Bab 6

6 0 0
                                    

"Berapa lama lagi kau nak nangis macam ni Mia." Siti mula bertanya. Sungguh dia sedih melihat keadaan rakannya.

"Sakit Siti untuk merasai. Aku tak kuat untuk semua ini Situ. Aku pun perempuan juga. Dan aku perempuan yang selemah lemahnya Siti. Kenapa semua dugaan aku yang kena hadap. Selepas ibu meninggal ayah kahwin lain. Terpaksa aku menghadap ibu tiri yang selalu menyiksa kehidupan aku. Bila hendak berkahwin pengantin lelaki lari. Bila arwah ayah minta aku berkahwin dengan lelaki lain saat itu juga aku terpaksa akur demi ayah. Selepas dua tahun ibu tiri dan ayah sama-sama meninggalkan aku. Dan sekarang suami aku madukan aku. Kenapa semua ni harus aku yang lalui Siti. "

Menangis Mia meluahkan semua kesakitan yang terpaksa diperap.

"Jangan nangis Mia. Kau kena kuat untuk anak kau. Kau tak boleh lemah. Kau tahu kan kau sakit." Siti menepuk belakang badan sahabatnya itu.

"Kenapa dia tak nak lepaskan aku Siti. Apa yang menghalang dia untuk lepaskan aku selain zuriat dia. Demi anak aku mampu bertahan. Tetapi selepas selamat bersalin aku tak rasa aku mampu lagi." Mia merintih kesedihan.

"Aku rasa aku tahu sebabnya Mia." Siti menjawab.

"Empat tahun yang lalu semasa hari perkahwinan kau terhenti sebab pengantin lelaki lari aku terdengar perbincangan antara ayah kau dan Shah. Aku dengar ayah kau tawarkan saham untuk syarikat Shah dalam kontrak untuk berkahwin dengan kau. Jika Shah melanggar kontrak tersebut saham akan ditarik semula dan dapat mengakibatkan syarikat Shah kembali bankrupt." - Siti.

Membulat mata Mia mendengar tutur kata Siti. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Duit kah menjadi sebab selama ini.

"Dan kau juga tahu kan harta waris ayah kau atas nama siapa?" Siti bertanya dia tidak mahu berahsia lagi.

Mia mengangguk. Dia tahu kesemua aset, harta tertulis di atas namanya. Sebab inikah suaminya tidak mahu melepaskan Ku.

"Kenapa kau baru nak beritahu aku Siti. Kenapa kau rahsiakan hal ini dari aku." Siti menundukkan wajahnya. Ya dia salah kerana sudah merahsiakan kepada sahabatnya.

"Tak kan lah aku nak hancurkan perkahwinan kau dengan bocor kan rahsia macam ni Mia. Aku beranggapan yang kau at least boleh bahagia dengan Shah. Dan aku tak pernah sangka Shah ada girlfriend yang akan muncul macam ni. Aku just nak tengok kau bahagia je Mia. Aku betul-betul minta maaf Mia. Aku salah." Benar Siti rasa menyesal. Jikalau ini yang akan terjadi pasti dia akan menghalang semuanya.

Mia masih menitiskan air mata. Tidak guna menyalahkan sahabatnya. Dia faham akan niat Siti. Dia yang salah berani menaruh hati. Dia yang salah jatuh cinta pada suaminya sendiri. Dia yang salah mempercayai suaminya sepenuhnya. Jikalau dia tahu sudah lama dia serahkan hartanya dan beredar dari hidup suaminya.

Mia tidak memerlukan mata wang untuk hidup bahagia. Dari kecil dia sudah merasai kewujudan duit dan keselesaan. Tetapi dia tidak pernah rasai kasih sayang dan cinta yang tulus selepas kehilangan ibundanya. Setelah ayahnya berkahwin ayahnya lebih memberi perhatian kepada isterinya dan anak tirinya. Tetapi dia pasrah bila dilayan begitu sebaliknya dia masih berdoa agar diberikan seseorang yang mampu menjadi sandaran kepadanya.

Dia rela kehilangan harta daripada duduk dalam realiti yang menyiksa hati. Cinta yang dibuat-buat lebih sakit daripada putus cinta. Dan dia lebih cepat terluka soal ini.

Siti melihat tubuh sahabatnya mula menggigil. Dia tahu Mia akan mula menggigil bila terlalu berfikir dan bersedih. Cepat-cepat dia mengambil air dan ubat dan dibawakam kepada Mia.

"Mia kau minum ubat dulu." Siti memberikan ubat. Dia selalu menyimpan ubat sahabatnya di rumah dia juga. Dia tahu bila-bila pun dia akan memerlukan.

"Aku tak nak Siti. Aku tak nak. Biar aku mati je. Mati pun tidak sesakit ini Siti." Mia terus memeluk sahabatnya itu. Hidupnya selama ini dihabiskan dengan mengambil ubat sahaja. Dia benci akan ubat. Dia mahu hidup seperti manusia normal. Dia mahu bahagia. Dia tidak mahu sakit. Dia mahu hidup tanpa tangisan.

"Jangan cakap macam ni Mia. Kau pun layak untuk hidup bahagia. Kalau orang lain mampu hidup bahagia setelah melakukan banyak kesalahan dalam hidup kenapa kau tidak. Kau kena kuat. Anak kau perlukan sokongan kau Mia." Sedaya upaya siti memujuk sahabatnya.

"Mia, Mia." Tiada sebarang balasan dari sahabatnya. Cepat-cepat Siti menolak Mia dari pelukannya untuk melihat wajah Mia.

"Ya Allah." Siti terkejut melihat darah dari hidung Mia. Dengan segera dia mengangkat sahabatnya dengan menyandarkan di bahunya. Dan terus menaiki kereta menuju ke hospital. Penyakit seperti Mia tidak boleh dipandang remeh. Perlu segera dibawa berjumpa dengan dokter.

"Dokter Shahrul ada pesakit dalam wad kecemasan! " Jururawat memberi panggilan.

"Okay saya datang." Shahrul mematikan panggilan dan terus bergegas ke wad kecemasan.

"Cik,keluar dulu ya,Biar saya periksa dahulu." Shahrul terus menghantar Siti keluar dari wad. Dia ingin periksa dahulu.

Melihat kelibat dokter keluar dari wad setelah 10 minit Siti terus mendekati untuk bertanya keadaan sahabatnya.

"Macam mana dengan kawan saya dokter?" Siti menyoal sebaik sahaja melihat dokter keluar dari wad.

"Dia bukan isteri kepada Shah Izad ke?" Shahrul mula menyoal. Baru beberapa hari dia periksa gadis ini dan mengesahkan dia mengandung.

"Dokter kenal ke?" Siti bertanya.

"Ya saya kawan kepada Shah Izad." Shahrul menjawab.

Mendengar saja butiran bahawa dokter tersebut sahabat kepada Shah Izad membuatkan Siti mendengus kasar.

"Kawan dokter tu memang tak guna. Kalau bukan sebab perangai dia yang tak semegah itu mesti kawan saya tak kan sakit macam ni selalu." Siti mula memberontak.

"Ya saya tahu cik. Saya dah pun cuba bagi nasihat kepada Shah tapi saya tak sangka dia masih buat keputusan yang bodoh macam ni." Shahrul melepaskan kemarahannya. Dia pun tidak berpuas hati dengan keputusan sahabatnya.

Siti hanya diam. Dia tahu kini. Semua orang disekeliling sedar akan kesalahan Shah Izad. Hanya lelaki itu yang membutakan matanya demi cinta. Sanggup menyakiti orang lain yang banyak berkorban demi dia.



KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now