Bab 10

5 1 0
                                    

Ainalysha menyandarkan kepalanya di bahu suaminya. Mereka masih menanti dokter keluar dari wad untuk memberitahu keadaan Mia.

"You I letih lah. I nak balik boleh tak? " Ainalysha bertanya.

Shah memandang ke arah Ainalysha. Dan dia mengangguk.

"Bawa kereta elok-elok okay." Sempat dia memberi nasihat kepada isterinya

"Jangan risau. Kalau ada apa-apa khabar pasal kak Mia you call i tau." Ainalysha terus beredar dari situ. Dia tersenyum bahagia.

Shah Izad masih menanti di bangku hospital. Dia mahu tahu keadaan isteri dan anaknya isterinya. Kata-kata Ainalysha masih terngiang - ngiang di telinga Suicide?

Klak!

Shah terus bangun mendekati Shahrul. Shahrul merupakan dokter peribadi Mia sejak dulu lagi. Bila mendapati Mia lemas terus dia pergi untuk merawat.

"Macam dengan anak dan bini aku Shahrul." Shah bertanya.

"Bro, kalau kau terlambat sikit tadi mesti Mia dah tak de dengan kita kau tau tak." Shahrul menjerit.

"Anak aku macam mana." Shah Izad mahu tahu keadaan anak dalam kandungan Mia.

Shahrul menggeleng. Shah Izad terus terduduk di bangku.

"Tak, tak, tak mungkin. Anak aku!" Shah Izad mula memberontak.

"Kalau selamatkan orang lemas terus bagi CPR (cardiopulmonary) dulu. Mana akal kau pergi untuk buat tindakan segera. Kalau lambat sikit sungguh Mia akan tinggalkan kita sepenuhnya. " Shahrul bengang bila Shah Izad mengambil tindakan seperti tidak waras.

"Aku gelabah tadi takut apa-apa jadi kat kandungan jadi aku tak terfikir nak beri CPR." Shah menjawab.

"Anak kau je yang kau fikir. Mia. Ada kau peduli." Siti menyampuk. Dia terus bergegas ke hospital setelah mendengar khabar bahawa sahabatnya dimasukkan ke hospital dari Shahrul.

Shah terus mendiamkan diri. Dia pening. Dia perlukan penjelasan dari Mia. Dia mahu tahu punca kehilangan anaknya.

"Mia dah sedar belum." Dia bertanya.

"Belum." Hanya itu yang dibalas oleh Shahrul.

"Kalau dia dah sedar bagi aku jumpa dengan dia." Shah memberitahu. Shahrul terus beredar dari situ sempat dia mengajak Siti mengikutinya masuk ke dalam wad.

"Mia." Siti terus memeluk sahabatnya itu. Kepala Mia kemas dibalut. Siti melihat wajah sembam Mia.

Shahrul saja memberitahu bahawa Mia masih belum sedar. Dia tahu jika Shah muncul sekarang boleh mengakibatkan emosi Mia tidak stabil. Kemungkinan besar Mia boleh tersawan atau yang lain.

"Anak aku dah tak de Siti. Aku gagal selamatkan anak aku." Mia menangis tak henti.

"Tak, kau tak salah Mia. Kau dah buat terbaik dah Mia. Cuma Allah lebih sayangkan anak kau." Siti memujuk.

Sungguh Shahrul juga terasa ingin nangis melihat keadaan Mia.

"Sapa yang buat kau jadi macam ni. Macam mana kau boleh terjatuh dalam kolam Mia." Shahrul mula menyiasat.

Mia diam. Dia tidak sangka Ainalysha akan berbuat begitu. Sungguh baik tutur kata gadis itu bersamanya selama ini. Rupanya segala dendam disimpan.

"Kau bagi tau aku Mia. Siapa yang buat kau." Siti mula memaksa. Dia mahu tahu siapa berani berbuat begini kepada sahabatnya.

"Ai.. Ainalysha." Mia menjawab. Dia tidak mampu berahsia dengan Siti dan Shahrul. Mereka dua adalah manusia yang selalu ada untuk dia. Dia sudah biasa jujur dengan mereka.

Siti terus bangun dari duduknya. Sungguh dia terkejut bila ia dilakukan oleh Ainalysha. Satu-satunya gadis pujaan hati Shah Izad.

"Ainalysha buat?" Membulat mata Shahrul mendengar. Tapi dia tidak menafikan. Dia tahu another side of Ainalysha. Walaupun Shah tidak pernah percaya bila dia pernah memberitahu zaman bercinta Ainalysha dan Shah Izad.

Perempuan memang nak mati dengan tangan aku. Siti terus beredar dari situ. Tapi cepat-cepat Shahrul menarik tangan Siti.

"Wait, Siti we don't have prove." Shahrul memberitahu. Siti terus mendiamkan diri.

Klak! Tiba-tiba pintu wad dibuka. Shah!

"Mia!" Shah Izad terus mendekati Mia.

Siti dan Shahrul hanya menjeling melihat kedatangan Shah.

Shah terus duduk di sisi Mia. "Bagitau abang macam mana boleh jadi macam ni?"

Mia diam.

"Bagitau aku sekarang Mia!" Shah mula membentak.

"Shah!" Shahrul terus menjerit. Mia masih diam.

"Kau jangan masuk campur hal aku Shahrul." Shah terus memberi arahan.

"Bagitau akh cepat." Shah mula menggoncang bahu Mia. Adakah suaminya akan percaya jika dia beritahu hal sebenar.

"Kenapa kau diam? Jadi betul lah apa yang aku fikirankan." Shah menjawab.

Mia terus memandang ke arah anak mata Shah. Suaminya fikirkan apa?

"Kau yang bunuh anak aku kan!" Shah terus menjerit. Terkejut Mia bila Shah menolak kerusi yang berada di tepi suaminya. Mia masih kaku. Sanggup suaminya menuduh dia.

"Kau saja cuba bunuh diri semata-mata tak nak anak dalam kandungan ni kan." Tajam Shah memandang Mia. Penuh dengan kemarahan dan kebencian dia memandang ke arah Mia.

"Shah, apa yang kau mengarut ini. Tak kan Mia nak bunuh anak dia sendiri kot." Siti menyampuk. Dia tidak tahan bila Shah menuduh sahabatnya.

"Mengarut kau kata. Perempuan ni hampir setiap hari minta aku lepaskan dia. Mungkin dia fikir yang kalau anak dia tak de memudahkan urusan dia untuk bercerai dengan aku." Mia masih tak berbalas. Inikah yang difikirkan.

"Bodoh ke kau ni Shah?" Shahrul terasa alasan yang diberi oleh Shah Izad terlalu tidak masuk akal.

"Kau tak malu ke nak tuduk bini kau macam ni. Sedangkan perangai kau tak semegah langsung." Siti membalas.

"Eh kalau betul perempuan ni tak cuba bunuh diri. Suruh dia bagitau yang sapa buat dia macam ni." Shah memandang ke arah Mia.

"Saya boleh beritahu perkara sebenar."
Mia beranikan diri untuk bersuara.

"Hah! Cepat!"

"Sebenarnya....







Enjoy💋

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now