia mahu tahu.

" Abang nak izin sayang untuk kahwin dia." Dia harus tepati janji gadis pujaan hatinya.

Mia tersenyum mendengar tutur kata suaminya. Walaupun hati terasa ditoreh saat ini.

" Kenapa minta izin, sedangkan abang dah pun buat keputusan." Mia jawab dengan tenang.

"Sebab sayang isteri abang." Shah Izad menjawab.

"Don't call me by sayang. Saya tahu itu hanya sekadar panggilan yang tiada perasaan atau cinta. I don't deserve it." Mia menjawab.

"Mia jangan buat abang macam ni." Shah Izad mula merayu.

"Kenapa selama ni abang tak tunjukkan perasaan benci atau tidak suka. Kalau abang tunjuk hint sikit pun mesti saya akan sedar yang tiada cinta di hati abang pada saya. Ke sebab abang nak berpura-pura depan mummy dan daddy abang?" Mia memandang lelaki yang bergelar suami kepadanya.

" Bila abang setuju nak berkahwin dengan saya di khalayak saya terkejut. Kenapa sanggup berkahwin dengan saya. Tapi bila mendengar abang melafazkan akad, dengan begitu rela hati saya jatuh pada abang. Betullah kan perempuan ni mudah sayang dan jatuh cinta. Tapi saya tetap ragu dengan hubungan kita. Tetapi dengan cara layanan abang setiap hari buatkan cinta saya dari akar tumbuh dan berjaya mekar menjadi bunga. Walaupun layanan abang tidak seperti yang saya harapkan. Saya tetap terima dengan seikhlas hati. Saya hanya memujuk diri saya bahawa manusia tidak pernah cukup. Dan manusia tidak sempurna." Mia meluah dengan kekecewaan. Air mata wanitanya tumpah.

Shah Izad terkelu mendengar isi luahan isterinya. Kenapa dia bodoh selama ini. Cepat-cepat dia sapu air mata yang tumpah di pipi isterinya.

"Abang jangan sedih-sedih atau risau. Saya izinkan je abang kahwin." Mia senyum tawar.

" Walaupun ia sakit untuk sayang. " Shah Izad bertanya. Dia tahu isterinya pasti terluka.

"Sebab saya cintakan abang. When we love someone set them free. Biar diorang mencari cinta. Cinta tidak boleh dipaksa kan. And please jangan panggil saya  sayang, abang. Saya takut saya bertepuk sebelah tangan." Mia senyum.

"Abang minta maaf sebab dah buat sayang macam ni." Shah Izad mengenggam jari jemari isterinya.

"Nothing gonna change abang. Saya terima walaupun sakit. Sakit tu perkara biasa kan abang. Kita boleh sembuhkan. Saya harap saya mampu sembuhkan. - Mia.

"And one more thing. Saya ada small request dari abang." Mia membuat suara seakan memujuk.

"Anything." - Shah Izad

"Lepas abang sah kahwin kedua boleh tak abang lepaskan saya." Mia memandang lelaki yang dicintai itu.

Terkejut Shah Izad dengan permintaan isterinya.

"No! Sayang boleh minta apa pun but jangan suruh abang lepaskan sayang. I can't." Shah Izad merayu.

"Saya bukan seperti wanita-wanita di luar sana abang. Mereka sanggup hidup bermadu. Saya tak rasa saya kuat sehingga itu. Saya perempuan biasa juga. Hati saya pun biasa juga. Saya tak mampu belakon." Mia jujur. Kejujuran penting dalam hubungan. Jika tiada kejujuran inilah akibatnya.

"Tak sayang, macam mana abang nak lepaskan sedangkan Mia tengah mengandungkan anak abang." Shah Izad merintih sedih.

"Sa..saya mengandung?" Terkejut Mia bila suaminya memberitahu. Kenapa dia tidak sedar soal ini.

"Ya, Mia mengandung." Shah Izad terus mencium dahi isterinya.

Mia mula menitiskan air mata. Dia tidak mampu menahan. Dia lemah. Air matanya tidak lagi mampu bertakung. Kenapa harus sekarang anaknya hadir. Selama ini tidak. Kenapa bila diinginkan perpisahan baru kandungannya berisi.

Cepat-cepat Mia mengelapkan air matanya. " Abang kena lepaskan saya selepas saya berjaya melahirkan anak abang." Dia kini tahu inilah sebab suaminya tidak mahu melepaskannya. Tetapi dia berharap supaya dia mampu bertahan selama sembilan bulan.

"No,Mia kena stay dengan abang sampai bila-bila." Apa pun yang terjadi dia tidak akan melepaskan isterinya.

Mia letih menjawab. Separuh kepalanya mula berdenyut hebat. Dia tiada daya untuk bersuara lagi. Dia pejam matanya.

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now