Bab 4

5 1 0
                                    

"Aku terima nikahnya Ainalysha binti Mohd Fakhrul dengan mas kahwinnya RM 6000 dan seutas rantai emas tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Dengan sekali lafaz Ainalysha berjaya gelar sebagai isteri kepada Shah Izad.

Tersenyum manis Ainalysha ketika lelaki pujaan hatinya itu memakai rantai kepadanya. Lama Shah Izad mencium dahi isterinya. Cinta mereka tidak boleh ditandingi dengan sesiapa.

"Thank you sudi terima abang selepas semua yang telah terjadi." Shah Izad berbisik dengan perlahan.

"Anything for you. Asalkan I sah menjadi isteri you." Ainalysha senyum manis.

Shah Izad membalas senyuman. Dia gembira. Sungguh dia gembira bila janji mereka sudah dikhabuli. Dia gembira bila cinta mereka sudah halal saat ini. Ainalysha satu-satunya suri hati sejak bertahun-tahun.

Selesai sahaja majlis mereka pulang ke rumah mereka. Dia mahu tempah hotel. Tetapi Ainalysha bertegas mahu pulang ke rumah juga. Jadi dia terpaksa akur.

Tiba sahaja di perkarangan rumah. Shah Izad terus turun dari kereta mendekati pintu rumah untuk dibuka.

Dia masuk ke dalam dia melihat kosong ruang rumah. Dia mencari kelibat Mia. Selalunya isterinya akan menantinya sehingga pulang dari kerja tetapi mengapa tiada.

"You tolong lah I angkat beg ni." Ainalysha memanggil suaminya.

Bila mendengar suara Ainalysha baru dia teringat yang dia pulang kali ini bukan sebagai suami kepada Mia tetapi suami kepada gadis yang bernama Ainalysha juga. Sudah pasti isterinya tidak akan menanti kepulangannya lagi.

"You cari siapa? First wife you ke?" Ainalysha soal sebaik melihat suaminya seperti tercari seseorang.

"Eh, buat apa I nak cari dia. Sedangkan you dah ada dengan I." Shah Izad menayangkan senyuman kepada Ainalysha. Dia takut menyakitkan hati Ainalysha. Dia tidak mahu Ainalysha cemburu bila ketahui dia mencari kelibat Mia.

"You tak perlu nak tipu I. I know you well. You jujur je dengan I. I don't mind. Jangan risau first wife you mesti kat atas. I nampak ada kasut perempuan dekat luar. Mesti dia punya." Ainalysha jawab sekadar sebelum keluar semula ke luar untuk mengambil beg tangannya.

Shah Izad memandang sepi bila Ainalysha keluar dari ruangan rumah.

'Pap!'

Mendengar bunyi pintu ditutup dengan kuat membuatkan Shah Izad terkejut. Pasti itu isterinya. Mia sudah dengarkah tutur katanya tadi.

Ainalysha mendekati suaminya.

"You jom tidur I ngantuk ni. Malam ni I nak rest je bolehkan. Next time okay." Cepat-cepat dia menarik lengan suaminya naik ke tingkat atas.

"Mana satu bilik kita?" Ainalysha mahu tahu. Dia tidak mahu salah bilik.

"That one." Shah tunjuk ke arah bilik yang terletak berhadapan dengan bilik milik dia dan Mia.

"Okay I masuk dulu okay. You pergilah tengok first wife you dulu. Nanti dia merajuk pulak. Jangan risau I tak kan jealous." Ainalysha terus masuk ke biliknya. Dia mahu membersihkan diri.

Shah Izad masih tercengap di situ. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati bilik isteri pertamanya. Buka sahaja pintu bilik dia melihat isterinya terbaring di atas katil. Lampu bilik sudah pun ditutup. Tapi dia tahu Mia masih belum tidur.

"Mia." Shah Izad memanggil. Dia mendakati dan berdiri di sebelah katil memandang wajah isterinya yang tertutup dengan selimut. Perlahan-lahan dia menarik selimut tersebut untuk melihat wajah isterinya.

Terkejut dia melihat esakan isterinya. Cepat-cepat dia membuka lampu tidur yang terletak di situ.

Wajah isterinya merah penuh dengan air mata membasahi isterinya. Cepat-cepat dia menarik isterinya untuk duduk dan bersandar di katil.

Dia mengeluarkan sapu tangan dan mula mengelap wajah isterinya.

"Kenapa nangis?" Shah Izad mula bersoal.

"Abang buat apa kat sini?" Mia tidak mahu menjawab. Dia mahukan jawapan sahaja.

"Abang nak tengok Mia." Shah Izad jujur.

"Tapi saya dengar lain tadi. Jangan lah tipu. I can see clearly your eyes moving." Jawab Mia dengan esakan.

"Abang terpaksa buat macam tu dengan Ainalysha. Abang tak nak dia sakit nanti." Jawab Shah sambil mengelap air mata isterinya.

"But it's nothing if I hurt right?" Mia membalas.

"Bukan macam tu sayang." Shah berusaha menafikan.

"Don't call me by that one. Only Ainalysha deserves to receive it not me." Mia tidak sanggup lagi mendengar gelaran sayang dari lelaki ini.

Shah Izad diam. Dia tahu isterinya terluka.

"Sakit bang untuk rasa. Tapi saya akan cuba bertahan demi anak kita. Tetapi saya masih berharap supaya abang lepaskan saya sebaik sahaja saya bersalin." Mia berkata sambil memujuknya.

"I'm sorry again Mia. I know it's not enough for what I have done. Tapi tidak akan sama sekali abang akan lepaskan Mia. Mia adalah amanah kepada abang. Abang pernah janji dekat ayah Mia yang abang tak kan biarkan Mia hidup berseorangan walau apa pun yang terjadi." - Shah Izad

Kini dia mengerti punca suaminya berkeras. Ada sesuatu perikatan janji antara suaminya dan arwah ayahnya.

"Go and sleep abang. Dah lewat sangat. Waktu macam ni abang kena luangkan banyak masa dengan Ainalysha. Empat tahun korang berpisah kan. Right now korang dah halal. Go, be with her." Mia meminta supaya suaminya pergi dari bilik mereka. Dia tidak mahu lagi suaminya berada di sini. Tidak guna dia merayu untuk dilepaskan. Tetapi dia harus mencari cara.

Shah Izad terus melangkah meninggalkan isterinya di bilik.











KECEWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now