part 7

95 2 0
                                    

Semasa mesyuarat tersebut, Ida menjadi ketua mesyuarat dan membuatkan bosnya berasa kagum dengannya akan tetapi klien dari Johor yang berada dalam mesyuarat tersebut tidak berhenti memandang Ida. Ida merasakan ketidakselesaan dengan pandangan oleh klian tersebut.

"alamak dia ni tengok-tengok aje aku, aku bagi kau makan kasut aku tebal 5 inci ni kan"omel Ida dalam hati.

Klien itu adalah Izz Haikal dan merupakan CEO syarikat PERFECT Holding yang bekerjasama dengan tempat Ida bekerja iaitu MERGAH Holding. Setelah selesai mesyuarat tersebut, Ida melepaskan nafas lega.

"Ida, bagus kerja awak harini dan saya suka. Terus tingkatkan prestasi awak tapi saya nak tanya ni awak ada jumpa Farah?"Eddy memuji ida tentang prestasi kerjanya serta bertanyakkan hal Farah.

"maafkan saya encik, Farah tak dapat datang harini sebab dia deman panas selepas balik kerja semalam"jelas Ida membuatkan Eddy terkejut.

"kenapa dia tidak informkan kepada saya dulu?," nada suara edtdy yang agak marah membuatkan Ida tertunduk mukanya.

Setelah Eddy melihat Ida menundukkan muka Eddy terus keluar dari bilik mesyuarat tersebut meninggalkan Ida keseorangan di situ.

"mati la kau Farah, itu la kan aku dah cakap suruh bagitau kepada bos dulu"omel Ida sambil memanjangkan lehernya melihat kelibat bosnya dari jauh.

"Assalamualaikum, bagus awak present laporan dalam meeting takdi"suara Izz Haikal mengejutkan Ida.

Ida hampir nak pengsan apabila merasakan jarak antara Izz Haikal dengan dirinya terlalu dekat sehingga membuatkan ida sukar bernafas.

"Waalaikumussalam tapi kalau ya pun encik nak puji saya, tolong jarakkan awak dengan saya boleh tak?"akhirnya Ida bersuara kerana merasa lemas disebabkan terlalu dekat dengannya.

Izz Haikal hanya tersenyum dengan reaksi Ida yang agak garang.

"eh kenapa dia senyum pulak"bisik ida dengan perlahan.

Izz haikal mengambil sesuatu di dalam dompetnya dan menhulurkan kad namanya kepada ida.

"untuk apa?"pertanyaan dia ini menambahkan senyuman Izz Haikal kepadanya.

"mybe name card ni awak boleh makan macamana awak makan chocholate" Izz Haikal yang sengaja usik Ida hanya membuatkan muka Ida kemerahan menahan malu.

"aduhai mamat poyo ni buat lawak la pulak, terasa je aku nak tumbuk mamat ni sampai lumat"ngomel Ida di dalam hati kerana menahan geram.

Izz haikal hampir ketawa melihat muka Ida yang kemerah-merahan.

"bak sini henfon awak" Izz Haikal melihat di tangan Ida mempunyai henfon lalu meminta ida menyerahkan henfon tersebut.

Ida terkejut dengan arahan yang diberikan oleh Izz Haikal lalu menyembunyikan henfon di tangannya ke belakang tubuhnya.

"awak nak buat apa dengan henfon saya, awak pencuri ke?"jawab Ida dalam gagap-gagap kerana ketakutan tingkah laku Izz Haikal.

Apabila melihat Ida dalam ketakutan Izz Haikal membulatkan matanya kerana tidak menyangka Ida berfikiran sebegitu terhadapnya.

"awak ingat muka saya macam pencuri bersiri ke?" Izz Haikal melepas keluhannya terhadap Ida.

Izz Haikal menarik tangan ida lalu merampas henfon Ida.

"woi,tak ada adab ke? Apasal memain ambil je henfon orang" bebel Ida dengan menggunakan nada yang tinggi.

Izz haikal menyalin nombor ida ke henfonnya.

"nah ambi balik" Izz haiktal menyerahkan henfon Ida kembali.

Izz Haikal melangkah keluar setelah melihat Ida dalam keadaan marah dan tidak mahu menganggu emosi Ida.

"jumpa lagi" usik Izz Haikal sambil melambaikan tangannya kepada Ida.

"kurang asam punya pak cik"bebel Ida.

Setelah Ida bergegas melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut untuk melihat kelibat Izz Haikal yang mengusiknya yang telah tiada menyebabkan Ida terlanggar Sipah.

"Ya Allah, terkejut la aku, Sipah" Ida mengurut dadanya.

"kau nak pergi mana ni?"tanya Ida kerana melihat di tangan Sipah dipenuhi fail-fail dan sampul surat.

"of course la nak hantar semua ni kepada bos" Sipah menjawab dengan tenang.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now