Part 1 : The Exo'luxion

2.6K 195 23
                                    

Kau berdiri di hadapan pintu masuk stadium merdeka dengan perasaan yang kau sendiri tak boleh bayangkan. Dari situ kau dapat dengar suara EXO-L yang lain berborak sesama sendiri. Kau tersengih seorang diri, tak menyangka yang impian kau untuk hadir di konsert exo iaitu Exo The Lost Planet² - Exo'luxion akhirnya menjadi kenyataan. Sebelum ni puas juga kau merayu dan memujuk mama kau supaya mengizinkan kau untuk menghadiri konsert k-pop yang lain namun tak pernahnya dapat. Entah kenapa tiba tiba mama kau baik hati izinkan kau pergi konsert k-pop yang satu ni. Aah tak sabarnya!

"Hye Qhisya!" Sergah kawan kawan kau, Syeira, Miera dan Bella.

"Datang pun korang. Ingatkan tak datang tadi." Kata Kau pada kawan kawan kau. Kau nampak diorang tersengih.

"Alah macam kau tak tahu dengan si Miera ni. Sakan bersiap. Berjam aku tunggu dia." Kata Syeira sambil menolak nolak bahu kembarnya, Miera.

"Apa kau ni Syeira. Tahulah aku cantik. Jelous!" Kata Miera dengan bangganya. Kau dan yang lain membuat muka menyampah.

"Eh dahlah korang. Jom masuk dalam nanti tak pasal pasal kena beratur panjang." Celah Bella. Kau mengangguk setuju. Dan kemudian kau dan kawan kawan kau masuk ke dalam stadium merdeka tersebut.

"Weyy light stick exo!!" Jerit Miera bila terpandangkan kedai yang menjual barang barang exo.

"Jomlah beli." Ajak Bella. Kau hanya mengikut kehendak diorang. Sempat juga lah kau beli light stick dan banner bias kau. Siapa lagi kalau bukan abang Kai ❤

"Dah jom beratur." Kau mengajak kawan kawan kau beratur semula. Bukan apa, tak lama lagi pintu masuk akan dibuka jadi kau tak nak lah kena beratur di belakang sedangkan kau mempunyai tiket vip.

"Yeshhh! Tak sabarnya aku nak tengok Xiumin." Syeira dah mula berfangirling. Kau hanya tersenyum. Jantung kau berdegup laju menanti saat saat pintu masuk dibuka.

"Eh pintu dah buka! Kajja!" Bella menarik tangan kau dan yang lain. Kau dan kawan kawan kau menunjukkan tiket vip korang. Selepas mendapat pengesahan, kau terus ditarik Bella untuk mengambil tempat di area vip.

"Tak sabarnya!!" Jerit Miera sambil melompat kecil. Syeira hanya geleng kepala dengan perangai kembar dia. Kau pula tak henti henti tersenyum. Kalau nak diikutkan, kau lagi excited berbanding diorang. Rasa macam nak golek golek kat lantai je sebab terharu dapat pergi exoluxion. Tapi bila difikirkan dengan kewarasan otak, kau membuat keputusan untuk tidak berbuat begitu. Malu wehh...!

Konsert pun dimulakan dengan intro di skrin besar yang terletak di dinding pentas. Mulanya tayangan video, kemudian EXO mula naik ke atas pentas dari bawah pentas. Saat itu juga kedengaran jeritan dari EXO-L. Kau hampir sahaja nak pengsan bila terpandangkan Kai. Persembahan pun dimulakan dengan tarian intro dan mama. Kau dan kawan kawan kau menghayati suara D.O, Baekhyun, Chen dan ahli exo yang lain. Sesekali kau terdengar kawan kawan kau menjerit riang bila bias masing masing memandang ke arah diorang.

"Babe love me right aha, just love me right, i just want you to love me." Kau menyanyi bersama sama dengan exo dan exo-l yang lain. Sesekali kau menekup muka menahan bahang muka kau bila Kai menari dengan sexy nya.

Persembahan berkumpulan disusuli dengan persembahan solo. Saat itu, giliran Xiumin menari solo. Dan kau ketawa kecil bila Syeira menjerit kecil sambil menggoncangkan tubuh Miera.

"Omaigad omagaigad!! Why he's so hot. Damn it! I'm gonna die now!" Syeira berkata sendirian. Miera dan Bella menggeleng kepala dengan keletah Syeira. Yelah, siapa yang tak fangirling bila tengok bias sendiri kat depan mata. Kan?

"Malaysia you want more song?!" Tanya Sehun di atas pentas. Ahli EXO yang lain turut berdiri di samping Sehun si maknae. Ada yang berbongkok melepaskan lelah, ada yang minum air menghilangkan dahaga akibat penat menyanyi

"Naeeeeeeeeee!!" Kau dapat dengar riuh suara EXO-L menyahut.

"Ok baiklah. Sebelum tu kami akan pilih salah seorang dari kalian untuk menjadi lucky fans yang akan duduk kat kerusi ni," kata Suho dengan bahasa korea diikuti dengan translator. Kau sememangnya fasih berbahasa korea jadi ianya tak mendatangkan masalah pada kau untuk memahami setiap butir perkataan yang diucap Suho.

"Who want to be the lucky fans?" Tanya Chanyeol. Dan suara dari EXO-L mula bising mengatakan diri sendiri. Kau hanya tersenyum tipis. Kau tahu, mustahil bagi kau untuk terpilih menjadi lucky fans.

"Hye there.. can you come here?" Tanya Kai sambil menunjukkan ke arah kumpulan kau.

Kau mula terpinga pinga. Kai tujukan untuk siapa? Kau dan kawan kawan kau berpandangan sesama sendiri. Diorang hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Yes you. That girl with purple hijab." Ucap Kai sekali lagi.

Kali ini jantung kau bagaikan terlompat keluar. Kai masih lagi menunding jari pada.. kau? Yeah, ofcos lah pada kau. Sebab hanya kau seorang yang pakai tudung purple kat situ. Kawan kawan kau mula menolak kau untuk pergi ke arah mereka. Kau hanya mengeraskan diri. Tak percaya. Itu yang kau rasakan sekarang ni.

- to be continue -

Ok sebelum tu meh author cerita sikit pasal watak "kau" ni. Nama penuh dia Qhalisya Sofea. Berumur 19 tahun. Dia peminat nombor satu exo dan bias dia KAI.

P/s : i wrote ff ni berdasarkan Exo The Lost Planet 1 which is OT11/10 macam tuuu. So jangan lah complain kalau benda dalam ff ni tak sama dengan reality concert exo yang sekarang. Okay?

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now