part 3

158 5 0
                                    

“Najah macam mana la agaknya diorang eh?”tanya dayana apabila berada didalam cafe hospital.
“tak tahu la,nanti diorang di rumah kita tanya la?”balas Najah sambil meneruskan suapan makanannya.
“kau ambik OT ke Dayana?”Dayana hampir tersedak memakan makanannya akibat terkejut dan Najah terus menepuk bahunya.
Dayana menhentikan suapan makanan dan memerhatikan muka najah yang berselamba “cuba kau tengok muka aku ni ada macam muka orang ambik OT ke? Memang tak la wey? And one more thing,kalau aku ambik OT mati lah aku nak naik lift sorang-sorang beb,seram”jelas Dayana panjang lebar menyebabkan Najah ketawa.
“baiklah tuan puteri lilin,cepat makan lepastu kita terus balik ke rumah” Najah mengarahkan Dayana supaya mempercepatkan suapannya kerana jam menunjukkan pukul tepat jam 9 malam.
“Assalamualaikum”jerit Dayana apabila jarinya hampir patah menekan loceng rumahnya.
“Najah cuba call diorang takkan la tak dengar kita tekan loceng bertubi-tubi ni , pekak ke apa diorang ni”ngomel Dayana dan Najah kelihatan runsing apabila pintu rumah masih tidak dibuka setelah berada hampir 30minit.
Najah terus mendail nombor Ida di henfonnya, “Ida , buka la pintu ni. Aku dengan Dayana hampir mereput depan pintu rumah ni dah la tertinggal kunci rumah dalam rumah”membebel Najah kapada Ida apabila hampir setengah jam di luar rumah.
Setelah selesai call Ida, Najah kelihatan agak resah. “kenapa Najah?” tanya Dayana setelah melihat Najah resah dan mundar-mandir seperti mencari sesuatu. “diorang tak sampai lagi la, Ida bagitau yang dia ada tinggal spare key kat bawah pasu. Haa, ni dia kunci”setelah terjumpa tersebut najah terus membuka pintu rumah.
Setelah dapat memasuki rumah tersebut, “Najah aku nak mandi dulu ni, nak pergi makan kat cafe ke nanti?”pertanyaan Dayana menghentikan Najah menuju ke biliknya.
“tak payah la, sebab diorang bawa balik makanan jugak nanti. Diorang pergi makan dengan ahli company tu yang lambat balik tu”jelas Najah. Dayana tercegat memikirkan “kenapa Mr Chil tak ajak aku sekali tapi kalau ajak pun aku pergi ke?”persoalan yang bermain di fikiran Dayana.
“eh Dayana tak payah tercegat kat situ la, pergi mandi busuk bau peluh”usik Najah apabila melihat Dayana masih tercegat di hadapan biliknya.
“baiklah bos”balas Dayana

Lonceng berbunyi bertubi-tubi memekakkan telinga Dayana dan Najah yang sedang menonton animasi cerita doraemon.
“pergi la Dayana buka pintu”beritahu Najah setelah bunyi loceng tengelamkan bunyi suara doraemon di kaca tv. Dayana terus menuju ke arah pintu, apabila pintu dibuka melihat Ida dan lain-lain dengan muka yang letih.
“lambatnya buka pintu”kedengaran suara Fatin yang penat.
“hehehe,sory la korang, aku dengan Najah tengok cerita doraemon tu yang ....”jelas Dayana sambil senyum seperti kambing busuk dan tidak menghabiskan ayatnya kerana melihat Farah dan Ida menarik muka.
“by the way camner lapor diri takdi?”pertanyaan Dayana tiada siapa yang membalas kerana terlalu penat atas kerja seharian.

Semua berkumpul di hadapan skrin tv setelah selesai mandi dan solat. “jom Dayana, Najah and awak semua makan”Fatin terus bangun menuju ke arah dapur setelah mengajak kawan-kawannya makan bersama. “aku nak tidur la dulu”beritahu Sipah apabila melihat matanya yang sudah layu lalu meninggalkan mereka.
“Fatin makan la dulu malas lagi la nak makan.”beritahu Dayana kepada Fatin yang sedang membuka salji makanan di atas meja.

Tepat jam pukul 12 semua berada di bilik masing-masing. Hanya 3 sahaja bilik di dalam kuarters tersebut oleh itu mereka terpaksa berkongsi bilik dan setiap bilik 2 orang penghuninya. Najah dengan Ida berada di bilik hujung, Fatin dengan Sipah di bilik depan manakala Dayana dengan Farah di bilik tengah iaitu bilik master.
Selepas Farah siap mencuci mukanya sebelum tidur, Dayana menompat ke atas katil dan menanyakan Farah tentang first day di tempat kerjanya.
“Farah oo Farah, camner harini?”tanya Dayana setelah Farah selesai sikat rambutnya.
“em okey la tapi tahu tak yang Mr Chil kau tu tengok je kat aku sebab aku salah cakap yang dia Mr Workholic”penjelasan Farah membuatkan Dayana ketawa.
“yang kau tu cakap kat dia Mr Workholic tu kenapa?”tanya Dayana sambil ketawa.
“malas aku layan kau, baik aku tidur esok kerja and aku nak tanya kau ni, bila kau nak tidur?”Farah berkata sambil menjeling maut ke arah Dayana.
“nak tidur la ni, tapi esok aku dengan najah cutiiiii”beritahu Dayana keriangan

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now