part 19

72 3 0
                                    

Pada pukul 10 malam seperti kebiasaan, Najah selalu mengambil waktu tambahan berkerja.

“Najah, bekalkan  saya alatan untuk injection pada pesakit bilik kenanga nombor 21” beritahu Doktor Izzan kepada Najah membuatkan Najah mengangguk.

“bilik kenanga nombor 21” bebel Najah sambil menuju ke arah bilik makmal ubatan.

“bukankah tu bilik ummi Arshad, makcik Zalika” tambahnya dengan nada teruja kerana dia amat gembira dapat berjumpa dengan mak cik Zalika yang bagaikan ibunya kerana mak cik Zalika amat baik dengannya.

“kenapa dengan kau ni” tanya salah seorang rakan sepekerjanya.

“tak ada apa, mana nurse yang selalu bekalkan ubat untuk pesakit” tanya Najah sambil mengintai ke kaunter makmal ubatan.

“ada je kat dalam, kau pergi lah tengok sebab kami dah nak balik ni” beritahu seorang lagi kawannya. Najah hanya mengangguk dan terus menguak pintu bilik makmal tersebut.

“ada apa saya boleh bantu” seorang nurse yang bertanggungjawab terhadap makmal menegur Najah.

“saya nak” sebaik sahaja Najah ingin memberitahu, Izzan yang memasuki bilik tersebut tanpa ketukan pintu terus mengarah najah untuk keluar dari makmal itu dan pergi ke arah bilik mak cik Zalika.

“Najah, awak terus pergi bilik kenanga tu dan biarkan saya mengambil ubat” beritahu Izzan.

Najah akur dengan perintah Izzan lalu menuju ke arah bilik pesakit tersebut.

Najah mengetuk pintu lalu menguak daun pintu secara perlahan-lahan.

“Assalamualakum mak cik” sapa Najah sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan mak cik tersebut.

“Najah kan?” tanya Mak cik Zalika dengan tersenyum lalu menyambut tangan Najah untuk bersalaman denganya.

“ye saya Najah” beritahu Najah sambil tersenyum manis.

“macam mana keadaan mak cik sekarang” tanya Najah.

“Alhamdulilah, keadaan mak cik tak lah teruk sangat macam dulu” beritahu mak cik Zalika sambil tersenyum.

“tapi mak cik rasa macam ajal mak cik dah menghampiri” jelas mak cik dengan nada yang sayu menyebabkan Najah turut sedih tetapi apabila Najah ingin membuka mulut untuk bercakap, mak cik Zalika seperti tidak membenarkan Najah untuk bercakap.

“mak cik nak sangat tengok Arshad anak mak cik berkhawin dan hidup bahagia dan itu harapan dan impian setiap ibu kepada anaknya” beritahu mak cik Zalika dan memandang wajah Najah sambil tersenyum.

“dan mak cik berharap dia akan berkhawin dengan kamu sebab dia selalu jenguk mak cik dan bercerita pasal kamu pada mak cik” tambahnya lagi membuatkan Najah serba salah.

“mak cik, saya dan Arshad cuma berkawan je” beritahu Najah yang tidak mahu membuat mak cik Zalika menaruh harapan yang tinggi padanya

“tapi mak cik rasa dia sukakan Najah dan mak cik juga inginkan Najah menjadi menantu mak cik” jelas mak cik Zalika membuatkan Najah terdiam membisu.

Doktor Izzan mengetuk pintu bilik lalu memasuki bilik tersebut bersama seorang nurse yang menolak troli ubatan menyebabkan Najah dan mak cik Zalika terkejut,

“mak cik, kami nak bagi injection antibiotik pada mak cik” beritahu Izzan sambil menghulurkan kertas pemeriksaan pesakit kepada Najah.

Najah mencapai kertas tersebut dan tersenyum manis ke arah mak cik Zalika.

“mana Doktor Arshad sebab dia yang selalu bagi injection pada mak cik” beritahu mak cik Zalika dengan nada yang sayu dan tercari-cari kelibat doktor Arshad.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now