Part 10 ; They know

962 91 5
                                    

Double update yuhuuu. By the way GWS Kai a.k.a Aiyi :')) SM you should give them rest..

-------

Dah seminggu berlalu, kehidupan EXO-L Malaysia kembali kepada asal. Cuma masih ada sesetengah orang yang bercerita dan update gambar tentang Exoluxion minggu lalu.

×××××

Kai duduk di tengah studio latihan selepas menghabiskan latihan menari. Sehun menghulurkan sebotol air mineral pada Kai lalu dia melabuh duduk di hadapan Kai.

"Penatnya weh." Kata Sehun sambil mengelap peluh yang menitik di dahinya.

"Tu lah," balas Kai.

"Weh Kai?"

"Hmm apa?"

"Kau tak rindu Qhisya ke?" Kai terus memandang muka Sehun bila terdengar nama Qhisya.

"Kau.. dah kenapa tiba tiba sebut pasal Qhisya?" Tanya Kai pula.

"Uihh lek lah. Aku tanya je, ye lah dah seminggu kita tinggalkan Malaysia. Kau tak contact dia pun kan?"

"Hmm tu lah. Kita busy sangat. Bila balik dorm terus tidur. Langsung tak ada masa nak chatting dengan dia," kata Kai.

"Sekarang ada masa. Kau chat lah dia."

"Haah kan.. haa nasib baik kau ingatkan aku!" Kai terus mengeluarkan iphone 6snya dari kocek seluar. Aplikasi kakaotalk dia tuju, dia mencari nama Qhisya lalu mula menaip di keyboard phone.

×××××

Qhisya, Miera, Syeira dan Bella menjamu selera di restoran makanan segera, KFC. Sambil tu diorang berborak kosong. Sesekali kedengaran suara gelak ketawa diorang berempat.

"Guys, aku nak pergi ladies jap tau." Qhisya bingkas bangun lalu melangkah ke tandas yang berada di hujung restoran KFC tu.

"Lepas ni nak pergi mana?" Tanya Bella sebagai driver. Sebenarnya diorang semua dah ada lesen kereta cuma tiap kali keluar diorang lagi suka tumpang Bella. Takpun, diorang tumpang Syeira. Itupun kalau Bella tak ada kat KL lah.

"Em kita pergi main bowling nak?" Cadang Miera.

"Hah oke juga cadangan tu," sokong Bella.

"Aku ikut jee." Balas Syeira.

"Ok cun. Nanti kita bagitahu Qhisya," kata Bella. Syeira dan Miera hanya mengangguk setuju.

Kaotalk ~ Kaotalk ~ Kaotalk ~

"Banyaknya chat masuk. Cer kau tengok siapa yang hantar chat tu?" Tanya Bella.

Miera menoleh ke iphone 5s milik Qhisya yang berada di atas meja. Dari skrin yang menyala, dia ternampak gambar selca kai dan sehun disebabkan Qhisya buat popup.

"Kai? Sehun?" Miera segera mengambil iphone 5s Qhisya lalu dia swipe lock screen. Tertera chat dari 'Aiyi Oppa'

Aiyi Oppa : *image* //bayangkan tu dekat studio. Gambar yang sepatutnya ada kat sini hilang .-. //

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora