Part 21 ; Kwang Jin Oppa

736 81 11
                                    

Qhisya POV

Tamat sahaja kelas petang tu, seperti selalu aku dan Eunmi bergegas keluar dari kelas kitorang. Hala tuju yang seterusnya semestinya cafe kolej, tempat rasmi perjumpaan kitorang dengan Kwang Jin oppa lepas habis kelas.

"Hi oppa," sapa aku sambil melabuh duduk di hadapan Kwang Jin. Eunmi berlalu ke kaunter untuk mengambil makanan.

"Hi," balasnya dengan segaris senyuman.

Aku merenung mukanya dengan kerutan di dahi. Muka Kwang Jin oppa nampak pucat sangat. Dia sakit ke?

"Qhisya, janganlah tenung oppa macam tu. Oppa malu," ujarnya dengan senyuman simpul. Sengaja dia menekup mukanya beberapa kali, konon kononnya dia malu.

"Oppa, gwenchanayo?" Tanya aku. Tidak menghiraukan lakonannya tadi.

"Oppa okey je. Wae? Ada nampak macam tak okey ke?" Tanyanya semula.

Aku diam sekejap sebelum menggeleng perlahan. Aku tak nak tanya banyak. Sebab aku tahu, kalau aku tanya macam mana pun dia tak akan bagitahu perkara yang sebenar.

"Qhisya, nah cheese cake kau." Eunmi tiba dengan menatang dulang berisi dua piring cheese cake dan dua cawan espresso.

"Kyaaaa. Gomawo Eunmi," cheese cake yang berada di dulang terus aku ambil. Dengan lafaz bismillah, terus aku menjamah cheese cake yang sangat menggoda tu. ((Cheese's lover dia ni. Macam author 😂 Siapa geng? Muah ciked 😚))

"Makan slow slow lah Qhisya. Tak lari ke mana pun cheese cake tu," tegur Kwang Jin.

"Ntah kau ni Qhisya. Bukannya tak pernah makan cheese cake tu. Aku rasa dalam seminggu tiga empat kali kau makan cheese cake," kata Eunmi pula.

Aku hanya tayang sengihan lalu sambung semula menjamah cheese cake tu sampai habis.

"Oppa tak makan ke?" Tanya Eunmi pada Kwang Jin dan Kwang Jin hanya menggeleng. "Wae?"

"Oppa tak lapar lagi," katanya. Aku dan Eunmi hanya mengangguk dengan jawapannya. Kitorang berdua sambung makan sambil sembang kosong dengan Kwang Jin oppa. Entah kenapa, aku rasa harini Kwang Jin oppa lain. Dia tak banyak cakap, dia selalu termenung. Muka pun pucat semacam. Kenapa ye?

------

Dah habis makan, sembang sembang kosong sekarang kitorang bergerak ke perpustakaan pula. Aku dengan Eunmi kena buat research pasal asignment yang Prof Kim bagi. Kwang Jin oppa hanya mengikut kitorang, sambil tu dia study untuk test minggu depan.

"Oppa duduk sini tau, kitorang nak cari buku." Ujar Eunmi dan Kwang Jin hanya mengangguk dengan segaris senyuman. Senyumannya tak seperti selalu... senyuman hambar.

"Qhisya, kajja." Eunmi menarik tangan aku menuju ke rak buku, mencari buku buku rujukan yang disuruh Prof Kim.

-----

Kwang Jin duduk termenung sementara menunggu Qhisya dan Eunmi. Qhisya.. nama tu berulang kali bermain di fikirannya. Tak sangka, sebenarnya dia dan Qhisya ada pertalian keluarga(?). Patutlah dia seakan dah lama kenal Qhisya sewaktu kali pertama nampak gadis tu.

Dada yang sakit bagai dicucuk dipegangnya sambil menahan sesak nafas. Berkali kali dia menumbuk dadanya perlahan sebelum botol ubat yang berada di dalam beg dicapai. Sebiji ubat berjaya ditelannya lalu dia meneguk air mineral. Ubat tadi mengambil masa beberapa minit untuk menghilangkan rasa kesakitannya. Termengah mengah Kwang Jin mengatur semula pernafasannya.

-----

Aku menekup mulut, tak percaya dengan apa yang baru aku tengok tadi. Kwang Jin oppa sesak nafas? Makan ubat? Dia sakit ke? Sakit apa? Bermacam soalan bermain di fikiran aku sekarang ni.

Bahu aku ditepuk perlahan. "Qhisya, kenapa berhenti kat sini?"

"Huh? A-aniya." Aku menggeleng perlahan sambil melangkah ke meja yang diduduki Kwang Jin.

Suasana senyap beberapa minit. Sesekali aku memandang ke arah Kwang Jin oppa. Mukanya nampak resah.

"Oppa pergi cari buku kejap eh," Kwang Jin bingkas bangun dan berlalu. Aku perasan, dia asyik memegang dadanya. Nafasnya juga seakan tak teratur.

"Buatlah Qhisya, kau pandang apa tu?" Tanya Eunmi, menyadarkan aku dari lamunan.

"Aniya. Eunmi, aku risaulah dengan Kwang Jin oppa.." ujar aku.

"Eoh wae?" Tanya Eunmi.

"Kau perasan kan muka dia pucat gila? Tadi, aku nampak dia makan ubat. Taktahu ubat apa. Lepastu, dia asyik pegang dada dia je. Nafas dia pun macam tak teratur. Aku risau weh.." kata aku pada Eunmi.

"Aku pun perasan. Tapi.. tak ada apa lah kot. Think possitive okay?" Kata Eunmi sambil menepuk bahu aku perlahan.

Aku mengeluh lemah. Aku yakin, sangkaan aku tak salah. Aku kena cari tahu juga pasal benda ni.

"Aku lupa nak cari satu lagi bukulah. Aku pergi cari jap tau," kata aku sambil bingkas bangun dan berlalu ke arah rak buku sebelum sempat Eunmi membuka mulut. Aku mencari Kwang Jin di setiap rak. Dari jauh aku nampak Kwang Jin terbatuk-batuk sebelum badannya tiba tiba rebah.

"Kwang Jin oppa!" Jerit aku sambil bergegas berlari ke arahnya. Aku tak hiraukan teguran penjaga perpustakaan, aku terus ke arahnya. Kwang Jin oppa pengsan. Segera aku pangku kepalanya sambil meminta beberapa orang pelajar yang berdekatan membantu aku.

Aku mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar dan mendail nombor Eunmi. "Eunmi-ah palli kita pergi hospital. Kwang Jin oppa pengsan."

"Nae?! Kau kat mana sekarang ni?" Tanya Eunmi terkejut.

"Rak 5B-S3," kata aku lalu menamatkan panggilan telefon. Dari jauh aku nampak Eunmi berlari ke arah aku. Tubuh Kwang Jin oppa dipapah dua orang pelajar keluar dari perpustakaan. Eunmi memapah aku pula, kitorang pergi ke meja untuk mengemas barang lalu mengikuti diorang ke hospital.

Dalam hati aku tak henti berdoa agar Kwang Jin tak apa apa. Aku risau. Teramat risau. Aku sendiri tak tahu kenapa.

×××××

Aku dan Eunmi menunggu di hadapan wad kecemasan. Dua orang pelajar yang tolong kitorang tadi dah balik semula ke kolej. Bahu aku tiba tiba dipegang seseorang. Aku menoleh, sebelum tubuh aku dipeluknya.

"Qhisya..." Ahjumma yang memeluk aku tu menyeru namaku berulang kali. Aku mengerutkan dahi pelik. Macam mana ahjumma ni kenal aku?

"Ahjumma.." aku meleraikan pelukannya perlahan. Aku memandang wajahnya.

"Qhisya, ni komu (Makcik). Komu kakak ayah Qhisya." Kata ahjumma tu.

Aku menayang muka pelik. Kakak papa? Papa ada kakak eh? Hmm. Keadaan yang panik macam ni membuatkan aku tak dapat fikir dengan betul.

"Komu.." aku memanggilnya.

"It's okay Qhisya. Boleh panggil Untie. Untie Soyun." Katanya. Aku mengangguk.

"Untie Soyun, kakak papa? Kenapa Qhisya tak ingat papa ada kakak eh? Mian untie, Qhisya memang tak dapat ingat apa apa.." ujar aku.

"Gwenchana. Untie faham kenapa Qhisya tak dapat ingat. Qhisya kan accident dulu. Actually Qhisya, Kwang Jin tu anak untie. Dia.. abang sepupu Qhisya." Kata Untie Soyon.

Aku membulatkan mata. "Nae? Kwang Jin abang sepupu Qhisya?"

"Eoh.. Qhisya tak tahu ke? Kwang Jin tak bagitahu apa apa?" Tanya Untie Soyon dan aku hanya menggeleng.

"Untie.. Kwang Jin oppa kenapa? Dia.. dia sakit ke?" Tanya aku.

Untie Soyon mengeluh perlahan. "Kwang Jin ada sakit jantung."

"Bwo?!" Aku dan Eunmi melopong. Sakit jantung?!

- to be continued -

Acah nak suspen sikit je. I know mengarut tapi hahahahaha entahlah.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now