part 20

94 3 0
                                    

Keesokannya, Najah pulang ke rumahnya dengan tangisan kerana tidak menyangka Arshad menuduhnya sebegitu sekali dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan Najah semalam.

“Najah, kau okey tak ni” tanya Ida yang risau pada kawannya sehingga sanggup mengambil cuti manakala Fatin dan Sipah terpaksa berkerja kerana mempunyai kerja yang banyak.

“entah sebab kawan aku cakap yang aku digantung kerja untuk pihak atasan siasat perkara yang sebenar” adu Najah yang menahan air matanya terus mengalir.

“in shaa Allah, tak lama lagi semua orang akan tahu yang kau langsung tak bersalah” pujuk Ida dengan rasa simpati terhadap kawannya.

“aku tak tahu nak bagitahu macamana dekat family aku yang aku digantung kerja” jawab Najah bersama dengan air matanya.

“sabarlah Najah, jangan nangis nanti aku pun nangis jugak” beritahu Ida dengan nada sedihnya.
Najah terus mendiamkan dirinya

“kau pergilah makan dulu nanti perut masuk angin” beritahu Ida tetapi Najah menolaknya dengan mengelengkan kepalanya.

“besarlah perut kau nanti sebab masuk angin” usik Ida tetapi tidak berkesan untuk membuat Najah tersenyum apatah lagi bergelak ketawa.

“hmm,tiada orang nak cakap dengan saya” omel Ida dengan nada sedihnya tapi tidak diendahkan oleh Najah.

Dayana dan Farah sudah berada di luar rumah mereka dan Dayana sengaja membiarkan Badrul pulang ke rumahnya bersendirian serta masih membisukan dirinya bersama dengan Farah.
Ketukan dan punat loceng rumah ditekan banyak kali oleh Farah dan akhirnya daun pintu dikuak oleh Ida.

“Assalamualaikum, tak pergi kerja ke Ida” tanya Farah sejurus masuk ke dalam rumah bersama dengan Dayana.

“tak, eh Dayana kenapa muka kau pucat semacam je aku tengok. Kau mengandung eh?” Ida membuat andaian menyebabkan Dayana membuntangkan biji matanya ke arah Ida.

“nonsense lah sebab aku tak pernah erm erm dengan dia” jelas Dayana dengan muka yang cemberut membuatkan semua orang terketawa termasuk Najah.

“amboi Dayana, dengan aku tak bercakap tapi dengan Ida bercakap pulak, jelous aku” usik Farah dan Dayana membalas responds tersenyum sahaja.

“Najah pun,aku buat lawak tak senyum apatah lagi ketawa tapi Dayana terus ketawa, sedihnya saya” tambah Ida dengan nada manjanya membuatkan Najah tersenyum nipis.

“eh tapi kejap kenapa muka kau pucat Dayana dan kenapa tak bercakap dengan Farah, kau ada masalah ke atau kau gaduh dengan Badrul?” soalan demi soalan terkeluar dari mulut Ida bagaikan peluru membuatkan Dayana mengerutkan dahinya.

“sabar yang berhormat,satu per satu lah soalan tu” usik Farah sambil ketawa pada Ida.

Dayana tidak membalas dan hanya tersenyum lalu menuju ke arah biliknya.

“Dayana,aku tanya ni” tanbah Ida yang melihat Dayana menuju ke arah biliknya bersama dengan Farah.

Sebaik sahaja Dayana memasuki bilik, Ida terus berpandangan dengan Farah.

“kenapa dengan minah tu?” tanya Ida dan Farah menjongketkan bahunya.

“sebab sebelum balik sini, Dayana ada minta cerai dengan Badrul” bisik Farah kerana takut didengari oleh Dayana.

“what!?” Ida bagaikan tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Farah dan Najah yang membisukan diri dari tadi turut terkejut.

“kenapa?” tanya Ida.

“tu pun aku tak tahu” jawab Farah sambil menjongketkan bahunya.

“kenapa Najah tak pergi kerja harini?” pertanyaan Farah terus membuatkan Najah membisu dan menuju ke arah bilik tidurnya.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now