Part 12 ; Surat

949 90 10
                                    

Tepat pukul 6:10 Qhisya bangun bila lagu "Unfair" - EXO berdering(?). Qhisya bangun sambil mengeliat perlahan. Iphone 5snya dicapai lalu dia mematikan alarm di telefonnya. Butang home ditekan, tertera notifikasi dari aplikasi Kakaotalk. Lama Qhisya merenung skrin phonenya.

"Kai? Em tak mungkin. Aigoo ni mesti aku mamai lagi sampai nampak Kai hantar chat," Qhisya tergelak dengan perangainya yang difikirnya masih mamai dek kerana baru bangun tidur.

Iphone 5snya diletakkan kembali di atas katil. Qhisya bangun dari duduknya lalu dia berlalu ke bilik air. Ada baiknya dia membersihkan diri dahulu memandangkan dah masuk waktu subuh.

×××××

Pagi pagi lagi ahli exo dikejutkan dengan suara lantang manager hyung diorang yang menjerit bila dia tiba di dorm dan ahli exo masih belum bangun. Angin satu badan manager hyung diorang.

"Kamu ni Suho, kan hyung dah pesan kejutkan diorang pukul 7. Sekarang ni dah pukul berapa? Pukul 8:30 kamu tahu? Nak kata diorang, kamu pun baru nak bangun sekarang." Bebel manager hyung.

Suho hanya menunduk mendengar bebelan dari manager hyung. Sesekali dia menggosok matanya yang masih bersisa taik mata.

"Dah. Pergi mandi sana. Hyung nak tepat pukul 9 kamu dah sampai dekat studio latihan. Kalau tak....." manager hyung tersenyum sinis. Seakan faham maksud manager diorang, ahli exo bergegas ke bilik masing masing lalu mula lah sesi perebutan bilik air.

"Bagi lah aku masuk dulu!" Kata Baekhyun sambil menolak badan Chen.

"Ah takde takde. Aku dulu!" Chen pun tak mengaku kalah, dia menolak semula badan Baekhyun.

"Kau tak nampak ke aku yang datang dulu tadi?" Baekhyun bertegas.

"Cuba kau tengok, kaki aku masuk dulu." Balas Chen.

"Gais please lah jangan buat kecoh pagi pagi ni," kata Suho yang lebih kepada merayu. Suho dah pun siap mandi dah menukar pakaian.

"Baekhyun ni ha," adu Chen.

"Apa aku pulak! Kau lah unta!" Balas Baekhyun.

"Senang cerita masuk je lah dua dua orang." Celah Xiumin dengan sengihan.

"Eyy taknak aku dengan bacon ni." Chen menjeling Baekhyun.

"eyw ingat aku nak sangat ke? Jijik!" Baekhyun buat gaya nak muntah.

"Kecoh la korang ni. Tepi sikit," D.O yang datang entah dari mana mencelah. Dengan mudahnya Chen dan Baekhyun memberi ruang pada D.O masuk ke bilik air.

"Byebye." D.O tersengih nakal lalu menutup pintu bilik air. Tercengang Baekhyun dan Chen merenung pintu bilik air yang dah ditutup.

"Ya Satansoo!!" Jerit Chen dan Baekhyun.

"Dah dah. Korang pegi guna bilik air hyung." Kata Suho sambil membuka pintu peti sejuk untuk mengambil vitaminnya.

Baekhyun dan Chen berpandangan, lalu diorang berdua berlari ke bilik Suho yang dikongsi bersama Lay. Dengan kelajuan yang tak berapa nak laju sangat, Chen berjaya masuk ke dalam bilik air terlebih dahulu lalu dia cepat cepat menutup pintu. Baekhyun yang bengang duduk bersila di hadapan pintu bilik air sambil menyumpah seranah Chen.

Lay yang blur memandang Baekhyun dengan mata yang dikedipkan beberapa kali.

"Baekhyuni...... buat.. apa kat situ?" Tanya Lay blur.

×××××

Siap mengemas tempat tidur, Qhisya mencapai iphone 5snya yang berada di meja sisi katil. Dia menekan butang home, matanya membulat bila terpandangkan notifikasi dari kakaotalk.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now