Part 4 ; Aiyi Oppa

1.4K 129 6
                                    

×××××


Qhisya POV

Sepanjang berada di meja makan aku hanya menudukkan muka, langsung tak keluarkan suara. Bila namaku disebut, aku hanya tersenyum tipis. Malu, nervous, semua perasaan ada. Bukannya aku tak tahu Kai asyik pandang aku.

"Qhisya, kenapa senyap je? Sembang lah dengan Aiyi kamu." Tegur mama.

Wait, what?! Aiyi? Aiyi aku? Siapa Aiyi ni?

"Ma, siapa Aiyi?" Tanya aku dengan muka blur.

Aku perasan muka mama dengan Kai macam tengah tahan gelak. What? Aku tanya jeee (╥_╥)

"Ni lah Aiyi kamu, Qhisya." Kata Papa sambil menepuk lembut bahu Kai.

Aku hanya memandang kosong muka papa. Aku mengaku, aku masih lagi blur.

"Haish adik aku sorang ni. Tu Aiyi, kawan kau waktu kecil. Takkan tak ingat? Dulu masa kecil bukan main lagi dia punya rapat dengan Aiyi. Tiap petang lepak dengan dia dekat rumah atas pokok yang Uncle Kim buat dulu. Sekarang malu malu pulak." Kata Qhalif.

Rumah atas pokok? Ha! Aku baru ingat. Aiyi Oppa.. dia kawan aku waktu kecil yang paling rapat dengan aku. Dia tua tiga tahun dari aku. Qhalif tua setahun dari dia. Tapi... takkanlah Kai dengan Aiyi Oppa tu orang yang sama?

"Takpelah, Qhisya. Ingat slow slow. Dah, habiskan makan tu." Ucap mama. Aku hanya mengangguk. Sempat aku pandang Kai sekilas, dia senyum kat aku.

Tolong lah jangan buat aku macam tu Kai Oppa, aku cairrrrrrr!

END Qhisya POV

"Qhisya, pergi lah teman Aiyi ambil angin kat luar." Kata Puan Sazrina bila ternampak Kai berdiri di muka pintu.

"Ma...." Qhalisya merengek, tidak mahu tapi Puan Sazrina hanya mengangguk, menyuruh juga Qhalisya pergi.

Qhisya mengeluh perlahan. Nak tak nak dia kena juga pergi. Qhisya bingkas bangun dan menghampiri Kai.

"Ka..i oppa.." sapa Qhisya gugup.

"Ne?" Kai toleh pada Qhisya.

"Mama suruh Qhisya teman kai oppa ambil angin kat luar rumah." Kata Qhisya laju.

Kai mengerutkan dahinya. Perlahan lahan bibirnya menguntum senyum bila dia dapat tangkap ayat Qhisya.

"Kajja," Kai menarik Qhisya ke halaman rumah yang ada pondok dan kolam ikan.

[[ Semua perbualan di dalam bahasa korea ]]

Qhisya melabuh duduk di pondok, Kai pula masih berdiri menghadap kolam ikan. Walaupun pada waktu malam, kawasan tu diterangi dengan lampu sportlight(?).

"Tak sangka Kai Oppa tu Aiyi.." kata Qhisya sambil kakinya menguis batu batu kecil.

Kai menghampiri Qhisya lalu dia melabuh duduk di sebelah Qhisya. Tak terlalu rapat tak juga terlalu jauh.

"Oppa dah lama tahu Qhisya ni kawan lama oppa.." kata Kai.

Qhisya tersenyum malu. Nervous pulak dia nak sembang dengan Kai.

"Macam mana oppa tahu Qhisya ni kawan lama oppa?" Tanya Qhisya.

"Adalah..." jawab Kai selamba.

Qhisya menjeling Kai sekilas. Jeling manja ok bukan jeling menyampah xD

"Qhisya tak cari oppa ke?" Tanya Kai.

Qhisya terdiam, berfikir sekejap. Memori terakhir yang dia ingat antara dia dengan Aiyi Oppa masa Aiyi Oppa pindah. Tak lama lepas tu, family dia pula pindah Malaysia.

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now