Part 17 ; Rumors

805 74 1
                                    

×××××


Dah sebulan berlalu. Kehidupan Qhisya sebagai seorang mahasiswi makin sibuk dengan asignment asignment yang diberikan profesor. Sampaikan kadang kadang dia tertidur dekat meja belajar semata mata nak siapkan presentation and whatever lah. Kai? Jangan dicakap, selama sebulan ni Qhisya langsung tak chat Kai.

Hubungan dia dengan Kwang Jin pun makin rapat. Habis kelas je, mesti diorang bertiga lepak dekat library takpun cafe kolej. Ada sahaja benda yang nak diceritakan. Dan, baru sekarang Qhisya tahu yang Kwang Jin ni sebenarnya sunbae yang femes lah juga kat Konkuk University ni. Cuma dia dah tak lepak dengan sunbae lain. Yang itu Qhisya tak tahu kenapa, dan rasanya tak nak tahu pun sebab apa.

"Baiklah kelas, sampai sini sahaja kelas kita harini. Saya bangga dengan kamu semua sebab dapat siapkan asignment tepat pada waktunya," ucap Prof Jung dengan senyuman lebar lalu dia berlalu meninggalkan kelas.

Qhisya dan Eunmi mengeliat perlahan. Lega sikit bila asignment Prof Jung dah siap dan dah hantar. Dapat lah diorang rehatkan diri buat sementara waktu.

"Dah jom kita pergi cafe," ajak Eunmi.

Qhisya tersenyum mengusik. "Bukan main laju lagi bila nak jumpa Kwang Jin."

"Alah kau ni." Eunmi dah tersipu malu. Qhisya hanya menggeleng dengan keletah Eunmi. Bukannya Qhisya tak tahu Eunmi suka Kwang Jin tapi Eunmi taknak mengaku. Bersungguh-sungguh Eunmi kata dia setia dengan Sehun. Haih, sebut pasal Sehun rindu pula Qhisya dengan Aiyi Oppa.

"Oi termenung pulak dia. Kemas cepat," Eunmi mencuit bahu Qhisya.

"Huh? Oh okok.." Qhisya menampar pipinya perlahan, cuba menyedarkan dirinya agar tak fikirkan Kai. Buku buku yang berselerak di atas meja segera Qhisya rapikan.

"Dah. Jom," Qhisya dan Eunmi beriringan keluar dari kelas. Sesekali terdengar gelak tawa diorang.

×××××

Kwang Jin merenung kosong botol ubat di tangannya. Sesekali terdengar keluhan dari mulutnya.

"Wae..?" Kwang Jin mengetap gigi menahan perasaan sebak. Sebak bila teringatkan penyakit yang di hidapinya.

"Gwenchana.. Kau kuat. Demi diorang." Ucap Kwang Jin pada diri sendiri. Dia segera menyimpan botol ubat tersebut di dalam beg dan berlagak seolah olah tiada apa yang berlaku.

"Annyeong oppa!" Sapa Eunmi dan Qhisya tersenyum manis.

"Hi!" Balas Kwang Jin.

Senyuman tu.. dia tak akan boleh lupa senyuman Eunmi dan Qhisya. Sebabkan diorang lah, dia masih boleh bertahan sampai ke hari ini.

"Dah lama ke oppa sampai? Sorry kitorang lambat. Qhisya ni ha mengelamun je daritadi," kata Eunmi.

"Mana adalah!" Nafi Qhisya.

"Mengelamun apa huh? Teringatkan oppa lah tu," gurau Kwang Jin.

"Aniya!" Qhisya mem'pout'.

"Eyy fikir comel ke buat macam tu?" Tawa Kwang Jin dan Eunmi bersatu. Bertambah mencuka muka Qhisya bila diusik Kwang Jin.

"Tak sah kalau tak kenakan Qhisya," cebik Qhisya.

"Hehe.. Oppaya," kata Kwang Jin. Oh ya, memang dia sekarang bahasakan dirinya oppa. Nak bagi tambah akrab katakan.

Qhisya tersentak. Tiba tiba dia teringatkan Aiyi. Perangai Kwang Jin hampir sama dengan Aiyi ')))

"Yelah yelah. Sorry Qhisya. Hahaha dah kita order jom. Oppa lapar lah," Kwang Jin mengubah topik perbualan bila Qhisya tak membalas percakapannya.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now