Bab 13

9 1 0
                                    

Shah Izad memandu laju ke hospital. Dia mendapat panggilan bahawa Mia sawan tetiba.

Mia! Dia terus menolak pintu wad yang dia tinggalkan sepi beberapa jam yang lalu.

Shah Izad melutut di lantai melihat tubuh yang sudah ditutupi dengan kain putih. Shahrul sedang memegang Siti yang hampir rebah sebentar tadi.

Perlahan-lahan Shah Izad bangun dan mendekati tubuh tersebut. Buka sahaja kain tersebut dia melihat wajah polos Mia. Wajah itu pucat lesi.

Mia!
Mia!

Shah Izad mula menggoncang badan Mia. Shahrul cepat-cepat sandarkan Siti dan terus mendekati untuk berhentikan Shah.

"Stop it Shah. Mia dah tak de." Shahrul cuba sedaya upaya menarik Shah.

"Tak. Mia tak boleh tinggalkan aku Shahrul. Dia kata dia cintakan aku. Mana mungkin dia tinggalkan aku." Shah Izad mula teriak melihat wajah Mia. Dia tak boleh terima.

"Kenapa Mia yang harus pergi dari dunia ini. Kenapa Bukan aku. Aku tak layak hidup sebagai manusia Shahrul. Aku dah sakiti dua wanita yang ikhlas mencintai aku. Aku gagal sebagai lelaki. Aku dah siakan cinta Mia selama ini." Shah Izad mengeluarkan kesemua keluhan dari dirinya.

Tak guna kau menyesal Shah. Mia dah pun pergi untuk selamanya. Kau pergi tunggu dekat luar. Aku nak uruskan mayat Mia. Sungguh Shahrul sedih. Mia benar-benar melepaskan nafas terakhir nya dihadapan dia dan Siti. Dia hanya mampu berdoa supaya Mia bahagia di syurga kelak nanti.

"Tak aku tak kan tinggalkan Mia. Dia isteri aku. " Shah mula memberontak bila dia dihalau.

"Kau dah pun talak kan dia Shah. Dia bukan lagi isteri kau." Laju Shahrul membidas.

Jururawat lelaki yang lain semua muncul untuk menarik keluar Shah dari wad tersebut.

...
...

"Nah ini surat yang Mia tulis selepas kau ceraikan dia tadi." Shahrul memberi surat yang ditulis oleh Siti sepanjang Mia memberitahu. Badan Mia mula kejung dan tidak berdaya. Tapi dia tetap mahu sampaikan sesuatu. Bila teringat balik akan luahan kali terakhir Mia buatkan Shahrul sendiri ingin menangis.

Shah Izad terus mengambil dan membaca surat tersebut.

"Surat ini ditulis khas kepada lelaki yang selama ini berpenghuni di hatiku. Aku tahu aku tidak sempurna tetapi cintaku padamu aku mampu menjamin ia Sempurna. Tapi saat ini tiada lagi. Cinta masih ada cuma diriku takut andai cintaku dipijak lagi. Lagi sekali diriku ucapkan terima kasih untuk empat tahun ini. Walaupun tidak sebahagia seperti pasangan lain tetapi hari yang engkau bersamaku itu adalah hari yang bahagia bagiku. Mungkin dirimu tertanya mengapa inginkan perpisahan sedangkan cinta masih ada. Aku memilih perpisahan kerana aku takut menjadi bidadari mu di akhirat nanti. Andai kita bertemu di syurga diriku tidak mahu digelar sebagai bidadarimu kerana aku takut di akhirat nanti pun diriku disakiti olehmu.Terima kasih sebab sudi melepaskan saya. Kerana andai ajal saya tiba saat ini dengan tenang saya akan memejam mata. Assalamualaikum."

- Mia

Shah Izad terus memeluk surat tersebut. Air mata lelakinya kini tumpah berjurai-jurai. Maafkan abang, Mia.

KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now