[Special Chap] : Kai's new life

1.1K 78 52
                                    

Qhisya (Readers) POV

Harini enam jun,
(ye tahu cerita ni skip 3tahun tapi korang bayangkan je lah time tu puasa 6jun)

Macam semua tahu, umat islam akan berpuasa pada 6 Jun. Oh wait. 6JUN? NAMJOON?! O-M-G namjoon dah puasa!! Kahkahkah maaf lah ter-excited pulak.

Aku dan Bella (korang tahu kan Bella dengan Qhalif? Haa diorang pun dah kahwin) menolong mama menyediakan juadah sahur. Walaupun ngantuk, tapi kena juga buat. Dulu dulu bila nak sahur aku tunggu mama kejutkan je, sekarang ni aku yang kena turun dapur. Dah jadi isteri orang katakan.

"Amboi rajinnya dua orang puteri ni sejak dah bersuami," tegur Bik Una. Aku hanya pamer sengihan.

"Dah dah. Pergi naik atas kejutkan Qhalif dengan Aiyi. Mama pun nak naik kejut papa." Ujar Mama dan aku dengan Bella hanya mengikut langkah mama naik ke tingkat atas.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku dan Kai. Remote aircond yang berada di tepi katil aku capai lalu aku menekan punat off. Sejuknyaaa ya amat. Comforter yang menutupi hampir seluruh badan Kai, aku tarik.

"Oppa... ireonna," aku menggoyangkan badan Kai lembut. Dia hanya jawab dengan 'hmm'

"Bangunlah oppa," panggil aku.

"Wae..?" Tanya Kai dengan suara serak. Alahai cair aku dengar suara dia!

"Sahur jom?" Ajak aku lembut dengan senyuman manis.

Kai memandang aku dengan mata yang separuh dibuka. Lama aku tunggu jawapan dia.

"Ngantuklah, sayang." Rengek Kai manja. Alahaii hati mohon tabah 💕

"Alolo jom laa bangun sahur. Kejap je. Lepas sahur, oppa sambung tidur balik. Nae? Kaja. Semua orang dah tunggu kat bawah." Kata aku dengan agak manja. Dah macam pujuk budak kecik suruh bangun sahur je 😂

"em nae," lambat lambat Kai bangun. Kai berlalu ke bilik air untuk mencuci muka kemudian kitorang sama sama turun bawah.

--------

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kai berbaring malas di atas katil. Sesekali Kai menepuk nepuk perutnya.

"Lama lagi ke?"

"Bila boleh makan ni?"

"Baegopa..!" Rengek Kai sambil mengacau aku yang tengah khusyuk baca novel. Sekejap sekejap Kai panggil aku, kalau aku tak layan dia mula lah dia kacau aku dengan usik pipi aku, peluk aku dan sebagainya.

"Hajima.." ujar aku perlahan. Aku masih tak melepaskan pandangan dari novel.

"Baegopa..!" Rengek Kai lagi.

"Sabarlah kejap. Oppa kan selalu berlatih sampai tak makan. Takkan nak suruh puasa pun tak boleh?" Kata aku.

"alaaa tu masa berlatih. Sekarang ni oppa dengan sayang." Balas Kai.

"Sama je lah. Dahh takmau kacau qhisya. Qhisya nak baca buku ni," kata aku pula.

Kai mengeluh perlahan. Dia mengalihkan pandangannya pada TV semula. Tapi sekejap je dia fokus pada TV. Dia sambung kacau aku lagi dan lagi. Tak habis habis tanya lambat lagi ke nak berbuka. Akhirnya, dia terlelap. Aku sambung baca novel dengan tenteram.

-----------

Jarum jam dah menunjukkan ke angka 5:30 petang. Aku segera mengejutkan Kai dari tidurnya.

"Dah nak berbuka ke?" Tanya Kai sebaik sahaja mencelikkan matanya.

"Aniya, lagi dua jam nak berbuka." Balas aku.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now