SPECIAL PART

10 2 0
                                    

"Kita nak pergi mana abang?" Si isteri mula menyoal.

"Macam biasa abang nak pergi ziarah dia." Si suami membalas kepada isterinya.

"Nak jugak ke abang pergi ziarah dia. Saya tak suka langsung abang pergi ziarah dia setiap bulan." Si isteri memberitahu. Sungguh dia tidak puas hati bila suaminya asyik mahu menziarahi.

"Dia tak de siapa lagi kalau bukan abang. Jadi abang lah yang kena ziarah dia selalu." Si suami cuba memujuk isterinya.

"Iya lah." Si isteri mencebik geram. Tetapi dia faham.

Sebaik sahaja pagar dibuka mereka sama sama masuk ke dalam.

"Mana dia abang." Si isteri terus memegang lengan suaminya.

"Kejap kita cari." Si suami terus memandang kiri kanan mencari kelibat.

"Ya, encik dengan puan cari siapa biar saya bantu." Seorang pekerja di situ terus mendekati bila ada pasangan yang saling mencari seseorang.

"Kami tengah cari lelaki yang bernama Shah Izad bin Shah Iman." Shahrul bertanya kepada wanita tersebut.

"Oh Shah Izad. Katil yang dihujung sana." Wanita itu tunjuk ke arah sebuah katil lusuk.

"Baik terima kasih ya." Shahrul terus menarik tangan isterinya dan berjalan ke arah katil tersebut.

"Shah Izad." Perlahan-lahan Shahrul melaung.

Terhenti tangan yang tidak henti menconteng di dinding.

"Shahrul! Siti!" Senyum lebar Shah memandang ke arah Shahrul dan Siti.

Shahrul terus duduk di birai katil dan memandang keadaan Shah Izad. Lelaki itu diikat dengan rantai besi di kaki kiri. Wajah yang kusam menggambarkan dia bukan lagi CEO syarikat yang dulu.

"Ma..ma...mana Mia. Dia tak ikut korang ke." Shah mula bertanya sambil menggaru kepalanya.

"Mia dah tak de Shah." Shahrul menjawab dengan tenang. Dia tidak boleh tipu soal ni walaupun keadaan Shah begini.

"Tak... Aku tau kau tipu. Mia selalu akan tunggu bila aku balik dari kerja semua. Mesti dia tunggu aku balik dari sini." Shah jawab dengan ketawa.

"Ss..Siti. Cuba kau bagitau aku. Kau mesti tau Mia dekat mana kan. Kalau dia merajuk atau sedih dengan aku mesti dia cari kau. Mesti dia ada dengan kau kan." Shah mula membuat riak seperti berfikir.

Siti menahan marah melihat Shah Izad saat ini. Satu-satunya lelaki yang dia benci adalah bekas suami sahabat baiknya.

"Kau yang bunuh dia." Siti terus bersuara.

"Shuu, jangan cakap macam tu dekat dia, sayang." Shahrul memberi isyarat supaya isterinya tidak bercakap dengam kasar.

"Hah! Aku yang bunuh Mia. Tak aku sayangkan Mia. Tengok ni tempat ni penuh aku lukis Mia tau. Inilah erti cinta aku pada dia."

"Buang lah cinta kau kat sampah!" Siti berbisik kecil tetapi masih mampu didengari oleh Shahrul. Shahrul hanya menggelengkan kepalanya.

"Nanti kan Shahrul kalau kau jumpa Mia kirim salam aku kat dia tau." Shah Izad sebut dengan gaya gerakan badan lagi.

"Iya, nanti bila aku ziarah kubur Mia aku beritahu dia ya." Shahrul jawab dengan kesabaran.

"Kubur buat apa. Mia dekat rumah aku lah. Lain bila kau datang sini bawa dia sekali. Jangan tinggal dia sorang nanti tiba-tiba dia sakit aku yang susah. Aku tak nak dia sakit." Shah Izad bercakap sambil tangannya tidak henti bergerak-gerak.

"Kami balik dulu ya Shah. Nak makanan untuk kau. Makan tau." Shahrul meletakkan plastik makanan.

"Mia buatkan untuk aku ke? Mesti sedap ni. Mia masak tak pernah tak sedap. Selalu Mia yang akan hantar makanan kat office aku. Nanti kalau kai jumpa dia bagitau dia yang aku kata masakan dia sedap tau. Shah mula bercakap sambil mengeluarkan semua makanan dari beg plastik.

Shahrul hanya angguk. Dan terus melangkah dari situ sambil mengenggam erat jari jemari isterinya.

"Shahrul! Siti!" Shah melaung kuat memanggil Shahrul dan Siti.

Shahrul dan Siti terus menghentikan langkah mereka dan menoleh memandang Shah Izad.

"CAKAP KAT MIA YANG AKU CAKAP I LOVE YOU DEKAT DIA. CAKAP KAT DIA YANG AKU CINTAKAN DIA. CAKAP KAT DIA YANG AKU JANJI TAK KAN SAKITI DIA LAGI. SURUH DIA MAAFKAN AKU TAU!

Kuat Shah menjerit memberitahu Shahrul dan Siti. Dan dia terus menggoyangkan kepalanya dan mula menggaru sana sini.

"Jom sayang." Shahrul terus menarik tangan isterinya keluar dari situ.

Takdir adalah segalanya. Akhirnya impian Mia dimakbulkan sebelum dijemput ilahi untuk berpisah selamanya dengan lelaki yang bernama Shah Izad. Dan Ainalysha berjaya bercerai dengan Shah Izad dan memulakan kehidupan yang baru di Turki.

Cinta itu perit untuk dirasai. Tetapi bila kesetiaan dan keikhlasan tersirat mampu menjalani kehidupan dengan bahagia.

Janganlah kecewakan wanita yang selalu ada bersamamu. Hargailah dia dan cintailah dia. Andai wanita dikecewakan semuanya tidak akan lagi serupa di hidupmu.







The End

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Mar 10 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

KECEWA [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora