Part 5 ; Fanmeeting

1.3K 115 6
                                    

Pagi tu Qhisya bangun awal. Selesai menunaikan solat subuh, dia turun ke bawah untuk membantu Bik Una menyediakan sarapan.

"Annyeonghaseyo Bik Una. Good Morning ~" sapa Qhisya sebaik sahaja tiba di dapur.

"Morning Qhisya. Awalnya Qhisya turun harini," kata Bik Una sambil mengukir senyum.

"Hehehe bukan selalu kan Bik Una. Emm Bik Una buat apa tu?"

"Bik Una tengah siapkan sarapan lah, Qhisya. Pagi ni Bik Una ingat nak buat mushroom soup dengan garlic bread." Kata Bik Una.

"Nak tolong boleh?" Qhisya membuat muka comel di hadapan Bik Una.

"Tak payah lah kamu nak buat aegyo pagi pagi ni Qhisya. Nak tolong, tolong aje lah.." usik Bik Una.

Qhisya hanya tersengih. Tangannya mencapai pisau, dia memotong cendawan menjadi kecil dan nipis(?). Sambil tu dia nyanyi lagu Lightsaber - EXO.

"Haaa nyanyi kat dapur. Nanti dapat laki tua baru tau," usik Bik Una.

"Alah Bik Una tu semua mitos lama lah." Balas Qhisya sambil menyambung nyanyiannya.

Kaotalk ~

Bunyi notifikasi KakaoTalk memberhentikan kerja Qhisya. Iphone 5s yang berada di kocek seluar ditarik keluar. Tertera nama Aiyi Oppa di skrin. Serta merta bibir Qhisya mengukir senyum.

Good Morning Qhisyaa ~ dah bangun belum ni? - Aiyi Oppa -

"Senyum sorang sorang. Tu tak lain tak bukan Aiyi hantar mesej lah tu." Tegur Bik Una dengan senyuman mengusik.

Qhisya tersengih. Macam mana lah pulak Bik Una boleh tahu. Hahahaha. Jari jemari Qhisya laju menekan huruf di keyboard phonenya.

: Morning Aiyi Oppa! Eh mestilah dah bangun.

: yekeee... Tengah buat apa tu?

: Tolong Bik Una buat breakfast. Wae?

: Nak join boleh? Ehehe :'3

: Sebok jeee -,- nak apa text Qhisya pagi pagi ni?

: Bogoshipeo!

: Tch.. it's not funny.

: ㅎㅎㅎ Qhisya free harini? Nak tak teman oppa pergi fanmeeting?

: Eh naklah! Serius ke ni?

: Eung! Kalau macam tu siap lah. Nanti pukul 9 Oppa datang. Tunggu oppa tau

: Ne ^^

Qhisya meletakkan iphone 5snya di atas meja. Baru sahaja dia nak menyambung semula kerjanya tapi semuanya dah disiapkan oleh Bik Una.

"Aloo baru nak buat." Qhisya memuncung.

"Tunggu kamu habis texting dengan Aiyi, tak breakfast kita nanti." usik Bik Una.

"Salahkan Aiyi Oppa. Dia yang kacau Qhisya buat kerja" cebik Qhisya geram.

"Dah.. Qhisya tolong bancuh Teh 'O boleh?" Pinta Bik Una.

"Haaaa boleh!!" Semangat Qhisya nak tolong Bik Una kembali semula. Jag air yang berada di atas rak Qhisya ambil.

Bik Una hanya tersenyum dengan keletah Qhisya. Walaupun baru 8 tahun dia berkerja tapi dia selesa dan dah faham sangat dengan keletah satu family ni. Dia bersyukur sebab dapat bekerja dengan keluarga Tuan Johan yang ahli keluarganya semuanya orang baik baik.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now